CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14802|Reply: 20

[Tempatan] Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia

  [Copy link]
Post time 14-5-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.



Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau berkata, proses untuk mendapatkan pengesahan itu mengambil masa selama tujuh tahun.

“Alhamdulillah selepas tujuh tahun, segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup.

Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang mengambil kesempatan atas ‘kemudahan’ yang bakal memberi implikasi di kemudian hari,” katanya pada Selasa.

Difahamkan, status perkahwinan Nurulhidayah dengan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sah di sisi agama, namun surat nikah daripada kerajaan Arab Saudi tetap perlu diperakui di Malaysia.

Anak sulung Ahmad Zahid itu memaklumkan, sebarang perkahwinan di luar negara perlu mendapat pengesahan kerajaan Malaysia terlebih dahulu.

“Pernikahan di luar negara perlu mendapat pengesahan di Malaysia baru boleh dapat surat dan sijil nikah dari kerajaan Malaysia,” ujarnya ringkas menerusi ruangan komen.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih buat peguam syarie, Fakhrul Azman Hasan kerana menguruskan kes terbabit daripada awal sehingga akhir.

Untuk rekod, Nurulhidayah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati di Masjidil Haram, Makkah pada 2017 lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 11:53 PM | Show all posts
Semua berdatuk datuk ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 12:28 AM | Show all posts
Edited by nolya at 15-5-2024 12:29 AM

Just my sincere question.  Andai kata pasangan dari M'sia yg bernikah di luar negara sudah tentu mereka harus memaklumkan pernikahan trs dgn Kedutaan M'sia di sana kan. Spt students M'sia yg bernikah di luar negara, adakah mereka juga (students) harus menunggu a period of time sebelum dpt sijil nikah.

Dlm kes Nurul anak Zahid ini, adakah semasa mereka nikah dulu tiada dlm makluman pihak Kedutaan M'sia. N also kenapa begitu lama kerajaan meluluskan pernikahan mereka. Apa bezanya mereka yg menikah di Arab Saudi dgn mereka yg nikah di Selatan Thai. Dua2 pun luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kahwin kat Songkhla macam stender marhean B40 kot.

Kalau kat Arab Saudi nampak lah Islamiyyah halalan toyibban syumul pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:23 AM | Show all posts
terpaling kak long
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
So weird this case
Tak dpt kebenaran nikah luar negara ke sebelum pegi mekah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap pakai tudung labuh, jap pakai purdah. Pape je la Acik
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 07:52 AM | Show all posts
ini membuktikan anak TPM pun dilayan seperti biasa. kn ikut prosedur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 08:04 AM | Show all posts
nolya replied at 15-5-2024 12:28 AM
Just my sincere question.  Andai kata pasangan dari M'sia yg bernikah di luar negara sudah tentu mer ...

sebab dia bermadu wpun madu luluskan dan izinkan. kena turun naik mahkamah juga tp 7 tahun bergantung pada negara korang nikah.
kalau thailand dan indonesia rasanya tak selama itu. dan sekiranya negara timur tengah mmg lama..
dan bergantung juga lagi pada MAHKAMAH SYARIAH negeri masing2 kalau sabah/sarawak/labuan
tak berapa lama juga.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 08:08 AM | Show all posts
First wife husband sheols ada lagi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 08:43 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 15-5-2024 08:08 AM
First wife husband sheols ada lagi kan?

dah meninggal kan, i think sbb tu sheols dapatkan juga sijil ni...maybe utk proses harta sepencarian...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 08:55 AM | Show all posts
gangerina replied at 15-5-2024 12:43 AM
dah meninggal kan, i think sbb tu sheols dapatkan juga sijil ni...maybe utk proses harta sepencari ...

Ah.. I see. Yes make sense jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 09:26 AM | Show all posts
satgi settle dalam masa dua hari acik2 kata hulur duit tepi lah, anak menteri vip cepat je settle lah.. mcm2 acik2 ni tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 09:58 AM | Show all posts
Edited by nolya at 15-5-2024 10:02 AM
rbmy replied at 15-5-2024 08:04 AM
sebab dia bermadu wpun madu luluskan dan izinkan. kena turun naik mahkamah juga tp 7 tahun bergant ...

Nak tanya lagi....... misalnya students M'sia yg menikah sesama M'sian students atau orang M'sia di luar negara, ada izin wali dn dlm makluman pihak kedutaan/konsulate M'sia di tempat, adakah pernikahan mereka akan diendorsed oleh kedutaan/konsulate tanpa persoalan?  Or masih perlukan pengesahan oleh mahkamah syariah negeri/pusat? Adakah pasangan trs akan ada dua sijil nikah, satu sijil keluaran tempat mereka menikah dn sijil kedua ialah yg dikeluarkan oleh pejabat agama M'sia.?
Bagaimana pula jika dlm tempoh penantian selama 7thn itu, lahir baby/babies, will the citizenship pending by the JPN?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:41 AM | Show all posts
nolya replied at 15-5-2024 09:58 AM
Nak tanya lagi....... misalnya students M'sia yg menikah sesama M'sian students atau orang M'sia di ...

