CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gebio

Kisah-Kisah Yang Membuatkan Aku Yakin Wujudnya Entiti Lain..(Pics page 7)

[Copy link]
Post time 24-3-2011 05:51 PM | Show all posts
ermmm ni bila nak sambung nieeeeeeeeee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 06:13 PM | Show all posts
Soalannya: 1) apa yang buatkan aku jadi camtuh..!!!  2) kenapa dukun tu diserang oleh 2-3 lembaga?? Konpius...

Mengikut cite awak ini....timbul beberapa persoalan.....tapi saya memahami apa yang berlaku....
pertama sekali, bagaimana awak boleh mengingati kejadian ketika awak adalah bayi.... kecuali ada orang tiga yang meceritakan perkara itu....
kedua sekali, sejarah susurgalur awak ada pendamping....
ketiga sekali, dukun itu tidak menceritakan kenapa diserang dan apa punca kejadian pada ibubapa awak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 11:22 PM | Show all posts
Reply 60# ilahkhatibrani

wahh..ilah dah check in...you r my idol...

yelah, aku pun merasa ragu-ragu sama ada betul ke tu kucing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 11:25 PM | Show all posts
Reply 62# zyke78

susurgalur aku ada pendamping? wallahualam..mmg sekarang aku pun tengah mencari jawapan mengenai perkara itu...

memang orang tua aku tak pernah menceritakan secara detail mengenai apa yang telah berlaku kepada dukun tu...seolah-olah satu misteri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 11:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by gebio at 25-3-2011 00:50

Untuk kisah kali ini, aku ingin menceritakan kisah benar pengalaman aku semasa aku bersekolah di sekolah agama di Gunung Rapat, Ipoh...Aku hanya bersekolah di situ selama 6 bulan sahaja tetapi di sekolah inilah aku banyak bertembung dengan pelbagai misteri yang menghantui aku sehingga hari ini, selepas sekolah itu kemudian aku telah ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras, Kuala Lumpur sehingga tingkatan 5...

Kisah 3

Umur semasa kejadian: 13 Tahun

Semasa aku berumur 13 Tahun, aku telah ditawarkan untuk belajar di sebuah Sekolah Agama di Gunung Rapat, Ipoh..Sekarang ini, sekolah tersebut dah berpindah secara kekal di Bandar Sri Iskandar, Perak...Alim jugaklah aku masa tu dengan berserban dan berjubah...

Aku ditempatkan di sebuah dorm di tingkat bawah asrama..Di dalam dorm tersebut, terdapat lebih kurang 10 orang pelajar..Katil di dalam dorm tersebut adalah dari jenis 'double decker' dan sebagai junior kenalah aku duduk katil yang atas sekali..cis..

Pada suatu hari...telah terjadi kejadian hysteria secara beramai-ramai oleh budak2 perempuan di sekolah tersebut..ramai yang telah mengadu yang mereka ternampak satu lembaga yang tak bermuka berlegar-legar di sekitar sekolah dan langsuir yang terbang dari bangunan asrama..Oleh kerana telah banyak terjadi kejadian-kejadian seperti itu, maka guru2 di sekolah telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindung budak2 sekolah terutama pelajar2 perempuan ..

Pada suatu malam.., pada lebih kurang jam 3:00am, aku merasa sakit perut yang teramat sangat..(nak melaburlah tu..) jadi dengan keadaan asrama yang amat sunyi ketika itu, aku memberanikan diri untuk ke bilik air yang terletak selang satu dorm dari dorm aku..Dengan membawa sebuah baldi untuk bercuci selepas 'uh-uh', aku terus masuk ke dalam satu tandas di dalam bilik air tersebut..Suasana teramatlah sunyi ketika itu, dan aku pasti sekiranya ada orang yang hendak ke bilik air, sudah tentu aku dapat dengar bunyi tapak kaki mereka...

Sedang leka aku berlabur, tiba-tiba lampu bilik air ditutup... aku dengan rasa marahnya bertempik, "woi! siapa tutup lampu!"...Tiada sebarang jawapan...sunyi...hanya kedengan bunyi cengkerik dan katak bersahut-sahutan...

Dengan segeralah aku cepatkan melabur dan terus lari masuk ke dorm...Dalam kejadian ini, tiada penampakan sebarang entiti...

Soalannya: Siapa yang tutup lampu tu??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 12:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by gebio at 25-3-2011 00:55

Masih di sekolah yang sama...

Kisah 4

Umur semasa kejadian: Masih 13 Tahun

Selepas kejadian lampu yang tiba-tiba ditutup oleh ntah siapa tuh, pada malam-malam seterusnya, aku sentiasa merasa tak tenteram nak tido..Kenapa terjadi macam tu..??

Ini kisahnya...

Katil 'Double Decker' aku terletak betul-betul ditepi tingkap di dalam dorm..namun tingkap itu dikelamkan, jadi apabila ditutup maka tak akan nampak sebarang pemandangan diluar..dan kami semua tidur di dalam kelambu kerana nyamuk banyak sangat di asrama tu...

Pada malam itu, aku tak dapat nak lelapkan mata kerana terganggu dengan kisah-kisah seram yang berlaku di sekolah aku nih...Sedang fikiran sedang berlegar-legar berkhayal.., lebih kurang pukul 2-3am, tiba aku terdengar sesuatu...betul-betul di tingkap sebelah katil aku nih...

