CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

  [Copy link]
Post time 8-5-2024 12:37 PM | Show all posts
kesian kat dia ni. knp la ada org jahat mcm ni? semoga Allah permudahkan segala urusan Faisal. Aamiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 8-5-2024 12:08 PM
aku tak pernah kena acid on skin...so tak berapa arif about the severity...tapi aku pernah tersimbah ...

i kena mnyk panas sikit kt jari.meraung panas..pdhl sikit i kena..api dh ttp..mnyk yg dr sudip je kena....tgl parut jgk..mlm mlm ngilu jua
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon aku x minat bola tapi agak simpati la melihat atlet2 negara diserang macam ni. Aku pon xdapat bayangkan kesakitan dorang yang kena & ketakutan family dorang. Aku pernah kena sup panas menggelegak. Habis tangan sampai siku. Memang aku x letak apa2, terus pegi klinik. Masa gelembung2 tu pecah sakit woo, aku tahan x usik2 tempat tu. Alhamdulillah xde la kesan yg teruk sangat.
Semoga penjenayah ni dapat ditangkap & dijatuhkan hukuman cepat2. Sebelum jatuh hukum tu harap abang2 sado berbaju biru hempok kasi lunyai
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman 90an dulu ramai pemain bola kena buang negeri sebab match fixing kan..so adakah faisal ni x mau terlibat lalu di curah asid
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Type C takda komen apa2 ker
Kat fb byk Type M je komen doakan kesembuhan

Abisla yg lain shaking dan tak senang duduk
Kejam betul main simbah2 acid nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 6-5-2024 10:22 PM
Jangan main2 wo dengan acid pencuci ni. Laki aku pon ada beli last year untuk saluran sinki yg ter ...

Jgn main2 ngn acid lelagi yg tuang dlm toilet tersumbat salah sop boleh meletup bocor acid tu kuar kat bilik air umah bawah
Ni sapa2 yg duk umah apartmen laa ye
Bygkan ada org tgh mandi dlm bilik air tu kena
Sama juga yg tuang dlm sinki tu sekali meletop kena org yg tgh masak kt dapur umah bawah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye..atlet ni kita Tau dia org ni tau dlm sukan dia org je..jd mcm ni mcm mn la ms depan dia..muda pulak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 8-5-2024 01:11 PM
Kesian nye..atlet ni kita Tau dia org ni tau dlm sukan dia org je..jd mcm ni mcm mn la ms depan dia. ...

ye. i mmg tak minat sgt bola msia lepas era semipro.dh tk kenal footballers ni..ikuti pun bila husband ada tgk match diorg.kenal gitu2 lah. tp truly kesian lah terutamanya msian footballers ni bukan dtg dari fmly background  T20, M40. bila diorg join as pro.footballers secara tk langsung diorg ni harapan keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-5-2024 06:18 PM
Iols baru tau senang nak beli asid kat mesia.. ingatkan kena tulis nama ka apa.. mcm beli racun pa ...

Kt msia dh lama diharamkan racun paraquat semenjak byk kes minachi estet bunuh diri sis
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 8-5-2024 02:23 PM
Kt msia dh lama diharamkan racun paraquat semenjak byk kes minachi estet bunuh diri sis

Ya ka? Baru tau.. ingatkan racun masih dijuai..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 8-5-2024 12:08 PM
aku tak pernah kena acid on skin...so tak berapa arif about the severity...tapi aku pernah tersimbah ...

Aku pon rasa patut kena dok bawah pancuran  air banyak2.

Sebabnya tangan pernah kena soda kapal api untuk sink tersumbat tu. Kalau kita biar makin pedih kulit. Cepat2 basuh dgn air banyak akan terus hilang kesan pedih terbakar tu.

So aku assume soda kapal api tu lebih kurang jugak asid tu tp asid tu lg kuatlah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:08 PM | Show all posts
azimodin replied at 8-5-2024 12:56 PM
Walaupon aku x minat bola tapi agak simpati la melihat atlet2 negara diserang macam ni. Aku pon xdap ...

samalah mcm aku kena sup menggelegak kat peha. ya allah sakitnya x boleh nak cakap. pdhal dah bagi kena air lps kena sup tu.
sampai skang tanda parut tu dok ada.
ini kena asid x terkata dah lah sakitnya camana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:11 PM | Show all posts
Sheila1987 replied at 8-5-2024 03:46 PM
Aku pon rasa patut kena dok bawah pancuran  air banyak2.

Sebabnya tangan pernah kena soda kapal a ...

aah....aku rasa pun mcm tu....sbb personally dah buat and it works....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 7-5-2024 07:57 AM
pekerja hardware tu la suruh beli asid ni...lps aku tuang asid tu dlm sinki mmg berasap...ada terp ...

Lye kot tu? Boleh buat sabun cold process. Kalau buat sabun, mmg kena pakai goggle & glove & buat kat tempat yg ada aliran udara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-5-2024 06:18 PM
Iols baru tau senang nak beli asid kat mesia.. ingatkan kena tulis nama ka apa.. mcm beli racun pa ...

