CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4580|Reply: 32

[Jenayah] Pembongkaran projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun

[Copy link]
Post time 16-5-2024 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 17-5-2024 12:09 AM




KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap 28 telaga jejari yang dibina menerusi Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW).


Ia membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air (LRA) dianggarkan berjumlah lebih RM300 juta yang dibina Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kerana gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, projek berkenaan dibina antara 2008 hingga 2015.

Beliau berkata, susulan itu empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan terhadap pembinaan HCW di Kelantan kerana gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk.

"HCW berkenaan sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air mentah kepada LRA sebelum disalurkan kepada pengguna.

"embinaan HCW berlainan kapasiti ini adalah alternatif untuk mengatasi masalah air di negeri itu terutama pada musim kemarau.

"Tetapi sebahagian besar telaga yang dibina ini gagal menghasilkan kuantiti sumber air pada tahap optimum," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan dipercayai terdapat pegawai di AKSB yang menerima wang rasuah daripada syarikat konsultan yang dilantik dalam projek pembinaan telaga air terbabit.

"SPRM juga percaya bahawa terdapat manipulasi membabitkan proses kelulusan projek ini pada 2015.

"Oleh kerana telaga air yang dibina ini tidak dapat dimanfaatkan penggunaannya, ia menyebabkan kerugian dan siasatan SPRM juga akan cuba mengenal pasti jumlah sebenar kerugian yang dialami termasuk jumlah wang rasuah yang terbabit," katanya.

Beliau berkata, isu kegagalan telaga jejari untuk membekalkan air kepada LRA itu pernah didedah dan ditegur oleh Ketua Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2015 (LKAN 2015).

"LKAN 2015 mendedahkan bahawa sebanyak lapan LRA yang diaudit pada ketika itu dan hasilnya empat LRA iaitu LRA Pintu Gang, Wakaf Bunut, Wakaf Bharu dan Chica yang mempunyai telaga jejari tidak berfungsi dengan sempurna.

"Walaupun isu itu sudah didedahkan dan ditegur Ketua Audit Negara, masalah ini masih tetap berulang," katanya.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan SPRM juga adalah berdasarkan rungutan selain aduan pengguna di negeri itu berhubung masalah air yang mereka hadapi.

Beliau berkata, siasatan dijalankan juga mendapati terdapat HCW yang gagal berfungsi dan ditutup atas pelbagai faktor sekali gus menyebabkan objektif pembinaannya bagi memastikan pengguna memperoleh bekalan air yang mencukupi terutama pada musim kemarau gagal dicapai.



















This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2024 09:52 PM | Show all posts
Itu pun masih ada hati nak tawan Selangor

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rombak jer la AKSB tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2024 10:09 PM | Show all posts

kenot...lubuk rezeki halal tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 16-5-2024 10:09 PM
kenot...lubuk rezeki halal tu kot

You speak like an enemy of isele you know.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-5-2024 09:58 PM
Rombak jer la AKSB tu.

Memang inilah kehendak oghe Kelate yang tinggal di Kelate selama ini. Orang Key El saja yang sangka oghe Kelate yang tinggal di Kelate sayang dengan AKSB ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 11:14 PM | Show all posts
rasuah halalan toyibba ke nim?


hebakkkkk lobai.


ingatkan lobai akai setitik ja
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Telaga jejari?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2024 11:42 PM | Show all posts

Jejari Mesadis lagi penting chuols


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 16-5-2024 11:06 PM
Memang inilah kehendak oghe Kelate yang tinggal di Kelate selama ini. Orang Key El saja yang sangk ...

Nak perambat AKSB, sila tendang 'bulan' keluar.
3 dekad 'bulan' dok urus tadbir negeri.
Sapa yg pilih kalau bukan orang negeri tu jugak.

Rasyuah?
Mana² negeri pun ada rasyuah.
Tapi kalo bab keperluan asas pun failed, nak kata apa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts


Horizontal Collector Well katanya.
Tak memasal budak² baru nak up kena.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Gali telaga pun gagal. Mungkin punca masalah adalah rakyat yg cerdik dah migrate ke negeri lain. Tinggal puak yang tak berapa pandai memerintah negeri
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm x sabar
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 17-5-2024 12:51 AM

Besar tu je??? Siyes arrr
Tu pun ghupa tak siap
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:53 AM | Show all posts
Serambi Mekoh ni kalo nak harap lobai Pas je tadbir negeri, federal tak tolong mesti skrg dah setaraf Somalia..gagal segagalnya..mcm ni pun sskjp masih buta hati tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 17-5-2024 02:53 AM
Serambi Mekoh ni kalo nak harap lobai Pas je tadbir negeri, federal tak tolong mesti skrg dah setara ...

Exactly tapi rakyat sana masih buta perut buta akal. Sampai dalam kubur redha dgn jenayah pak lobai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 08:12 AM | Show all posts
I, kerap turun negeri serambi mercedes, penduduk tempatan ramai yg anti dgn set PAS. yg menangkan mereka nie adalah jahiliyah yg mencari rezeki di negeri lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:03 PM | Show all posts
YG MENGUNDI...BUKAN DUDUK KAT KELANTAN PONNNNN...
ADA DEPA KISAH....


KUHE...KUHE...KUHE
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betol. Rm300 juta tu bukan ke dapat masa kecoh2 MB pas dgn timbalan dia tukar merc baru.  Eh sapa tu yang suruh ambik air belakang Tesco. Memang Bodo rakyat Kelate undi lagi pas. Orang luar lama dah tau. Bila kita up issue air ehh marah plak kata negeri lain takda masalah air ke? Eh Selangor masalah air kadang2 je lepastu sentiasa dapat notis. Masalah air sebab pencemaran dan untuk baik pulih je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 03:07 PM | Show all posts
fitnoh nih.. fitnoh akhir jamen nih...
orge klate ga ada yang makan duit rasuah nih...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.089601 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list