View: 6522|Reply: 0
|
[Johor]
MBJB sedia bantu kesan suspek pecah kereta Safiq Rahim
[Copy link]
|
|
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor, untuk mengesan dua suspek yang memecahkan cermin kereta pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim malam tadi.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, ini kerana kebanyakan jalan utama di dalam kawasan pentadbiran MBJB dilengkapi dengan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) sepenuhnya masa.
"Kita memang ada perjanjian dengan polis setiap kali mereka memerlukan bantuan dari aspek pemantauan CCTV bagi membantu menjalankan siasatan terhadap apa-apa kes yang berlaku.
"Tidak dinafikan ada beberapa kawasan titik buta di bandar raya ini, namun kebanyakan jalan utama kita sepatutnya ada CCTV berhampiran.
"Kita berharap ada video CCTV yang merakam kejadian dan seterusnya membantu menjejaki dua suspek terbabit," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Mutiara Aidilfitri MBJB di Arena Larkin, di sini hari ini.
Menurut Noorazam, MBJB kini dalam proses memasang kira-kira 300 CCTV dengan ciri kecerdasan buatan (AI) di beberapa lokasi tumpuan di sekitar kawasan di daerah ini.
"Pemasangan ini bagi membolehkan MBJB meningkatkan keupayaan memantau pelbagai isu yang berlaku di seluruh kawasan MBJB membabitkan keadaan lalu lintas, bencana, jenayah, infrastruktur dan penguatkuasaan.
Semalam, Safiq memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan individu tidak dikenali menggunakan tukul besi.
Kejadian berlaku ketika itu dia sedang memandu meninggalkan pusat latihan JDT di Jalan Sri Gelam menghala ke arah Pantai Lido.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kereta-safiq-rahim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|