Nak tanya lagi....... misalnya students M'sia yg menikahsesama M'sian students atau orang M'sia di luar negara, ada izin wali dn dlmmakluman pihak kedutaan/konsulate M'sia di tempat,
Adakah pernikahan mereka akan diendorsed olehkedutaan/konsulate tanpa persoalan?  
Or masih perlukan pengesahan oleh mahkamah syariahnegeri/pusat?
-MASIH [sebab dalam kes ni awak nikah takde kebenaran pihakJAWI] :  contoh saya nikah tanpakebenaran JAWI WP sebab saya rasa renyah hahaha
Adakah pasangan trsakan ada dua sijil nikah, satu sijil keluaran tempat mereka menikah dn sijilkedua ialah yg dikeluarkan oleh pejabat agama M'sia.?
-      Kes saya,sijil nikah dari JAWI selepas dapat kelulusan Mahkamah Syariah
-      Saya hanyadapat surat keterangan nikah dari Konsulat sahaja

Bagaimana pula jika dlm tempoh penantian selama7thn itu, lahir baby/babies, will the citizenship pending by the JPN?
Yang ni kene rujuk dgn JPN sebab kadang2 maklumat tu ada penambahan.
yang utama semua dokumen kebenaran dari luar negeri tu awak siap2 kan je endorser translate apa semua..
dalam kes saya, saya sgr bersyukur saya tak didenda oleh pihak jawi negeri saya. dan sy tak tnya kenapa tak didenda.



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:55 AM | Show all posts
Edited by nolya at 15-5-2024 12:09 PM
rbmy replied at 15-5-2024 11:41 AM
Nak tanya lagi....... misalnya students M'sia yg menikahsesama M'sian students atau orang M'sia di ...

Thaks for the info. Prosedur begini seharusnya dimaklumi oleh semua mereka, termasuk students M'sia yg ingin menikah di luar negara. Susah dulu senang kemudian, wajar diambil perhatian mengelak segala kerumitan bila melewati prosedur yg sudah ditentukan.  Students' parents juga harus peka kpd prosedur begini kerana jika hendak diluruskan kemudian, betapa renyahnya masalah yg perlu dilalui.

Still another question.  Boleh tak students nikah di luar negara demi menghalalkan hubungan dn bila balek M'sia, mereka menikah sekali lagi just for the sake of formality n to obtain marriage cert without any hassle. Any possibility?
Also, di Kedutaan M'sia, tak ada Islamic Section ke yg boleh meguruskan permohonan nikah di luar negara.  I mean mll Kedutaan, students mohon nikah, it's Kedutaan yg berhubungan dgn JAWI di M'sia bagi mendapatkan kelulusan? Apakah di Kedutaan tak boleh menempatkan seorang pegawai agama berstatus Kadhi atau diberikan tauliah menikahkan bagi memudahkan perkara begitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 02:07 PM | Show all posts
Sepanjang 7 tahun tu hanya berjimak di Saudi ja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:32 PM | Show all posts
nolya replied at 15-5-2024 11:55 AM
Thaks for the info. Prosedur begini seharusnya dimaklumi oleh semua mereka, termasuk students M'sia ...

Let me share my experience.
I bernikah di US masa student dulu. Jurunikah di Islamic center nak tenguk surat kebenaran drp wali dulu. Lepas nikah, dapat surat nikah dan juga I daftar marriage kat marriage counsel sana. Dapatlah notory stamp kat sijil nikah dan ada ditulis no record marriage.
Balik malaysia, I register my marriage kat JPN. Lepas tu daftar kat Jais dengan bawa surat nikah drp US. Alhamdulillah tak kena denda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:03 PM | Show all posts
nolya replied at 15-5-2024 11:55 AM
Thaks for the info. Prosedur begini seharusnya dimaklumi oleh semua mereka, termasuk students M'sia ...

nikah sekali saja sis.
tak boleh dua kali. sebab waktu nikah di luar negara tu. saksi imam wali hakim semua ada kan.
dokumentasi lengkap. cuma proses nak daftar tu saja amik masa.
tu sebab waktu naik mahkamah utk sahkan status perkahwinan tu kena
ada mak bapak saksi semua  sebab hakim akan tnya, betul ke parents tau anak dia nikah dan betul kan beri izin..
time tu mmg kena tenang dan jawab dgn yakin.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:56 PM | Show all posts
rbmy replied at 15-5-2024 04:03 PM
nikah sekali saja sis.
tak boleh dua kali. sebab waktu nikah di luar negara tu. saksi imam wali ha ...

I wonder whether the same prosedures are also practiced to couples married kat Selatan Thai.  Mcmane pasangan yg nikah kat Narathiwat or Selatan Thai tu boleh lepas menikah ye?  Adakah kadhi situ tak cek status pasangan yg nak kawen, esp yg berpoligami dn pompuan hanya berwalikan wali hakim berdasarkan kpd 2 marhalah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.150746 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list