CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6524|Reply: 33

Siti Nordiana Mempesona Di KONSERT 'MEMORI BERKASIH SITI NORDIANA 25 TAHUN'

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sugarBunn at 14-5-2024 12:18 PM

SITI NORDIANA MEMPESONA DIKONSERT 'MEMORI BERKASIH SITINORDIANA 25 TAHUN'

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Hampir tiga dekad sebagai penyanyi, Siti Nordiana kekal memukau ketika menghiburkan peminat dalam konsert "Memori Berkasih Siti Nordiana 25 tahun" yang berlangsung di sini pada Sabtu malam.

Dalam konsert selama dua jam itu, lebih 1,000 peminat, dari golongan “baby boomers” hinggalah kepada generasi "millenials”, jelas terhibur dan terpukau dengan dendangan 21 buah lagu hit sepanjang karier penyanyi versatil itu.

Bekerjasama dengan kumpulan pemuzik latar The Romeo yang menggabungkan tujuh ahli muzik berserta dua penyanyi iringan, Siti Nordiana memberikan persembahan vokal yang bertenaga sekalipun sudah berusia 39 tahun.

Kehadiran ahli kumpulan peminat penyanyi itu - Siti Nordiana Fan Club - menambahkan gegak gempita sorakan di Zepp Kuala Lumpur tersebut, disokong dengan visual layar pentas yang begitu menarik.

Pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias yang mesra dengan panggilan Nana itu turut mengadakan segmen khas bagi mengimbau memori beliau bersama-sama Allahyarham Achik Spin sepanjang penglibatan mereka berdua dalam dunia seni.

“Segmen ini memang istimewa untuk Nana. Nana dedikasikan khas buat insan yang berjuang bersama dengan Nana dalam industri ini. Banyak menemani Nana dalam suka dan duka, banyak mengajar Nana erti persahabatan.

“Walaupun beliau tidak ada di sini bersama kita, Nana percaya semangat serta lagu-lagu dia di hati anda semua.

“Semoga roh Allahyarham Achik Spin ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, insya-Allah,” katanya yang mengakhiri persembahan dengan lagu hit mereka berdua, Paling Comel, yang diterbitkan pada 2003.

Untuk rekod, Allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 2010.


Siti Nordiana turut menyampaikan mesej bersempena dengan Hari Ibu dengan membahasakan dirinya sebagai "Mader” selain mengucapkan "Selamat Hari Ibu” kepada peminatnya yang bergelar ibu.

Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun dianjurkan oleh Icon Entertainment, menghimpunkan pengarah muzik Johan Shamsudin serta pemuzik Eddie Slam, Ujang Exist, Wan Gigi, Kabung, Rizal, Paang serta penyanyi latar Yuaz dan Eja.

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2024 11:54 AM | Show all posts
Siti Nordiana belum hilang taring[size=0.8]Oleh Fatin Farhana Ariffin - Mei 12, 2024 @ 3:02pmfatin.farhana@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana kini boleh menarik nafas lega apabila impian muncul dalam konsert solo akhirnya termakbul apabila menghiburkan peminat setianya selama dua jam menerusi Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana, semalam.

Lebih manis, konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu penuh dengan ribuan peminat yang cukup bersemangat menyanyi, daripada lagu pertama, Amaran hingga terakhir, Paling Comel.

Persembahan paling diingati tentulah apabila Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mendendangkan lagu popularnya bersama Allahyarham Achik Spin, iaitu Memori Berkasih dengan rakaman asal lagu itu sendiri.

Bermakna tiada penyanyi undangan dijemput untuk menyampaikan dan menggantikan arwah Achik, sebaliknya suara rakan duet asalnya itu berkumandang lantas mengimbau kenangan ketika dua nama itu sedang memuncak pada 2001.

