CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gebio

Kisah-Kisah Yang Membuatkan Aku Yakin Wujudnya Entiti Lain..(Pics page 7)

[Copy link]
 Author| Post time 25-3-2011 10:43 PM | Show all posts
hari ni aku menulis dari Melaka..ada kerja skit kat sini...kisah kali ni masih berkisar di sekolah agama...okey, aku citer ye...

Kisah 5

Umur semasa kejadian: masih 13 tahun

Kejadian hysteria dan penampakan di sekolah makin menjadi-jadi...majlis bacaan yassin kami lakukan setiap malam agar dengan ikhtiar sebegitu dapatlah kami terhindar dari gangguan-gangguan yang menyeramkan itu..

Akibat dari kejadian-kejadian gangguan yang semakin kerap tu, guru-guru sekolah telah mengarahkan semua pelajar untuk tidur berdua atas satu katil.. (sib baik aku ni spisis normal ) tujuannya supaya masing2 dapat tolong menolong sekiranya terdapat lagi gangguan..

Pada malam tu aku tidur ngan seorang budak form 2 yang tidur bersebelahan dengan katil aku...

Malam tu aku tidur agak awal, setelah sembahyang isya' dan abis kelas prep, semua budak2 sekolah tak lagi berlegar-legar di dalam asrama atau bersembang-sembang seperti biasa...masing-masing terus naik ke katil dan tidur..awal juga aku tidur malam tu, rasanye lebih kurang pukul 10pm...Hati akuu terasa selamat sedikit apabila berbekalkan surah yasin dibawah batal...

Letak kepala atas bantal.., baca ayat kursi...letak surah yasin bawah bantal...tido...

Pukul 11pm.......

Pukul 12am....

Pukul 1am....

Pukul 2am...

Tiba-tiba aku terjaga.....

apasal lah bala aku boleh terjaga time2 nih....ish...dlm hati aku memaki hamun...suasana di dalam bilik agak gelap kerana lampu dorm telah ditutup...semua budak2 sedang tidur dengan nyenyaknya...masing2 dengan geng masing2 atas satu katil...

Aku masih x dpt nak tido balik....terdetik dalam fikiran aku untuk menoleh ke arah katil aku yang berada di tepi tingkap tu...

Masyaallah...!!

Betul-betul dihujung katil aku. aku ternampak satu lembaga hitam yang sedang berdiri...statik....dan betul-betul merenung aku tanpa menoleh...aku yakin itu bukannya budak2 dorm aku kerana bentuk badan yang agak tinggi...

aku cuba nak membaca ayat-ayat suci al-quran...satu hape ayat pun aku x dapat nak ingat...aku cuba nak kejut budak form 2 sebelah aku.., aku x dapat keluarkan suara...nafas terasa sesak....dan...lembaga tu masih berdiri di sebelah...

dengan perasaan yang amat takut dan cemas.., aku gagahkan juga untuk membaca ayat-ayat suci al-quran..akhirnya dapat juga aku membaca walaupun hanya surah Al-fatihah...setelah dapat membaca surat berkenaan, barulah aku dapat keluarkan suara dan seterusnya kejutkan member kat sebelah..Apabila member aku tu bangun, lembaga tu dah pun tiada.., kami buka semula lampu dalam dorm dan x tidur sehingga pagi....

(Kali ni x dak soalan... )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 11:14 PM | Show all posts
Reply 101# gebio


    ..maknanya saranan cekgu2 suh tido berdua tu tak nolong langsung
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 11:17 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat TT dan readers yg yg lain...Mintak izin kt TT  nak letak pengalaman saya dalam thread ni...Sb saya pun sebelum ni meragui juga kewujudan entiti ini sehinggalah berlaku sendiri keatas saya...

Pada 2003, semasa belayar diatas kapal sebagai engine cadet. Saya ditugaskan untuk membuat duty bermula jam 0400HRS - 0800HRS dan duty 1600HRS - 2000HRS setiap hari. Pegawai diatas saya pula memakai pangkat 2nd Engineer. Sebagai salam perkenalan, saya dikehendaki trace segala jenis saliran paip yg berada di bawah lantai engine room. Jadi terpaksa la buka floor plate satu2 dan intai paip apa yang berada di bwah lantai tersebut. Pada waktu ini, jam menunjukkan pukul 5 pagi.

Masa tengah ralit trace piping, tiba2 terdengar bunyi suara orang seakan memanggil nama saya. Saya pun buat tak tau aje la sb pada perkiraan saya mungkin kesan akibat bunyi engine utama (Main Engine) ke, generator ke, blower ke...Lagipun kawasan engine room ni bising sangat sampai wajib pakai earplug tau earmuff di telinga untuk kurangkan bunyi2 machinery dari merosakkan gegendang telinga.

Mula2 nama saya dipanggil oleh benda tu, saya buat tak tau aje la...lepas tu, nama saya dipanggil untuk kali yg kedua...saya jadi risau kot2 2nd Engineer tu panggil nama saya ke..Bila saya intai ke control room (ade aircond dalm ni...sejuk..tak macam suhu di engine room...panas), saya nampak 2nd Engineer tu sedap je baca buku. Macam tiada apa2 yang berlaku.