Bunyinye seperti seekor anjing yang sedang menderam-deram..bunyi deramannya amat pelik... 'uggggghhh.... grrughhhhh....' deramannya seperti mengonggong sesuatu yang di dalam firasat aku semasa itu.. seperti...err...satu kepala...kerana di dalam bunyi deraman itu, aku masih dapat mendengar bunyi seperti.... ermmm..camne nak citer nih ye...ok, cuba korang garu kepala korang dan jari kena rambut kat kepala korang tu...ada bunyi macam sisirkan? haaa...lebih kurang macam tulah bunyi nyer....

Bunyi menderam itu semakin lama semakin jauh...pergi menuju ke arah bilik air (tempat aku melabur tu..) Apabila semakin jauh bunyi tersebut...tiba2 hujan turun dengan lebatnya...selebat-lebatnya..dengan guruh berdentum-dentum...apabila hujan semakin reda (lebih kurang jam 4am) keadaan masih sunyi...dan aku berani potong jari, tak ada sesiapa yang berani nak buat gila nak keluar dari dorm, time-time camni...

Keadaan masih amat sunyi...

Tiba-tiba...

Di sebelah koridor asrama dari arah bilik air aku mendengar suara seseorang yang sedang bernyanyi sebuah lagu nasyid, suaranya, masyaallah, teramatlah sedap dan lunak..demi Allah...sampai sekarang aku tak dengar suara sesedap dan selunak itu...dan lagu nasyid yang dinyanyikan itu..cuuukup merdu..dan lagu nasyid itu juga sampai sekarang aku tak pernah dengar di mana-mana...sedap sungguh lagu tu....(aku dah cuba cari...masih tak dapat jumpa lagu nasyid tu di mana-mana CD & MP3 sampai sekarang... )...suara dan lagu itu berkemundang dinyanyikan sehingga ke hujung asrama, dan apabila aku sampai dihujung asrama, tiba-tiba, aku mendengar suara seorang budak lelaki menjerit...

Aku pun bangun dan kejutkan seorang senior aku kerana terlalu takut....

Soalan kali ini : 1) Bunyi apa di luar tingkap tu..ini sekolah agama...guard ada di depan, mmg tak ade hanjing pun berkeliaran....
2) Siapa yang menyanyi lagu nasyid tu?? Tak mungkin budak2 sekolah tu...kalau betul pun budak2 sekolah..., dah tentu aku dengar tapak kaki dia orang kelam kabut lari masuk bilik dorm selepas keluar dari tandas... Dengan kejadian2 yang telah berlaku di sekolah, tak mungkin ada lagi budak2 sekolah yang berani nak keluar bilik pagi-pagi tu...

(Selepas ini, kisah aku ternampak entiti di sekolah... ...nanti aku ceritakan...)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2011 12:56 AM | Show all posts
alaaaaa.cpt smbung cpt smbung.hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 01:00 AM | Show all posts
Reply 67# fier

hehehehe... jap...jap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 02:26 AM | Show all posts
pertama sekali, bagaimana awak boleh mengingati kejadian ketika awak adalah bayi.... kecuali ada orang tiga yang meceritakan perkara itu....
zyke78 Post at 24-3-2011 18:13



Jawab soalan kuiz bagi pihak TT:

Orang ketiga yang menceritakan perkara itu adalah arwah ayah dan mak dia.  
Bukan sekali, bukan dua kali........ tapi berkali-kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 08:28 AM | Show all posts
Reply 69# bro_kr

yep...kan aku baby yang comei masa tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:44 AM | Show all posts
Reply 63# gebio


   wahh....my idol tu........u pun  my idol too....dah cepat in maner citer yg besh..gue kehausan citer2 kamu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 08:48 AM | Show all posts
Reply 71# ilahkhatibrani

hihihi ...

ilah, citer baru aku dah postkan kat post #65 & post #66
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:48 AM | Show all posts
Reply 66# gebio


   hik..hik...dia sikat rambut tapi rambut kasar sangat kot ..lepas tensen terus menjerit....

dan satu lagi kalau korang dengar "dorang" menyanyi memang merdu.....setanding buluh perindu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 73# ilahkhatibrani

itulah..tak mau sikat rambut slalu

Betul ilah.., suara yang aku dengar tu, merdu sangat..kelunakan, getaran dan kesayuan dari suara itu sampai sekarang aku x boleh lupe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:33 AM | Show all posts
Reply 66# gebio


abg gebi....!!!nape antu tu bnasyid??adakah sbb dia singgah kt skolah agama maka dia kena bnasyid?


p/s:da gugel muka kwn loyer abg gebi tu...xnak bg soklan kuiz pasal dia ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 09:37 AM | Show all posts
Reply 75# chicmushroom

agaknye bila masuk skolah agama jadi insaf kot..

takut aku nak bagi soklan quiz kat dia.., dia tu loyar, nanti jawapan yang aku dpt pun loyar buruk gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply 65# gebio


   
Soalannya: Siapa yang tutup lampu tu??


jawapan: lembaga yg x bermuka..........atau lembaga berkepala hitam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 09:42 AM | Show all posts
Reply 77# idakamaruddin

huh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:45 AM | Show all posts
lagi..............................
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:46 AM | Show all posts
Reply 74# gebio


   dan satu lagi ..bukan senang "dorang" nak bagi  kita dengar nyanyian dorang......
kira kamu "bertuah" lah yek..lepas nie kalau jadi komposer mesti selalu menag kat Muzik2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.085386 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list