CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 4

[Tempatan] Pusat beli-belah Sunway Velocity mesra autisme

  [Copy link]
Post time 28-4-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Sau Lian (tengah) pada majlis pelancaran Autsome di Kuala Lumpur baru-baru ini.



PETALING JAYA – Sunway Velocity telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk memberikan keselesaan beli-belah bagi individu yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah pusat beli-belah mesra autisme.

Pengurus Besar Kanan Pusat Sunway Velocity, Phang Sau Lian berkata, bagi memenuhi keperluan tersebut, pihaknya telah memperkenal dinding deria dan ruang tenang di premis tersebut berfungsi sebagai ruang sementara untuk individu autisme mencari ketenangan atau mendapatkan perlindungan.

Menurut beliau, meskipun bilik tenang itu terletak jauh dari kawasan umum tetapi ia mudah diakses oleh kumpulan sasarannya.

“Dinding deria mampan itu adalah inisiatif rakan kongsi pusat beli-belah ini iaitu 3.8 Art & Creative.

“Ia menggunakan sisa fabrik, plastik terbuang, dulang pulpa kertas, dahan dan bahan kitar semula lain untuk mencipta semula seni terkenal Van Gogh menjadi karya deria untuk membolehkan individu autisme menyentuh, merasa dan berhubung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Autsome di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai hari Autsome yang merupakan singkatan kepada Autism is Awesome, Sau Lian menjelaskan, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap individu yang mengalami ASD.

The National Autism Society of Malaysia (NASOM) telah menganggarkan satu daripada 68 kanak-kanak mengalami autisme, namun kesedaran terhadap individu yang menghidap ASD tidak didedahkan secara meluas kepada orang ramai serta sumber dan kemudahan yang mesra autisme adalah terhad.

Selain itu, beliau berkata, Sunway Velocity turut menganjurkan Hari Beli-belah Mesra Autisme pada setiap hari Selasa bermula pukul 10 pagi sehingga 5 petang yang mana sebelum ini ia dilaksanakan oleh pusat beli belah Sunway Putra dan Sunway Carnival.

Katanya pada hari berkenaan, muzik tenang dan muzik jazz akan dimainkan di seluruh pusat beli belah tersebut.

Di samping itu, ia menyediakan pelbagai promosi istimewa dan kemudahan seperti tempat duduk yang tenang untuk menyediakan suasana beli-belah yang selesa sekali gus meningkatkan pemahaman dan penerimaan orang ramai terhadap orang yang mengalami ASD.

“Kami juga mempunyai Autsome Kits yang melibatkan pemakaian gelang tangan oleh kanak-kanak ASD dan juga pelekat kereta untuk keluarga meletak kenderaan di tempat letak kereta yang telah ditetapkan,” jelas beliau. -KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2024 11:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 11:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 28-4-2024 12:15 PM

Tak jauh pun dengan rumah tapi sekali pun tak pernah jejak. I macam kurang suka sket area bandar Cheras ni sebab rasa crowded, banyak simpang traffic lite, kejap² berenti. Jarak 1km pun rasa macam 10km.

Sunway Velo Mall ni rasa boleh la hidup jugak, tak le sesendu mana sebab ada Sunway Velo Hotel kat atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa nya mall2 sunway memang mesra autisme
kat sunway putra pon sama, ada calm room pastu ada sticker and wristband untuk budak2 autisme
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057771 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list