Jadi saya pun sambung la trace piping yg tergendala tadi. Masa tengah terbongkok2 trace piping tu, nama saya dipanggil untuk kali ketiga dan keempat...ahhh...sudah...apebende plak ni...saya meninjau2 keadaan sekitar untuk pastikan ape yg berlaku sebenarnya...apa yg saya nampak hanyalah machinery-machinery kaku didalm engine room. Tapi dalm hati dah berdebar semacam....

Kali kelima nama saya dipanggil dan agak kuat suaranya. Saya menoleh ke kanan dari arah punca suara tersebut. Di depan saya ada satu tangga kecemasan (emergency escape) yang menghala ke tingkat atas engine room. Apa yang saya saksikan sendiri ialah, ada seorang tua sdang bergayut pada tangga kecemasan tersebut dengan kakinya keatas, kepala dibawah sedang tersenyum kearah saya.

Saya pun apa lagi, terus berlari la masuk ke dalam contol room. 2nd Engineer kat dalam tu tanya, kenapa saya nmpak macam panik je. Saya pun cerita la apa yang berlaku. Lepastu 2nd Engineer ni bagitau memang bila ade crew baru atas kapal tu, bende ni akan muncul atau buat bunyi-bunyian sket... macam greeting "welcome aboard" plak...

inilah sdikit dari catatatn saya selama saya mula belayar hingga sekarang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 11:45 PM | Show all posts
Reply 103# izwan_izi


    huhu   kira orang tua tuh cam penunggu kapal tu ker? apa citer disebalik tu agaknyer?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 01:02 AM | Show all posts
Reply 102# alibnmat

memang x menolong langsung pun... buat nyempit katil je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 01:07 AM | Show all posts
Reply 103# izwan_izi

takde hal lah izwan...kita kan share pengalaman kat sini...

seram aku rasa bila membaca kisah ko ni..yang peliknye, camne mende tu boleh tahu nama?? bagaimana rupa mende tu masa bergayut..berbaju ke? ada kesan darah ke? mata merah ke?

jes kurius, ada x kemungkinan budak2 kapal pekena ko sebab baru kerja kat atas kapal tu..?? tapi x juga kan kalau tak de org tuo atas kapal tuh...:re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2011 06:45 AM | Show all posts
Atas kapal tu mana ada crew yang tua2. Semuanya muda dibawah umur 50 tahun. Kesan darah tiada la pada entiti tersebut. Tapi dari apa yg saya nampak, "orang tua" tersebut tidak berbaju. Jangan tanya saya mengenai seluar apa yg dipakai oleh "orang tua" tersebut, kerana mata saya hanya tertumpu pada wajah, badan, serta keadaan "orang tua " itu yang bergayut secara terbalik atas-bawah sebelum saya melarikan diri masuk ke control room.

Lagipun tangga kecemasan diatas kapal semuanya 90 darjah menegak. Jadi agak mustahil untuk crew berpaut secara upside-down melainkan jika kita memakai abah-abah keselamatan.

Saya percaya kebanyakkan kapal ada entiti yang tersendiri. Mengenai nama crew dipanggil-panggil ketika melakukan rondaan di engine room / perut kapal, bukan berlaku di kapal saya sahaja. Tetapi kapal-kapal yang lain pun ada kisah yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 10:14 AM | Show all posts
Assalamualaikum...gud morning ,

Indah sungguh pagi di Melaka..., sambil merenung deretan bangunan2 dan sungai melaka di Bandaraya Bersejarah Melaka dari tingkat 12 bangunan hotel nih...Indah sungguh negara kita yang aman damai, makmur & sejahtera...

Kisah kali ini agak unik bagi aku kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan pengalaman kita apabla berdepan dengan kejadian hysteria bermakna mangsa2nya adalah dari org melayu dan beragama islam...tetapi lain pula dengan kisah yang aku alami ini....

Kisah 6

Umur semasa kejadian: 15 Tahun

Aku hanya belajar di Sekolah Agama di Ipoh hanya selama 6 bulan.., selepas itu, aku telah ditawarkan untuk belajar di Sebuah Sekolah Berasrama Penuh Lelaki di Jalan Tenteram, Cheras.. Semasa di Form 1 & 2, tiada apa2 yang pelik telah berlaku..yang peliknya..., cuma aku dah mula belajar nak jadi budak nakal.. Aku tinggal di hostel tingkat 3 Blok ke 2 sekolah itu...

Semasa aku Form 3, satu ketika, ada cuti yang panjang (cuti peristiwa) 4 bulan sebelum peperiksaan SRP (masa tu SRP wehh..ol skul.. ) ramai budak2 skolah dah balik kampung, memandangkan hanya kami yang belum balik lagi sbb tunggu mak bapak mari amik...., kami telah diberi kelonggaran oleh warden dan guru untuk berbuat apa sahaja di hostel asalkan tidak melanggar undang2 skolah...

Pada malam tu, aku bersama rakan-rakan berpakat untuk melepak di tengah-tengah dorm sambil makan2...Seingat aku ada lebih kurang 4 orang yang melepak bersama dan di antaranya bernama Aaron yang beragama Kristian dan berketurunan India...

