CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14937|Reply: 84

“I Masih Sayang Dia Tapi I Kesiankan My Husband” – Bercinta Dengan Suami Orang, Wanita Mengadu Buntu Nak Akhiri Hubungan Sulit

[Copy link]
Post time 4-5-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode




Perkongsian seorang wanita menerusi laman sosial X meraih perhatian dan mengundang pelbagai respon warganet.


Berdasarkan luahannya, wanita itu mengadu buntu bagaimana mahu mengakhiri hubungan sulitnya dengan bekas teman lelakinya yang kini sudah pun berumah tangga.


Tambahnya, mereka berdua akui masih saling menyayangi namun pada masa yang sama dia juga enggan melukai hati suaminya. Namun, jelas wanita itu dia dan bekas teman lelakinya tidak melakukan perkara tidak senonoh sebaliknya hanya berbalas mesej.


"Saya isteri orang yang ada hubungan (sulit) dengan suami orang. Dia adalah bekas teman lelaki saya. Kami berdua tak ada anak lagi. Hubungan kami hanya berbual dan bercakap di telefon. Tak ada lebih lebih."


Meskipun hanya berkomunikasi dengan cara begitu namun kedua-duanya akui sayang antara satu sama lain.


Namun wanita itu masih mempunyai rasa bersalah terhadap suami kerana mengkhianatinya dan akui buntu bagaimana mahu menamatkan hubungan terlarang ini.


"Dia cakap masih sayang I dan I pun masih sayangkan dia. I tak tahu macam mana nak akhiri hubungan ini. I kesiankan suami I. Tolong I.”





Luahan wanita itu mengundang pelbagai kritikan warganet dan ramai yang mempersoal tindakan mereka mengahwini pasangan masing-masing sedangkan masih mempunyai rasa sayang.










Dalam pada itu, segelintir individu menasihati dan memberi cadangan kepadanya bagaimana untuk memutuskan hubungan tersebut.


SUMBER : Twitter/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Go for it. Follow your ❤️
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Takleh polyandry cerai jelah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilih je la no2 tu... Klu ko syg no1 x kan ada no2.. Nk kesian2 kat laki pulak... Kang dah terbunting nipu kata ank laki... BTW nk ke jantan tu cerai kan bini dia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:33 AM | Show all posts
ni bole buat slot drama

Lelaki Ini perempuan Itu
Sama bahlol
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh menyundal je la. Who cares.

Yang korang ni pun pehal pi tepek kisah dalam kain orang di CI? Ni patutnya masuk board FD, bodoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok bukak tred pasei kucing hilang 3 hari lantas mentua marah² tak pandai jaga kucem.
Jangan lupa korek info dalam media sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Thread ni akan keluar first hingga 12 mei.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 4-5-2024 12:51 PM
Tahniah. Thread ni akan keluar first hingga 12 mei.

Too bad...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkn berita semasa.. dah le tepek kat ataih tu sampai 12 Mei.. mcm takde citer lain.. twitter Mein tu pun asik2 menda2 mcm ni.. takde menda lain ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Duh bkn isu semasa pastu reporter cari dtg dari masa dpn. Baru 4.5 harinie tapi berita da ditulis pada 12.5. Nice
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Haluuu momod... Ini berita bukan CI larr
Rengsanyaaaaa tgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-5-2024 12:00 PM
Esok bukak tred pasei kucing hilang 3 hari lantas mentua marah² tak pandai jaga kucem.
Jangan lupa  ...

Makesure Letak tarikh 30.5 so hari2 "isu semasa" tu dok kat berita paling top
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 02:14 PM | Show all posts
Edited by nolya at 4-5-2024 02:19 PM

Cuba berlaku jujur dn bertanya sendiri, sejauh mana cinta puan trhdap ex-kekasih. Masih mendalam atau sekilas rasa kasih yg singgah dlm kesempatan tertentu.  Bertanya lagi, bagaimana puan boleh menikah dgn suami, apakah dia bukan pilihan? Bukankah suami itu jodoh ketentuan puan yg sudah tertulis dlm ketentuan qada-qadrNya. Atau kini puan sedang melakar satu qada-qadr yg lain pula.
Puan kini sedang berkasih2an dgn suami orang, bercengkarama di alam maya. Andainya jika suami puan lakukan hal yg sama, bagaimana puan rasa? Beraksi/bertindak, meredhakan, pasrah atau menuntut cerai. Apakah tidak mikirkan juga perasaan isteri yg di sana sedangkan puan juga seorang isteri?

Terjerat percintaan yg dilarang, curang walaupun belum ke tahap selingkuh, terkesima dgn cinta kembali bersemi, hanyalah godaan/mainan perasaan. Gelora hati diayun2,  diacah2 dgn mainan ayat2 cinta memerangkap puan yg kalau dilayan terus boleh merobohkan masjid yg dibina. Apa sebenarnya harapan dn halatuju puan dgn permainan begitu. Ask urself what n where ur final destination in ur marriage. Be firm, adakah yakin untuk bercerai dn berkahwin pula dgn ex-kekasih. Dan ex-kekasih juga mau bertindak serupa? Atau larut, layan terus dlm jerat percintaan yg ada? Selama mana?

Mohon pendapat ramai, netzs hanya boleh memberi nasihat bgitu-bgini, ttapi natijahnya di tangan puan. Tanyalah hati, carilah untung dn rugi.  Dosa-pahala ada neracanya. Intai2kan jawapannya dlm solat Istiharah. Berzikirlah dn cuba maknai kalimah ini: "Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii 'ala diinika ".
Semoga ada petunjuk yg benar drpNYA.


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk Drama : Kesundalan Itu Pilihanku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 4-5-2024 11:33 AM
ni bole buat slot drama

Lelaki Ini perempuan Itu

Yes, dedua sama2 bodoh melantun2. Yang betina tak reti nak gi counseling keluarga senyap2 tapi rela viral kat socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ko tggu lah. tgah dgn hok halalan toyyiban takde anak ko mnyundal, esok kalao kawen laki hok ni, anak mencicit belmbak, pakej laki hok ni spisis nyundal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 02:52 PM | Show all posts
allshares replied at 4-5-2024 01:11 PM
Makesure Letak tarikh 30.5 so hari2 "isu semasa" tu dok kat berita paling top

Disyorkan letak tahun 2030.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 03:08 PM | Show all posts
Semoga spammer pengsupply FRU Dubai/Madras haijek tred ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068904 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list