Edited by stingerkentot at 17-5-2024 08:09 AM
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Sehubungan itu, Pengarah Bebas, Datuk Hamidah Naziadin dilantik sebagai pengerusi sementara berkuat kuasa 1 Julai, 2024.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Maxis berkata Mokhzani, 63, berkhidmat sebagai pengarah sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 2009 dan sebagai pengerusi lembaga pengarah sejak 22 April, 2021.
Syarikat telekomunikasi itu berkata lembaga pengarah kini sedang menilai calon-calon berpotensi dan menjangkakan untuk menyelesaikan proses tersebut dan membuat pengumuman mengenai pengerusi baharu pada masa yang sesuai.
Hamidah, 60, yang dilantik sebagai Pengarah Maxis pada 2014, merupakan pemimpin bidang sumber manusia yang berpengalaman dan disegani dalam dunia korporat Malaysia.
Malaysiakini
|