CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31972|Reply: 107

Mitos Lilith - isteri Pertama Adam

[Copy link]
Post time 28-3-2011 10:55 PM | Show all posts |Read mode
http://en.wikipedia.org/wiki/Lilith


lilith dijadikan sama ngn Adam, iaitu dari tanah also, tapi eve dari tulang rusuk. Disebabkan sama taraf ngn Adam, lilith xnak tunduk ngn Adam... Ok tu versi Kaballah Jew.Diambil dari Gilgamesh epik...

Even wonder kalu sebelum eve dicipta, Adam ni lelaki ke pompuan kalu lilith ni memang x wujud? or no gender?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 12:55 AM | Show all posts
lilith? no comment, dalam Quran takde lak citer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:01 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:10 AM | Show all posts
ade je nak bawak ilmu sesat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:40 AM | Show all posts
kan TT da mention tu versi versi Kaballah Jew
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:43 AM | Show all posts
ade 1 lagu nyanyian datuk CT, lagu dia batas asaku, lagu ni mnceritakan kesetiaan seorg wanita trhadap lelaki, ade bait2 lagu dia cmni- 'bila ku tercipta, dari tulang rusukmu'

ade kena mengena ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 09:00 AM | Show all posts
Reply 7# oni313

xde kena mengenanya.... kalau ada pun mebi dia cerita pasal Hawa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:33 AM | Show all posts
datang mana lak nama lilith nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 10:26 AM | Show all posts
lilith ni aku tengok cita supernatural macam jahat jek..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:27 AM | Show all posts
Reply 9# d^_^b

kekekekeke ......... memula dulu layan cerita ni, pastu makin lama makin mengarut. terus tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:10 PM | Show all posts
tak penah dgr la plak.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply 10# winamp05

Memang mengarut pun... tapi layan tengok jew la tak percaya pun... aku tengok  sampai lilith nak keluar tu jah, tu pun dah episode akhir untuk musim bape tak ingat 2 ka 3 ntah. pastu dah tak dek sambungan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:09 PM | Show all posts
tak nah dgr lor...layan gak supernatural neh..ske2 sebagai hiburan...skali tgk mcm cedok dari kisah nabi2....terutama part asal usul kejadian manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:46 AM | Show all posts
lilith nih mitos jew jer la..  dlm hebrew bible pun x dinyatakan dgn jelas.. hanya sekali shj

"The desert creatures will meet with the wolves,
The hairy goat also will cry to its kind;
Yes, the night monster will settle there
And will find herself a resting place."

night monster ni dikatakan lilith..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:37 PM | Show all posts
lilith ni aku tengok cita supernatural macam jahat jek..
d^_^b Post at 29-3-2011 10:26


thread ni ada kaitan dengan thread satu lagi, yang pasal succubus/incubus tu. Lilith tu legenda jew kata isteri adam yang mula2 kat syurga tapi sebab waktu tu definisi lelaki dan perempuan belum ada lagi. adam nak dominan tapi lilith pun nak jadi dominan. jadi sebab tak de persefahaman lilith pun lari dari adam. sebab adam bosan, tuhan pun jadikan dari tulang rusuk adam tu sebagai hawa. sebab hawa dari adam (man), sebab tu hawa digelar perempuan (woman) dan adam lebih dominan dari perempuan.


pekahwinan adam dengan hawa jadikan lilith marah dan jealous, jadi dia besumpah akan menggoda anak cucu adam yang lelaki. lilith berzina dengan iblis,so dapatlah anak2 bernama succubus - syaitan penggoda betina. orang kristian zaman dedulu kata,mimpi basah tu sebab succubus akan datang dalam bentuk lembaga perempuan dan menggoda untuk berhubungan seks dalam mimpi org lelaki yang sorang2 dan tak kawal minda dari fikiran negatif (lucah). bile bangun, orang yg mimpi basah tu disuruh cepat2 mohon ampun dan bedoa supaya succubus tak akan mengandung dan kembangkan zuriat lilith

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply 15# manap77

Dan jangan lupa mandi hadas besar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 01:50 PM | Show all posts
aku x tau nk bubuh mana... tp ada kaitan dgn thread nih....
asal usul kejadian Nabi Adam
aku dpt dr blog. credit to qurrataaini.multiply.com

utk renungan kita bersama.....

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris ,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 03:55 PM | Show all posts
aku x tau nk bubuh mana... tp ada kaitan dgn thread nih....
asal usul kejadian Nabi Adam
aku dpt d ...
afja Post at 30-3-2011 13:50



terima ksh utk info yg menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 07:27 PM | Show all posts
1st time dengo pasal lillith ni kat tv...cite supernatural tp yg tu jahat...skang dah x ikut sgt...dah terpesong dah...dah best dah cite dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 10:44 PM | Show all posts
7. Tanah Paris
afja Post at 30-3-2011 13:50


Paris, France?? Ibnu Abbas tahu Paris?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119556 Replies : 3088
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 9397 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.075330 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list