CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 0

[Sarawak] Rumah terjejas akibat tanah runtuh di Rumah Grain, San Munggor Undop

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:42 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Rumah Grain, San Munggor Undop, Sri Aman pagi Jumaat.

SRI AMAN: Dinding sebuah rumah runtuh susulan kejadian tanah runtuh di Rumah Grain, San Munggor Undop pagi Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Kamal Bujang berkata, hujan lebat bermula petang hingga malam Khamis dipercayai mengakibatkan tanah runtuh di belakang rumah tersebut.

Menurutnya, pergerakan tanah pagi Jumaat dipercayai menyebabkan tanah menghentam dinding rumah berkenaan yang kemudiannya runtuh.

"Kita menerima laporan berhubung kejadian ini pada pagi tadi dan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaaan.

"Kita mendapati kejadian itu bermula malam tadi dan stuktur tanah bergerak sekali lagi sehingga menyebabkan dinding belakang rumah berkenaan runtuh, malah tanah turut memasuki rumah terbabit," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, setakat ini hanya sebuah keluarga melibatkan lima ahli terjejas akibat kejadian berkenaan.

"Pihak APM telah menasihati pemilik rumah tersebut agar menjauhi kawasan rumah kerana tanah runtuh berisiko berulang sekiranya hujan lebat berlaku lagi," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058648 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list