View: 16914|Reply: 11
|
Pesawat Hornet: TUDM hantar pasukan ke Kuwait, bakal beli pesawat tempur?
[Copy link]
|
|
IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar pasukan ke Kuwait berhubung cadangan mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet dari negara tersebut.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, lawatan teknikal ke negara itu akan diadakan dalam masa terdekat dengan pasukan pelaksana dibentuk pada bulan hadapan.
“Mungkin dalam Jun (lawatan), Insya-Allah kita akan tubuhkan satu pasukan untuk laksanakan lawatan teknikal ke sana.
“Menerusi lawatan itu nanti, kerajaan dan TUDM akan memutuskan bilangan pesawat Hornet yang ingin diperoleh bagi memperkasakan pertahanan udara negara.,” katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Akademi Tentera Udara di sini hari ini
Mohd. Asghar Khan berkata, TUDM ketika ini mengoperasikan lapan buah pesawat F/A-18D Hornet buatan Amerika Syarikat yang dibeli pada 1995 dan mula beroperasi dua tahun kemudian.
“Kuwait mempunyai 39 pesawat Hornet dua jenis tempat duduk dan satu tempat duduk. Daripada lawatan itu baru kita tentukan jumlah yang diperlukan. Sekiranya lawatan itu memberi hasil yang positif sehingga 2035, mungkin TUDM akan buat keputusan untuk membelinya,” katanya.
Kuwait bakal menamatkan khidmat pesawat-pesawat itu yang dibeli pada 1991 apabila digantikan dengan pesawat tempur lebih moden.
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
I scroll ke atas balik tgk tarikh post ni. Kot la post lama. Baru punya.
Aiyoh old story lah. Tetiap tahun cerita yg samaaaaa je. Hujung2 tetap nan hado! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian beli pesawat terpakai dari Kuwait.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh bau daa........ stok tahun 1991, beli terpakai zaman lalu, pada harga baru 2024... kenyanggggg......... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi jam penerbangan dia lebih rendah dari yg sedia ada di Malaysia. kira masih boleh berfungsi dgn amat baik. negara pak arab jenis kuat membeli, jadi yg beberapa tahun baru beli pun mereka sanggup buang tukar baharu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpakai tapi mileage berapa? Kalau parking ja dan well maintained ok ja buat raso2. Kita pun guna masa pertunjukan ja. Mana ada perang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus beli sebagai stop gap measure sementara menunggu batch FA50 dihantar sepenuhnya. MIG 29 mmg takde harapan dah jual besi burukla jawabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab yg Kuwait punya model C/D kot (Legacy Hornet)
Kalau yg version Super Hornet tu dah lain jenis dia...tak sama dgn apa yg ada sekarang...senang nak bela |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matamata at 13-5-2024 12:14 PM
TUDM ni dgrnya mmg pakai cukup2 asset dia...A400M tu antara yg paling tinggi flight hours dia compare dgn pengguna lain dlm dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore aritu belanjawan wat live kertas kerja beli F35.. iols kagum yach tgk presentation heols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuwait jet ni low mileage, seldom use dan juga never off road katanya.
Kuwait kena dapat green light dari Emrika kaa acaner bila nak juai ke Mesia? |
|
|
|
|
|
|
|
Amik Kuwait punya, astu yg Mesia punya trade in utk S.Hornet.
Asyik dogfight SU30-FA18 jer.... sesekali nak gak gigit S.Hornet. |
|
|
|
|
|
|
| |
|