View: 1957|Reply: 8
|
KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders
[Copy link]
|
|
ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup buat sementara waktu susulan siri tunjuk perasaan pro-Palestin pada minggu lalu, lapor portal berita Arab News kelmarin.
Restoran terletak di Dely Ibrahim, pinggir Algiers itu bagaimanapun beroperasi tanpa logo Kolonel Sanders pada bangunannya.
Kolonel Sanders dari Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia pada 1980 merupakan pengasas restoran itu.
Namun, masih tidak jelas sama ada restoran tersebut telah bertukar milik atau kekal di bawah payung syarikat induk KFC, Yum! Brands.
Restoran itu sebelum ini diboikot kerana dituduh mempunyai kaitan dengan Israel walaupun berpangkalan di AS.
Yum! Brands pula didakwa telah membuat pelaburan dalam syarikat milik Israel termasuk TicTuk.
TicTuk membolehkan pelanggan memesan makanan menerusi rangkaian sosial dan aplikasi mesej.
Pada 16 April lalu, penunjuk perasaan berkumpul di luar restoran tersebut dan menyeru ia diboikot selain menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin ketika perang Israel-Hamas berterusan di Semenanjung Gaza. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak pula logo rooster sevesar alam cenggitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayamak! Ayamak ayam lagi!
|
|
|
|
|
|
|
|
teruskan boikot
Tenang sikit aku nak membeli
Btw masa blm puasa tu aku p masuk kfc npk tak de org
Tapi order dari foodpanda byk ye
Aku hanya mampu bersenyum sinis sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak beli kepci bukan sebab boikot. Tapi sebab terpahat di minda seperti forumer cerita yang ayam kepci kecik macam ayam terbantut tumbesarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg rindu tp memikirkan teringat darah saudara semuslim di sana, iols terus x selera |
|
|
|
|
|
|
|
ya betolll....lelebih masa melintas kat sebelah restoran dia...perghhh....bau..mcm nak terkam masuk....
|
|
|
|
|
|
|
|
kan? fuh menggoda. tp tulah, nak telan tu nanti x sampai hati.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|