CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5325|Reply: 116

[Jenayah] Kereta jenama H ‘full spec’ dalam tangan, graduan gaji 5k tambah pula 2 kad kredit! Tahu-tahu hutang cecah RM20,000 sebulan

  [Copy link]
Post time 27-4-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode
BAGI golongan muda yang berstatus bujang, memperolehi pendapatan bulanan sehingga mencecah RM5,000 boleh dikatakan satu pencapaian yang agak membanggakan.

Namun ketika kedudukan kewangan berada pada tahap yang selesa, sewajarnya golongan ini bijak menguruskan wang agar dapat menjamin masa depan kelak.

Namun tidak dinafikan, ramai yang 'terciduk' gara-gara lebih mementingkan kehendak berbanding keperluan, sebagaimana situasi yang dialami individu ini.

Menurut individu berkenaan, dia kini sedang cuba bangkit namun mahu berkongsi pengalaman pahitnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.

"Gaji saya tidaklah tinggi sangat tapi sebagai fresh graduate dan bujang, dapat gaji RM5,000 sebulan dah rasa mewah.

"Tak sampai setahun (kerja), buat loan beli kereta jenama H full spec... dalam RM1,200 (bayar ansuran bank) sebulan.

"Yang ini tak ada lah bawa masalah sangat disebabkan bujang dan komitmen hanya mak ayah. Setiap kali balik kampung belanja mak ayah mewah-mewah, kepala dan hati tenang.

"Kemudian rasa nak ada kad kredit, acah-acah hidup macam orang banyak duit, spend sesuatu pakai kad kredit. Saya dapat dua kad kredit, masing-masing RM6,000 limit," kongsinya.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, titik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia terlalu mengikut hawa nafsu apabila berbelanja sehingga terjerumus dalam masalah hutang.

"Setiap kali gaji masuk, selepas tolak komitmen, tinggal RM100 saja untuk buat makan dan belanja bagi tempoh sebulan. Masa ni buntu memang tak tahu nak buat apa," luahnya.

Ujar individu tersebut, dia bagaimanapun tersedar daripada kesilapan dan cuba bangkit perlahan-lahan.

Menurutnya, dia banyak membaca perkongsian pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan masalah sama untuk dijadikan panduan dan motivasi.

"Saya ambil segala tunjuk ajar sifu-sifu dalam group dengan tidak menambah hutang, sebaliknya buat beberapa kerja untuk bayar semua hutang.

"Disebabkan saya ada kereta baru, saya buat part time pandu e-hailing . Satu hari dapat berapa pun saya tak kisah... yang penting boleh cover minyak kereta dan ada lebihan untuk beli telur dan makan dengan nasi serta bayar hutang.

"Penat sangat-sangat. Habis saja kerja full time, sambung buat e-hailing pula," kongsinya.

Berkat usahanya yang tidak mengenal penat dan lelah, dia berjaya melunaskan hutang-hutang kad kreditnya yang keseluruhannya berjumlah lebih RM20,000.

"Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dah bayar semua hutang kad kredit... terus terminated dua-dua kad.

"Jadi gaji bulan ni bolehlah hidup macam awal-awal kerja dulu. Dah tak perlu buat part time, ada banyak masa untuk tenangkan fikiran balik.

"Memang perit dah nak berhutang macam ni. Biarlah hidup biasa, tapi hati tenang. Lepas ni fikir nak simpan duit, kalau ada masa lebih boleh buat e-hailing untuk duit simpanan," kongsinya lagi.

Perkongsian individu berkenaan meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya mengagumi kerja kerasnya demi menyelesaikan hutang.

"Dik, kamu sangat bernasib baik tak terjerumus dalam lembah hutang yang tiada kesudahan.

"Bagus ada kesedaran masa muda lagi. Sebab apabila dah jadi ketua keluarga nanti, pengalaman menjadi guru terbaik dalam hidup. Tahniah dan Alhamdulillah.

"Alhamdulillah seronok dengar cerita macam ni," demikian antara komen netizen.

