|
DEEPIKA kini dalam fasa bersiap untuk menjadi ibu apabila anak pertamanya dijangka lahir September nanti.
SELEPAS mengumumkan kehamilan pertamanya, Deepika Padukone dilihat semakin menikmati fasa bakal bergelar ibu.
Tidak terbeban dengan kerja di set penggambaran atau terikat dengan komitmen dengan jenama produk, isteri Ranveer Singh itu hanya banyak menghabiskan masa di rumah.
Bersama suami, aktres dan ratu cantik itu mengakui seronok melakukan kerja kraf, termasuk bermain dengan benang dan jarum mengait.
Mereka sama-sama memuat naik poster dengan gambar baju, kasut, topi, kancing peniti dan belon berwarna biru dan pink dengan kapsyen memberitahu, bayi mereka akan lahir September 2024.
Sejak hamil, Deepika kerap berkongsi kegiatan harian iaitu menyulam pelbagai benda comel, termasuk bantal, baju serta barangan bayi lain.
Ramai memuji kecekapannya mengait hingga ada dalam kalangan peminat berharap dapat memiliki hasil sulamannya suatu hari nanti.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... kini-pakar-mengait/ |
|