CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 1

[Tempatan] Pemandu lori menang Axia anjuran LBS

[Copy link]
Post time 27-4-2024 08:27 PM | Show all posts |Read mode
DENGKIL: Aidilfitri yang penuh bermakna tahun ini buat seorang pemandu lori apabila dinobatkan antara 17 pemenang hadiah utama berupa kereta Perodua Axia 1.0 sempena Kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023 anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).

Mohd Faizul Hasan, 37, mengakui terkejut selepas dimaklumkan dia antara salah seorang pemenang hadiah utama kempen itu, malah pada mulanya mengganggap ia panggilan oleh ‘scammer’.

Dia yang ditemui hari ini berkata, ini adalah hadiah Syawal paling bermakna buatnya sekeluarga kerana sebelum ini tidak pernah memenangi apa-apa cabutan bertuah.

“Kereta ini saya akan bagi kepada isteri, Nurul Fatehah Saaya, 35, untuk berulang alik ke tempat kerja memandangkan sebuah lagi kereta kerap mengalami kerosakan.

“Dia dan isteri membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah teres setingkat di sini (Cybersouth, Dengkil) tahun lalu sebelum layak menyertai kempen cabutan bertuah itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, di galeri jualan KITA @ Cybersouth, hari ini.

Seramai 1,400 pemilik kediaman LBS terpilih dalam kempen cabutan bertuah itu yang turut menawarkan 17  buah kereta Perodua Axia 1.0, motosikal dan pelbagai hadiah menarik lain yang keseluruhan bernilai RM1.5 juta.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya bukan hanya menawarkan lebih daripada sekadar rumah sebaliknya mahu membina hubungan yang berkekalan dengan pemilik rumah LBS.

Beliau berkata, pihaknya juga kini menggerakkan kempen pemilikan rumah yang membolehkan pemilik rumah berpeluang memenangi jongkong emas 999.9.

“Kempen terbaru dikenali sebagai ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ itu berlangsung mulai 1 April lalu hingga 31 Mei ini,” katanya dalam ucapan ketika majlis penyampaian hadiah Kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023 di sini, hari ini.

Katanya, kempen ini bukan saja memberi peluang kepada orang ramai peluang untuk memenangi emas malah pembeli juga bakal menikmati pelbagai kelebihan termasuk pakej kelengkapan perabot, pengecualian yuran guaman, skim bayaran fleksibel, yuran keluar sifar dan bayaran tempahan rendah.

Jelasnya lagi, orang ramai hanya perlu menandatangani perjanjian jual beli sebelum 31 Mei ini dan mendapat kelulusan pinjaman perumahan daripada bank untuk layak menyertai kempen baharu itu. – UTUSAN

PEMENANG hadiah utama cabutan bertuah Kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023 diraikan pada majlis penyampaian hadiah di Galeri Jualan KITA, Cybersouth, Dengkil, Selangor. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 08:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.072547 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list