CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8012|Reply: 0

[Kedah] Tular solat jenazah RM1,000, JHEAIK minta waris tampil

[Copy link]
Post time 11-5-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode

NOTA jumlah bayaran untuk pengebumian jenazah di sebuah masjid di Pendang yang tular di media sosial sejak minggu lepas.

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) meminta keluarga yang mendakwa terpaksa membayar sehingga RM1,000 bagi solat jenazah di sebuah masjid di Pendang tampil bagi menyelesaikan perkara itu.

Menurut Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Ghani@Zulkilfi Zainuddin, setakat ini pejabat agama daerah sudah menerima aduan tersebut dan menjalankan siasatan lanjut termasuk bertemu dengan pihak masjid berkenaan.

“Pejabat agama telah memanggil pihak waris berkenaan dan mereka memaklumkan, Insya-Allah. Saya berharap kedua-dua pihak masjid dan waris dapat menyelesaikan isu ini dengan baik. Mungkin ada salah faham dalam perkara ini.

“Selepas perkara ini tular pada Selasa lepas, pejabat agama daerah menerima aduan dan memulakan siasatan awal dengan memanggil imam masjid berkenaan. Hasil siasatan awal mendapati jumlah sebenar adalah RM1,900 bukan RM3,000 yang ditularkan.

“Pejabat agama juga menasihatkan pihak masjid memanggil semula keluarga berkenaan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tular di media sosial sejak minggu lepas tentang satu nota mengandungi jumlah bayaran yang perlu dikeluarkan oleh sebuah keluarga bagi majlis pengebumian anggota keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... minta-waris-tampil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30120 Replies : 180
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194621 Replies : 4518
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7039 Replies : 36
PELIZ BE CAREFUL.
5-zaLPELIZ BE CAREFUL.
Views : 4677 Replies : 24
Bila bbnu bercinta #6
BoomibulatBila bbnu bercinta #6
Views : 8329 Replies : 53
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10702 Replies : 54
i love u husband
vanilla_velli love u husband
Views : 6724 Replies : 42
Doktor yang suruh...
epuepyDoktor yang suruh...
Views : 7095 Replies : 39
Atm dah ada drive thru
riena3321Atm dah ada drive thru
Views : 6318 Replies : 50
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10316 Replies : 47

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list