Dalam segmen penghargaan buat arwah Achik, Siti Nordiana turut menyampaikan lagu Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih.
Tidak hanya itu, Siti Nordiana berulang kali menyatakan penghargaannya, malah turut menyifatkan peminat, rakan media, pemuzik dan semua yang menyokongnya adalah tulang belakang yang membuatkannya mampu berdiri seteguh hari ini.

"Sepanjang karier saya banyak memori pahit yang dilalui. Konsert ini akan terus berada dalam lipatan memori berkasih saya.
"Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita saya nak buat konsert selepas 25 tahun dalam industri. Konsert solo ini tak lain tak bukan untuk anda.
"Kepada peminat, terima kasih. Ada yang datang dari jauh dan terimalah saya seadanya.
"Terima kasih terima segala kekurangan saya dan ada masa jatuh bangun saya, insya-Allah saya terus berkarya kerana sokongan anda," " katanya.

Siti Nordiana turut menyampaikan lagu Tak Upaya Menangis Lagi, Seribu Setia, Pelukanmu, Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Kasihmu Seakan Berubah, Arah Cinta, Nisan Cinta, Angkata, Terus Mencintaimu dan Hatiku Milikmu.

Tidak ketinggalan, Siti Nordiana mendendangkan lagu irama Malaysia seperti Benang Emas, Zapin Pak Ngah Balik, Bakawali dan Joget Pilihan Jiwa.
Yang turut hadir memberikan sokongan, Datuk Syafinaz Selamat dan Nubhan.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2024 12:13 PM | Show all posts
Edited by sugarBunn at 14-5-2024 12:16 PM

Konsert sulung serlah ‘taring’ Siti Nordiana, tribute Achik Spin buat peminat emosiAhad, 12 Mei 2024 1:00 PM

Oleh: ALLYA ABU BAKAR (PELATIH UNIVERSITI MALAYA)




PENYANYI Siti Nordiana bukan sahaja berjaya membuatkan peminat jatuh cinta sekali lagi dengannya malah menjentik emosi

sepanjang berlangsungnya Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun yang berlangsung pada malam Sabtu.


Pengalaman hampir tiga dekad sebagai penyanyi juga membuktikan Siti Nordiana atau Nana masih belum hilang taring malah ramai terpana dengan kemantapan vokalnya sepanjang dua jam konsert berlangsung.


Memulakan persembahan dengan Amaran, pemilihan lagu tersebut cukup kuat dalam membangkitkan mood berhibur 3,000 penonton yang membanjiri Zepp Kuala Lumpur.


Malah sebelum penyanyi berusia 40 tahun itu muncul di atas pentas, dewan bergema dengan jeritan peminat yang tidak sabar menantikan kemunculannya dan Nana berjaya mengekalkan momentum penonton sepanjang konsert berlangsung.


Setiap kali lampu di dalam dewan dimalapkan, ia akan diterangi dengan 'lightstick' yang memberi visual menarik terhadap konsert.


Nana yang membahaskan dirinya sebagai 'mader' (mother) cukup bijak melayan peminat yang hadir malah penyanyi itu tidaklekang menunjukkan gerakan jari 'finger heart' ke arah penonton.


Paling penting, kualiti vokalnya tidak menghampakan ketika menyampaikan 21 buah lagu khas buat penonton.


Pastinya, paling dinantikan peminat adalah lagu-lagu seperti Cinta Hanya Sandaran, Nisan Cinta, Hatiku Milikmu dan Bakawali yang membuai emosi.


Susunan muzik yang berkualiti daripada pengarah muzik iaitu Johan Shamsudin juga berjaya menjadikan setiap lagu dipersembahkan istimewa.


Selain Johan, antara pemuzik yang mengiringi persembahan Nana adalah Eddie Slam, Ujang Exists, Wan Gigi, Kabung, Rizal dan Paang.


Emosi penonton terus diusik apabila konsert diselingkan dengan tayangan video istimewa yang mengimbau semula semua kenangan manis dan pahit sepanjang dia bergelar anak seni.


