|
PENDUDUK Taman Tanjung Puteri Resort mendakwa bau busuk berpunca daripada Sungai Selangkah yang terletak berhampiran kediaman mereka. FOTO Mary Victoria Dass
Pasir Gudang: Kira-kira 100 penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Selangkah di Jalan Seluang, Taman Tanjung Puteri Resort, di sini, semakin bimbang dengan masalah pencemaran bau yang berulang kebelakangan ini.
Penduduk, Mohd Shah Md Ali Hanafiah, 41, berkata, penduduk yang menghuni di kira-kira 30 kediaman terletak pada jarak 100 meter daripada sungai berkenaan semakin bimbang dengan situasi berkenaan.
Menurutnya, permasalahan itu bukan baru namun ia semakin serius dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan terutama warga emas dan kanak-kanak.
Katanya, kejadian berulang sejak 7 pagi hari ini yang mana bau umpama kimia semakin kuat sehingga menusuk hidung walaupun pintu dan tingkat rumah ditutup.
"Saya sudah tinggal di kawasan ini sejak 13 tahun lalu dan macam-macam bau boleh dihidu termasuk bau seperti sabun, cat dan bau pekat umpama kimia.
"Bagi mengelakkan bau kuat, kami terpaksa menutup pintu dan tingkap hingga ia menjejaskan keselesaan ahli keluarga.
"Saya sudah merujuk pengaduan berkenaan kepada wakil rakyat dan agensi berkaitan supaya siasatan dijalankan," katanya.
Sementara itu, penduduk, Mastura Sameon, 45, berkata, air sungai juga didapati berubah dan lebih keruh apabila berlaku pencemaran bau.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mencemari sungai itu.
"Sebagai penduduk kami menjadi mangsa dan kami juga bimbang dengan ekosistem akan terjejas.
"Sepatutnya sungai di sekitar perumahan dipelihara dan dipulihara sebaliknya bukan dicemar," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan di lokasi aduan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bun-sekejap-bau-cat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|