CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6415|Reply: 0

[Terengganu] Buruh ladang Indonesia tikam pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode

I Gede Purna (berkerusi roda) dipenjara lapan bulan kerana menikam pengawal keselamatan di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang buruh ladang warga Indonesia yang kudung kaki akibat dilanggar lori selepas menikam seorang pengawal keselamatan di Bandar Seri Bandi di sini pada bulan lalu dihukum penjara lapan bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin memerintahkan demikian selepas tertuduh, I Gede Purna Wijaya, 23, yang terpaksa ditolak ke kamar mahkamah dengan menggunakan kerusi roda membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menikam pinggul kiri mangsa, Muhammad Akmal Danial Mohd Zaid, 22, dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu didakwa dilakukan I Gede Purna di Ladang Mawar, di Bandar Seri Bandi di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 20 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Kosmo! 22 April lalu melaporkan kaki seorang buruh ladang hancur digilis sebuah lori di Plaza Tol Kijal di sini sewaktu melarikan diri selepa menikam seorang pengawal keselamatan Ladang Mawar, Bandar Seri Bandi.

Terdahulu dia telah diarahkan pulang ke rumah oleh mangsa selepas didapati berkeliaran di kawasan pejabat pengurusan ladang kelapa sawit itu pada pukul 3.55 pagi. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5588 Replies : 26
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11457 Replies : 108
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260010 Replies : 6565
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27981 Replies : 171
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6918 Replies : 21
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12378 Replies : 43
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76451 Replies : 3164
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.580490 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list