CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8772|Reply: 135

[Tempatan] Dalam Akaun Ada RM20” –Menghadapi masalah kekurangan duit,Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru.

[Copy link]
Post time 17-5-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-5-2024 11:11 PM

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai Eco bagi membeli hadiah buat guru mereka..



Namun di sebalik pemberian hadiah buat golongan pendidik ini, ada ibu bapa yang berusaha cuba memenuhi permintaan anak walaupun mereka sebenarnya sedang dalam kesusahan.

Hanya Ada RM20 Dalam Akaun, Wanita Cuba Penuhi Permintaan Anak
Menerusi hantaran yang dibuat di akaun TikTok @sitieainsyah, wanita berkenaan berkongsi kisahnya memenuhi permintaan kedua-dua anaknya yang mahu memberi hadiah buat guru mereka.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Siti, sebagai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan, dia risau tidak dapat menampung perbelanjaan bagi membeli hadiah tersebut kerana menghadapi masalah kekurangan duit.

Difahamkan, pada ketika itu, dia hanya mempunyai wang tunai RM6 dan RM20 di dalam akaun bank.

Namun, kerana tidak mahu menghampakan anak-anak, dia cuba memenuhi permintaan kedua-duanya dan menasihati mereka membeli hadiah mengikut kemampuan dirinya.

“Ibu bagitahu mereka, ibu tiada duit. Tak cukup duit nanti, jadi mereka mengalah.

“Si abang, ibu minta duit sendiri kalau abang nak ambil lebih, jadi dia akur. Si adik ni payah sikit, cakap macam mana pun, ibu juga yang mengalah walaupun dia akur,” kongsinya.

Walaupun dia kekurangan wang, namun dia sedaya upaya cuba menggembirakan anak-anaknya itu. Menerusi penjelasannya di ruang komen, Siti tetap memenuhi permintaan anaknya dengan membawa mereka pergi ke kedai Eco.

Jelas Siti, antara barang yang dibeli adalah rantai kunci (keychain), buku, bunga dan pen papan putih untuk diberikan kepada guru-guru anaknya.

Tambah wanita itu lagi, suaminya ada membelikan rantai kunci (keychain) seorang satu untuk diberikan kepada guru anak-anaknya sempena sambutan hari istimewa pada Khamis (16 Mei).

Namun, ia tidak mencukupi malah Siti masih lagi memerlukan barang yang lain untuk membentuk keychain tersebut sebagai hadiah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah memberi hadiah kpd guru itu mau dijadik satu kebiasaan sempena hari guru? Dn adakah guru2 juga mengharapkn ada hadiah drp anak murid? Tidak dn tidak kan?  Maka haruslah berpesan2 kpd murid tak perlu beri hadiah untuk cikgu. Cukup kalau anak murid  'mendengar kata dn buat homework' sbg hadiah kpd cikgu. Hadiah berbentuk barang hari ini tidak lgi murah dn bukan semua ibubapa mampu. Kalau betul anak murid nak juga berikn hadiah kpd guru agar tak kosong tangan, berilah sepeket gula dn garam sbg hadiah. Spt filem 3 Abdul, hadiah garam dn gula murah harganya ttpi maksud yg tersirat dalam maknanya. Bungkuslah elok2 spt hadiah. Boleh juga beri sepeket minyak goreng, sepeket tepung, setin susu manis atau sekotak dua air kotak dn bunga telur (persist door gift). Harga hadiah trs tentu terjangkau bagi keluarga yg tidak berduit. Hadiah begitu juga dpt menilai budi murid yg memberi dn pekerti guru yg menerima. Selamat Hari Guru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi ulam pucuk gajus je pada Cikgu tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 12:33 AM | Show all posts
so dah jana berapa ribu view?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli je kedai 2.40.asalkn ada!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la cikgu upload dan harapkan anak murid beli hadiah. Kesian budak2 yang dari keluarga kurang kemampuan. Nak beli makanan pun berkira2. Cikgu dulu kalau ada alhamdullilah, takde hadiah pun tak pe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2024 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajar la anak bahawa bukan semua benda yg kita nk dlm dunia ni kita boleh dpt. Baru besar2 nanti jadi org yg kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoila, cikgu tu gaji lagi besar dari mak ayah budak2 ni.. bila la menteri pendidikan nak stopkan budaya bagi hadiah kat guru sempena hari guru ni, kesian parent yang struggle cari duit.. kadang2 hadiah tu cikgu2 nak tak boleh guna pun, asal boleh bagi sebagai hadiah aje, membazir budak2 ni beli.. cukupla biar budak2 tu buat persembahan ke apa je ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-5-2024 12:31 AM
Bagi ulam pucuk gajus je pada Cikgu tu.

Hmmmm dapnye cicah budu..sskjp panggil daun ketereh, kalau iols tk silap ler
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nono86 replied at 18-5-2024 04:59 AM
Adoila, cikgu tu gaji lagi besar dari mak ayah budak2 ni.. bila la menteri pendidikan nak stopkan bu ...