Sesuai dengan konsep menggamit kenangan, Nana turut mengubati kerinduan ramai dengan mendendangkan lagu-lagu duet popularnya bersama Allahyarham Achik Spin.


Seluruh dewan turut mengambil kesempatan menyanyikan bersama lagu seperti Gurauan Berkasih, Memori Berkasih dan Paling Comel.


Ketika slot itu, Nana turut mengambil peluang mengenang setiap kebaikan Allahyarham sejak awal penglibatannya dalami ndustri muzik.


"Saya ingin menyanyikan lagu-lagu yang saya pernah nyanyi dengan insan penting dalam hidup saya.


"Orang yang selalu menemani saya dalam perjalanan seni saya. Orang yang ajar saya erti suka dan duka. Sentiasa ada ketika jatuh bangun saya.


"Tetapi kini dia sudah lama tiada," katanya.


Pada penghujung konsert, Nana menyifatkan konsert tersebut sebagai memori yang akan sentiasa segar dalam ingatannya sampai bila-bila.


“Saya nak semua tahu yang momen ini akan terus berada dalam lipatan memori berkasih Siti Nordiana selama-lamanya,”ujarnya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nana x byk songeh elok hidup takde kawan toxic mcm 5 sekawan…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2024 12:25 PM | Show all posts
Edited by sugarBunn at 14-5-2024 12:36 PM

  


  


  


  
[ig]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:30 PM | Show all posts
takde ke pondan2 porum yang pegi? siti nana nampak bambam sikit iya. Banyak lagu sheols yang iols tak pernah dengar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2024 12:32 PM | Show all posts
hyie replied at 14-5-2024 12:30 PM
takde ke pondan2 porum yang pegi? siti nana nampak bambam sikit iya. Banyak lagu sheols yang iols ta ...

macam mana nak sing along nih... addddoiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lan Solo n geng gigit jari je lah. Nasib baik nana dah tak berkawan dengan diorang. Or else, mesti lan solo yang berduet dgn nana. Pastu mesti syura gigi terlebih drip putih pun naik stage berduet sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2024 12:36 PM | Show all posts
  


  


  


  

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
trending ya kak nana kat X sana
ramai kata best konsert dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok pinas pn mcemar duli kan konsert ni...xsilap tgk kt ig..curlass nana
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah ct nana...akhirnya ada jgk konsert sndri...
mkin berbulu tak ex bff??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 14-5-2024 12:30 PM
takde ke pondan2 porum yang pegi? siti nana nampak bambam sikit iya. Banyak lagu sheols yang iols ta ...

Masa sekolah dulu selalu dgr radio Muzik, so tau la lagu2 yg disenaraikan tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2024 01:09 PM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 14-5-2024 12:40 PM
trending ya kak nana kat X sana
ramai kata best konsert dia

yupp..  kak nana trending no. syatuu kat X..
memang bestt konsertnya, happening giler
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sugarBunn replied at 14-5-2024 01:09 PM
yupp..  kak nana trending no. syatuu kat X..
memang bestt konsertnya, happening giler

2 hari kan dia trending
tgk video fancam2 yg post kat X tu mmg happening sgt
ramai tak boleh move on lagi haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ctnana.. iols tengok snippets je pun enjoy.. tq poremer yang share.. part duet ngan arwah Achik tu iols cannot le.. terasa gak sedih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng 5ekawan ngumpat kat whatsapp je la mampoo haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejujurnya i'm proud of her. Dia bangkit dgn sebenar2 bangkit. She's a strong woman. Tabik Nana! Juara GV yg paling menyerlah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tengok snippet kat tiktok. Sedih masa part nana duet dgn achik tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 02:03 PM | Show all posts
Minyakyuyi replied at 14-5-2024 12:42 PM
Tok pinas pn mcemar duli kan konsert ni...xsilap tgk kt ig..curlass nana

semoga tok pinaz bertemu jodoh dalam konsert nana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.103790 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list