CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4609|Reply: 0

Kilat Boy lakar sejarah rangkul kejuaraan tinju WBC

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

DAELONIEL muncul juara selepas mengalahkan Yutthichai dari Thailand. FOTO MOHD ROJI KAWI

Kuching: Petinju sensasi Sarawak, Daeloniel McDelon Bong melakar sejarah apabila merangkul gelaran Super Bantamweight Asia Konfederasi Tinju Dunia (WBC) selepas menewaskan wakil Thailand, Yutthichai Wannawong di Stadium Perpaduan di Petra Jaya di sini, malam tadi.

Petinju kelahiran Sri Aman yang juga dikenali dengan jolokan 'Kilat Boy' itu merangkul kejuaraan Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg) selepas menewaskan Yutthichai dengan Technical Knockout (TKO) pada pusingan kelima.

Dengan sorakan padu lebih 2,000 penyokong, Daeloniel menguasai setiap pusingan dan berjaya menjatuhkan Yuttichai beberapa kali sebelum pengadil menamatkan perlawanan.

Daeloniel yang ditemui selepas perlawanan itu merakam penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kejayaannya itu.


"Memang amat gembira dengan kejayaan ini yang dicapai di negeri kelahiran saya dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada saya selama ini.

"Terima kasih uga kepada jurulatih, Inocian Reynaldo dan juara Bantamweight Persekutuan Tinju Asia dan juara Bantamweight WBC-Asia, Herlan Sixto Gomez, yang terbabit dalam latihan beberapa minggu ini," katanya.

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta timbalannya Datuk Gerald Rentap Jabu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kejuaraan-tinju-wbc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.512043 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list