Takkn lah menteri pendidikan pulak nk kena arah suruh stop. Benda ni patut sekolah yg keluarkn arahan pada setiap guru & guru kena bgtau kelas yg hadiah tk dibenarkn. Menjadi kesalahan sb mcm rasuah kecil. Kena bendung dari kecik jgn melarat sampai jd barah.
Ada kebaikan jgk la bila agamawan melarang sambutan hari2 tk berfaedah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
KPM kena buat guidelines dah pasal hadiah hari guru ni, sepatutnya takleh dpt hadiah sebenonye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
KL yg dapat hadiah mahal2 tu, agak2 cikgu Akan bias X time exam???
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:19 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 18-5-2024 08:20 AM

bila ekonomi negara OK..

muncul budaya ;

1. bagi hadiah kat guru masa Hari Guru  

2. graduation utk budak2 tadika kat hotel

3. kopi hipster yg harga 2 digit

4. parents sediakan pot luck utk cikgu2 tadika

5. kongsi semua kemewahan n aktiviti kat socmed

tapi bila ekonomi x OK..

dilema plak nak reverse budaya2 yg diwujudkan zaman ekonomi OK

saperlah yg trend setter kpd budaya2 macam kat atas tu  





Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nono86 replied at 18-5-2024 04:59 AM
Adoila, cikgu tu gaji lagi besar dari mak ayah budak2 ni.. bila la menteri pendidikan nak stopkan bu ...

Betul la tu.kalau pergi umah cikgu,berlonggok barang2 kedai eco..tak terusik pun lagi.cikgu tu pulak bagi2 kat budak2 yang datang umah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Peer pressure kot. Mcm kalau kita gi kenduri kawen tapi tak bawak hadiah or tak hulur sumbangan, rasa mcm buat salah besar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku bagi roti 4 segi je kat cikgu dia..bungkus elok2 letak riben kasi lawa sikit..itu je..ofkos la anak aku mcm malu la nak bagi biskut kering je..aku ckp buat apa nak malu..rezeki tu..yang patut malu si cikgu tue kalau mencebik tgk hadiah anak aku sekadar roti 4 segi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain orang lain cara dia menghargai. Yang kutuk tu tak malu ke anak2 tengok? Kat skolah anak2 belajar cara menghargai orang lain tapi mak bapak kutuk tak cukup tanah marah kementerian, skolah n cikgu. Suruh stop bagi hadiah mahal sbb kesian yg tak mampu, ni macam yg kutuk org tayang pergi melancong jangan bagi org yg tak mampu tengok. Yg jenis camnilah tak sihat mental. Cubalah cadangkan instead of bagi hadiah, boleh je ajar anak tu buat crafted card. Iols cikgu bila terima kad hari guru buatan anak2 murid pun dah sejuk hati, siap lekat kat dinding meja iols. Parents lah kena main peranan, jangan ikut perasaan bodoh tu nak larang org bagi hadiah. Jijik and buruk betul perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 18-5-2024 10:26 AM

Ade ke nak pergi banding bagi hadiah dengan pergi melancong. Hmm. x sama la weii. Bagi hadiah melibatkan individu lain, ada pemberi dan penerima dan mungkin juga ada balasan yang diharapkan. Pergi melancong just melibatkan diri sendiri dan tak ada balasan yang diharapkan. Kalau pejabat/office boleh je letak banner no gift policy kenapa sekolah tak boleh?

Benda benda trend macam ni tak boleh dibiar berleluasa nanti in future takut dah jadi macam benda wajib pulak, kalau tak dapat hadiah cikgu tak mau buat kerja dan ada bias dan favouritism pulak memilih milih anak murid walhal gaji cikgu dah banyak pun.

Tak payah lah nak suruh anak murid membazir masa buat crafted cards, lebih baik suruh anak murid gi mengaji, baca fatihah, yasin hadiahkan kepada cikgu ke nanti cikgu juga dapat pahala anak murid mengaji. Bagi cards buat mengumpul habuk je dan mencemar alam sekitar banyak pokok kena tebang sebab nak buat cards. Dah kalau cikgu ada seribu anak murid, do you expect 1000 cards? Kalau 10 tahun, 20 tahun punya cards? Ni mesti sejenis cikgu yang sentimental, queen air mata hendak dipuji puja tak pun cikgu kurang kasih sayang kurang puji puja dari laki. Last last nanti masuk bakul sampah juga dan menambah timbunan sampah kat landfill. Yang huntung ialah tokey kedai lah menjual benda benda yang akhirnya jadik sampah sarap kat landfill.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
It's high time for MACC to step in!
Students giving presents on teacher's day is a form of bribe. Period.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xbuat makanan je? Beli bekas kecik2 tu rm10 kot ada 50 pcs. Selebihnya buat beli bahan buat agar2 ke, kuih lapis ke puding jagung ke yg simple2. Anak pun boleh makan sekali kalau ada lebih.
Pastu suruh anak buat kad tepek atas bekas tu. drpd beli brg bukan2 kat eco shop yg asalkan bagi je tu. Cikgu2 pun x guna benda2 tu.
Tapi lebih baik merempan kat socmed kan drpd berfikir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.635820 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list