CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11006|Reply: 1

Video 'Elmo' pukul lelaki tular

[Copy link]
Post time 14-5-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode




Melaka: Polis sedang mengenal pasti satu video tular memaparkan individu memakai kostum watak 'Elmo' memukul seorang lelaki hingga cedera di siar kaki di sebuah pusat beli belah di Banda Hilir.'

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan setakat ini tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan kejadian itu.

"Setakat ini tiada laporan polis. Kita nak semak sama ada video baru atau lama. Kalau baru kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil," katanya ringkas menerusi WhatsApp.

Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat itu individu memakai kostum terbabit dilihat menumbuk muka seorang lelaki yang sedang duduk bersandar pada dinding pusat beli belah berkenaan hingga cedera.

Si pelaku turut kedengaran menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa yang tidak bertindak balas dan terus beredar.

Kejadian itu dipercayai dirakam orang awam sebelum disebar di media sosial hari ini.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 08:01 AM | Show all posts
emo elmo... apalah masalah tu.. ingt kt konoha. skali melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.085859 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list