                                                                                Ramai anak muda terjebak hutang gara-gara tidak bijak menguruskan kewangan. -Gambar hiasan        
            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 10:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru koje dah pakai kad credit
Mmg.la.rasa.best swipe swipe.
Nak.membayo tu.kalau dah.lebih dari gaji Kau..
Tak ke nanges..
Nak.beli telur kat speedmart pung kau rasa mahal
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal sangat pakai CC.. belum sempat bina financial literacy...

Susah nak disiplin pakai cc ni.. kecuali ko betul2 ceredik tau cara nak pakai lah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 27-4-2024 10:16 PM

Mesti CC bank cap ayam ni.. mcm aeon or cimb... offer limit sampai 20k..

Sbb contoh.. kalo maybank.. biasa dia offer credit limit max 2X gaji je... contohh.. dia nj gaji 5k, limit cc maybank akan offer cuma 8-10k aje..


Edit : baru baca perenggan bawah.. ada 2 CC rupanya.. bleh plak aku assume semua orang cam aku pakai sekeping CC je dah dekat 10 tahun menten gini
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nikaido at 27-4-2024 11:04 PM
green~tea replied at 27-4-2024 10:12 PM
Mesti CC bank cap ayam ni.. mcm aeon or cimb... offer limit sampai 20k..

Sbb contoh.. kalo maybank. ...


Xkot. aku pakai CC hsbc & standard chartered. 2,2 bank international. kasi limit sampai rm berpuluh ribu, berkali ganda dr gaji.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 27-4-2024 10:19 PM
Xkot. aku pakai CC hsbc & standard chartered. 2,2 bank international. kasi limit sampai berpuluh r ...

Ooohhh i tak penah pakai cc both banks ni..

I experience dgn maybank aje.. dia kasi limit 2x ganda gaji aje..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 27-4-2024 10:19 PM
Xkot. aku pakai CC hsbc & standard chartered. 2,2 bank international. kasi limit sampai berpuluh r ...

And aku rasa mamat ni mmg cc maybank salah satunya sbb berita mention limit 1 cc 6k je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 11:07 PM | Show all posts
dik
mari beli emas public gold dengan acik ...
simpan dikit dikit ... 1-2 g sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Fresh graduate skang starting 5k ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 27-4-2024 11:08 PM
Fresh graduate skang starting 5k ke

Sedap kan freshie gaji 5k.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimo.mimo replied at 27-4-2024 11:12 PM
Sedap kan freshie gaji 5k.

Company apa yg offer 5k ni. Market tempat aku freshie 3k-3.5k saja la average
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
same old story hujung2 salahkan cc

iols pakai cc sejak kerja gaji kecik sampai gaji alhamdulillah tak pernah pulak terbeban hutang sebab pegang konsep swipe dan bayar, takde duit duk diam2
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
5k kecik la, x penat ka kerja siang malam semata2 lifestyle
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 27-4-2024 11:15 PM
Company apa yg offer 5k ni. Market tempat aku freshie 3k-3.5k saja la average

Mungkin kerja doctor kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 28-4-2024 04:37 AM
Mungkin kerja doctor kot

Bw grab pun leh dpt 9k sebulan Tau. Grab yg claim lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah naik grab dpt kereta honda civic..budak ni ke gamaknya??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-4-2024 10:10 PM
Awal sangat pakai CC.. belum sempat bina financial literacy...

Susah nak disiplin pakai cc ni.. ke ...

My son baru kerja dh dpt preapproved cc dr bank account gaji dia...tapi i tgk elok dia pakai terus bayar...i memang advise him to use cc instead of debit card if dia shop online..for security reasons
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols mula2 keje lps confirm jawatan ada agent citibank dtg offer utk amik cc..iols amik tp guna utk outstation je...lps dpt duit claim terus byr..sbb xnak kena interest...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun ada cc tapi jarang guna. Utk standby je. Kalau nak beli apa2 abiskan harta aku..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.096828 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list