CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 3

[Tempatan] PRK Kuala Kubu Baharu: Buat keputusan bertanding pukul 2 pagi demi selamatkan tanah air – Hafizah

[Copy link]
Post time 28-4-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Hafizah pada proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor hari ini. Foto SHIDDIEQQIN ZON/ KOSMO!





HULU SELANGOR – Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat keputusan pada saat akhir untuk menghantar Hafizah Zainudin sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Hafizah berkata, keputusan itu dibuat oleh pimpinan tertinggi parti itu sekitar pukul 2 pagi bagi menyahut seruan pilihan raya berikutan masalah rakyat yang disifatkan semakin membimbangkan.

“Tujuan bertanding ini sebenarnya adalah untuk memastikan PRM tetap relevan selain ingin mengutarakan beberapa isu utama berkaitan ekonomi rakyat. Ini bukan soal menang atau kalah tetapi kita nak selamatkan tanah air kita,” katanya.

Justeru, Hafizah yang berasal dari Kuang, Rawang, berkata, beliau berjanji untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah rakyat selain akan memperjuangkan pentadbiran yang lebih telus sekiranya diberi peluang.

“Kita mahu semua rakyat menerima maklumat dengan lebih jelas dan terbuka. Sebagi contoh, isu vaksin dan harga barang naik. Jadi, kami ingin betulkan apa yang tidak betul sekarang ini,” jelasnya.

Hafizah, 50, yang mempunyai perniagaan sendiri berkata, kempen pilihan rayanya kali ini tertumpu di Jalan Kampung Tun Razak di sini dan akan mengumumkan manifesto dalam masa terdekat.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan antara empat calon iaitu Hafizah yang akan berhadapan calon Kerajaan Perpaduan menerusi Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, Khairul Azhari Suat (Perikatan Nasional) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 12:33 PM | Show all posts
PRM ni akan pecah undi dari mana eh siapa tau? Ka dia memang ada hardcore sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan hilang deposit ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Calon nampak muda dalam gambar ni. Tak macam 50 thn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065392 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list