Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
60338
View
0
Reply

PERATURAN BOARD - PENTING SILA BACA

 Close [Copy link]

Author: amoy257       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-3-2011 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amoy257 at 28-3-2011 10:12

Selamat datang ke board Percutian,Perjalanan, Pelancongan dan Pengembaraan. Board ini adalah tempat anda semua forumer untuk berkongsi cerita dan pengalaman anda ketika melancong ataupununtuk melancong.
Forumer boleh berkongsi setiap pengalaman mereka untuk dijadikan panduan kepada forumer yang ingin melancong.



Peraturan Board Percutian,Perjalanan, Pelancongan dan Pengembaraan
Kebanyakan peraturan-peraturan ini adalah seperti yang digariskan oleh Admin dan Supermoderator dan penambahan peraturan-peraturan khas untuk bod ini sepertimana dipersetujui oleh semua mod board Percutian,Perjalanan, Pelancongan dan Pengembaraan.


1
Thread yang sama tidak dibenarkanbuka di merata board:
Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/produk dan fitnah terhadap seseorang.

Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak keadaan sebegini, kesemua thread akan delete/move tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukankesalahan yang sama, serta enggan mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.

Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau segera boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan.Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin, supermoderator atau moderator terlebih dahulu.

Semua ahli forum disarankan menggunakan butang
Search
(silaklik untuk perbesarkan gambar) yang terletak di bahagian atas kanan forum ini sebelum membuka thread yang baru agar dapat mengelakkan tajuk thread yang sama.


[img][/img]

Harap mana-mana ahli forum yang ternampak  ahli lain membuka thread yang melanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama di merata board, jika ya, sila lapor kepada moderator untuk tindakan lanjut.


2)
Thread Baru
Ahli forum yang masih belumcecah 100 kredit adalah dilarang untukmembuka thread sama sekali. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan thread SPAM atau topik yang sama oleh para ahli baru dan juga multinick.

3
Kata-kata yang boleh merosak hubungan sesama kaum, lucah, mencarut dan mengugut diharamkan:
Sebarang kata di atas adalah tidak dibenarkan,jika terlibat dengan perkara di atas, kemungkinan ahli forum berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Jika ahli terlibat danmelakukan kesalahan ini, ID anda akan terus menjadi
Banhammer.

4
Fitnah, maki,personal attack, mengungkit perkara sensitif dan kata kasar juga tidak dibenarkan:
Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul diforum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan di atas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan.


Jika kesalahan berat, ID akan menjadi
Bamhammer.

5
Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:
Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan, ID anda akan terus menjadi Banhammer.

6
Private Message(PM):
Ahli forum menggunakan PM untuk mengiklan, memaki,mengfitnah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar jugasatu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINTSCREEN dan hantar kepada moderator, super moderator atau admin.

7
SPAM:
Ahli yang buat SPAM semasa berforum atau membalasthread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengankesalahan iniakan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan.jika ahli masih mengulanginya, moderator berhak menolak kredit ahli berkenaan.

Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.

8
Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:
Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK didalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung.

Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yanglain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini.

Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jualbeli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.

Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan,sila ke link
http://banner.cari.com.my/
untukmendapatkan maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak dibenarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan,sila PRINT SCREEN
dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.



9
Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidakpuasan hati anda di forum:
Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskanketidakpuasan hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.

Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread,jika pihak berkenaan ternampak thread ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidakdiduga malah akan turut mengheret forum Cari dalam masalah tersebut.

10)ThreadUndian atau Poll
Topik yang berbentuk undian boleh dibuka sekiranya terdapat keperluan untuk mengumpul suara ahli forum dalam sesuatu isu.Sekiranya ia dibuka semata-mata untuk mengalihkan pandangan ahli forum dari thread yang sudah sedia ada, dengan niat supaya thread poll tersebut tidakboleh digabungkan atau merged, maka thread tersebut boleh dikunci oleh moderator dengan serta-merta.



11)
Thread Yang Memenuhi Semua Syarat Di Atas, TetapiLebih Sesuai di Bod Lain
Sekiranya ahli forum membuka thread yang lebihsesuai di bod lain, moderator berhak memindahkan atau mengunci thread tersebut.


12)
Amalan dan Amaran Penolakan kredit
Forumer yang telah diberi amaran sama ada secara private message (PM) atau di thread adalah bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Secara umumnya peraturan ini dengan sendirinya bermaksud amaran yang dipamerkan dan sebarang kesalahan selepas dari ini bermaksud kesalahan yang berulang.


Kesalahan yang berulang dalam  apa-apa bentuk akan membolehkan moderator memberi amaran. Sekiranya ahli forum masihmelakukan kesalahan tersebut setelah diberi amaran sebanyak 3 kali, sistem Cari akan mengesannya dan ahli forum tersebut akan menjadi Banhammer secara automatik. Selain itu,hanya admin dan supermoderator sahaja yang mempunyai kuasa tersebut.


13)
Avatar

Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel,iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar.Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika amaran sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.


14)
Signature
Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkhidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.

Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakkan link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/perkidmatan.

Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang, persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.

Blog atau facebook yang tidak berunsu riklan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.


** Peraturan ini mungkin berubah dari semasa kesemasa .

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042864s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list