Kami menarik 3 katil2 single ke tengah2 ruang di dalam dorm dan melepak bersembang sambil makan2..banyak kami bercerita...cerita warden...cerita aweks...ngumpat senior...

Leka bersembang dan bergelak ketawa tak sedar jam dah pukul 2am...

Sedang berbaring-baring tiba-tiba Aaron ketawa tak henti2...kita org ketawalah sekali ngan dia..mungkin rasa kelakar sebab sebelum tu ada kisah lawak yang kami bualkan...Tak lama kemudian, kami berhenti ketawa...

Aaron ketawa lagi..ketawa...dan ketawa...dan ketawa...tak henti-henti...

Kami dah mula rasa risau....

Tiba-tiba dari tingkap bilik hostel, angin bertiup dengan kencang...menghempas tingkap dan suasana terasa sejuk sekali...Aaron berada ditengah2 di antara kami...masih ketawa....kemudian dia diam..tiba-tiba dia berkata, "apa korang buat kat sini!!" Suaranya dah bertukar kepada suara yang kami tahu bukanlah suara Aaron yang sebenar..garau...dan seram....dia ulang berkata benda yang sama..Apalagi.., melompatlah kami dari katil masing-masing sebab terkejut dgn perubahan Aaron ..

Salah seorang dari kami terus memanggil warden asrama manakala aku dan yang lain mengawasi Aaron..takut dia melompat pula dari tingkat tiga hostel tuh..Apabila guru warden asrama datang, dia membawa sekali seorang ustaz...ustaz itu pun membaca beberapa ayat-ayat suci Al-Quran sambil kami yang lain memegang Aaron yang menjadi semakin gagah nih...

Setelah selepas 2jam bertarung..., Aaron pun senyap...

Keesokan harinya sekolah memberikannya cuti pulang ke kampung selama sebulan...

Moral (Bukan Soalan ): Hysteria boleh terjadi kepada mana2 bangsa dan agama..dan Ustaz yang beragama Islam masih mampu mengubat mereka yang beragama Kristian..(Seperti dalam pengalaman aku..)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply 108# gebio


motif promote cuti2 malaysia kat tread antuu?

so jin yang masuk lam aron tu cakap melayu gak ker?:re: pastu budak tu baik balek tak?!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 03:51 PM | Show all posts
Reply  gebio


   dan satu lagi ..bukan senang "dorang" nak bagi  kita dengar nyanyian dorang... ...
ilahkhatibrani Post at 25-3-2011 09:46



    ooowwhhh..time nyanyi merdu lak ekkk sore deme2 nih... tapi time ketawa awat hazab sangat bunyik?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 06:09 PM | Show all posts
hmm....nk tnya la kt TT...gnguan paranormal mcm ni ada x blaku kt adik bradik yg len...atau kt ko sorg jer...klo kt ko sorg,komfom la ko ni mcm Ahmad ALBAB......
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 06:10 PM | Show all posts
ooowwhhh..time nyanyi merdu lak ekkk sore deme2 nih... tapi time ketawa awat hazab sa ...
parangskeper Post at 26-3-2011 15:51



    time menangis yg xtahan tuh...meremang bulu2an ku.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 06:16 PM | Show all posts
reply story no 3
mungkin ko ni anak AHMAD ALBAB kot sbb asik nangeh je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 07:54 PM | Show all posts
reply story no 3
mungkin ko ni anak AHMAD ALBAB kot sbb asik nangeh je..
daiman Post at 26-3-2011 18:16


ada harapan dpt harta bertompok2...bakal jutawan neh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 09:51 PM | Show all posts
Reply 108# gebio

now nama jalan tenteram dah tukar ke jalan yaakob latiff
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 10:43 PM | Show all posts
Reply  gebio


motif promote cuti2 malaysia kat tread antuu?  

so jin yang masuk lam aron  ...
alibnmat Post at 26-3-2011 15:07


hehehe...selingan sikit walaupun cuti x mcm cuti nih...

Mmg masa kena rasuk tu, si Aaron nih cakap melayu...heran gak aku...agaknya sebab tempat ramai melayu kot.... Selepas kejadian tu.., dia jadi pendiam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2011 10:44 PM | Show all posts
Reply 110# parangskeper

time ketawa tu yg x sanggup nak dengo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 10:47 PM | Show all posts
hmm....nk tnya la kt TT...gnguan paranormal mcm ni ada x blaku kt adik bradik yg len...atau kt ko so ...
BetaraIndera Post at 26-3-2011 18:09


Dalam family aku, aku sorang yang jadi camnih...

mmg rasanya aku ni Ahmad Albab kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 10:48 PM | Show all posts
time menangis yg xtahan tuh...meremang bulu2an ku.....
BetaraIndera Post at 26-3-2011 18:10


kalau time nangis...sayuuuu jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 10:49 PM | Show all posts
reply story no 3
mungkin ko ni anak AHMAD ALBAB kot sbb asik nangeh je..
daiman Post at 26-3-2011 18:16


ini harta AHMAD ALBAB yang punye....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.083222 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list