Kalau beli utk buat sabun, kena tulis nama. Tu pun limited je kasi beli. Tp asid mcm tu ada je kat kedai hardware.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 8-5-2024 04:11 PM
aah....aku rasa pun mcm tu....sbb personally dah buat and it works....

Memang itu perkara yang kena buat. Kalau melecur asid atau air panas, alirkan air paip ke tempat melecur. Biar je sekurang-kurangnya 20 mins. Sebab nak stop kan terbakar n kesan haba kat lapisan kulit bawah.

So patut sape2 kalau terkena atau nampak cepat2 gi bawah air paip duduk situ je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 8-5-2024 12:52 AM
Faisal disimbah asid: Suspek sempat patah balik ambil botol terjatuh

Wartawan HM

Dah la dia tengah outing dengan wife & anak. Kalau kena kat anak tu camne? Kena wife dia pun sampai berlubang pakaian. Memang dajjal betul pelaku & mastermind. Kalau kes macam ni pun nak kambus, taknak war2 siapa pelakunya, aku doakan semoga pelaku & mastermind tu diazab di atas bumi ni lagi. Biar Allah tunjuk siapa pelaku & mastermind walau dorang gigih menyorok dalam lubanh cacing sekalipun.

Bodoh! Pelaku tu pun walaupun kau diupah untuk pedajal si mickey, kau takleh tunggu time dia sorang2 ke bangang? Sure trauma wife & anak dia.

Tak sangka zionis wujud di malaysia. Sekor zionis terlepas masuk pun bukan main lagi gelabah. Yang berperangai zionis rupanya bersepah2 dalam malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 04:33 PM | Show all posts
PM doakan Faisal Halim segera sembuh

Bernama

Mei 7, 2024 22:00 MYT



Ahmad Farhan (kanan) mewakili Perdana Menteri Anwar menziarahi pemain kebangsaan, Faisal Halim (tiada dalam foto) yang cedera akibat disimbah asid di sebuah hospital. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan, Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.

"Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak,” menurut hantaran itu.

Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey, telah disimbah asid dalam insiden di sebuah pusat membeli-belah di Damansara pada Ahad lepas.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat insiden tersebut dan beliau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan.
- BERNAMA


https://www.astroawani.com/berit ... egera-sembuh-469597
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 04:37 PM | Show all posts
Faisal dah boleh makan pagi ini

Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my



FAISAL bersemangat untuk kembali melakukan senaman ringan selepas pembedahan itu. FOTO Ihsan pembaca


Shah Alam: 'Faisal Halim dah boleh makan pagi ini', itu pengesahan daripada Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengenai perkembangan terkini bintang bola sepak negara, Faisal Halim.

Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey sebelum ini menjalani pembedahan kedua yang dijalankan malam tadi selepas dia diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid, Ahad lalu.


Jelas Shahril, beliau yang hadir bersama Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hospital swasta di sini pagi ini mengakui Faisal sudah sedar dan mula menjamah makanan.

Malah lebih mengejutkan, tonggak sayap itu dilihat bersemangat untuk kembali melakukan senaman ringan selepas pembedahan itu.


"Alhamdulillah, pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya saya dimaklumkan oleh pakar adalah amat-amat positif, Alhamdulillah.

"Terima kasih doa seluruh peminat bola sepak rakyat Malaysia. Bila saya kata positif itu, Alhamdulillah pagi tadi saya difahamkan ketika melawat bersama Tengku Raja Muda, Faisal Halim dah boleh makan.

"Yang baiknya, dia dah macam tak sabar dia nak buat dia punya senaman bola sepak. Bagi saya itu sangat, dia ada semangat cukup kuat.

"Tapi harus diingatkan ini adalah pembedahan kedua dan saya difahamkan ada lagi pembedahan ketiga dan keempat. Semuanya dalam fasa pemulihan," katanya ketika ditemui di lobi hospital di sini, pagi ini.

Ujarnya lagi, Tengku Amir Shah meluangkan masa hampir 30 minit bersama Faisal namun tidak boleh mendekati pemain kelahiran Pulau Pinang bagi mengelak jangkitan kuman.

"RMS bagi kata-kata semangat, Tuanku Sultan, pegawai pasukan, pemain dan juga rakyat Malaysia berada di belakang Faisal Halim dan Faisal Halim dengar apa yang Tuanku sampaikan tadi," katanya.


Disiarkan pada: May 8, 2024 @ 1:22pm


https://www.hmetro.com.my/amp/ut ... oleh-makan-pagi-ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 04:40 PM | Show all posts
Faisal Halim perlu dibedah kali ketiga, keempat

Oleh KOSMO!

8 Mei 2024, 1:43 pm



Faisal Halim.


SHAH ALAM – Pemain bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid perlu menjalani lagi pembedahan buat kali ketiga dan keempat.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal sebentar tadi.

“Pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya saya dimaklumkan oleh pakar (perkembangan) amat positif, terima kasih atas doa seluruh komuniti dan rakyat Malaysia,” jelas beliau.

Faisal kini ditempatkan di sebuah hospital swasta di sini dengan pemantauan rapi pakar perubatan unit kebakaran.

Dalam kejadian Ahad lalu pemain sensasi itu disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di ketika berada di luar pusat beli-belah di Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ali-ketiga-keempat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.093467 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list