CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4378|Reply: 6

[Tempatan] Gaji 3 ribu, diploma kemahiran MARA laku

[Copy link]
Post time 18-5-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Semua graduan diploma bidang 'Internet-Of-Thing (IOT)' Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya sudah mendapat pekerjaan dengan menerima gaji premium antara RM3,000 hingga RM3,500.

Mengumumkan perkembangan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka adalah kumpulan pertama yang mengikuti kursus berkenaan.

Katanya, IOT adalah satu daripada cabang teknologi tinggi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang menggunakan pendekatan kecerdasan buatan (AI) yang mana KKTM menjadi institusi pendidikan pertama diiktiraf Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA) dalam bidang itu.

Menurutnya, KKTM menawarkan pengajian berdasarkan pendekatan 70 peratus amali dan 30 peratus teori, yang menjadikan pelajar cepat menguasai ilmu serta kemahiran.

"Kagum saya melihat pelajar-pelajar di sini menunjukkan demonstrasi kemahiran mereka dalam AI dan IOT, menginovasikan dan mengaplikasikan ilmu coding, robotik dan elektronik yang dipelajari dalam pelbagai bidang agro-pertanian, keselamatan, kawalan jarak jauh mesin dan pelbagai lagi.

"Sebab itulah, graduan KKTM ini bagaikan 'pisang goreng' dipancing industri dengan tawaran gaji permulaan lumayan," katanya dalam satu hantaran pada akaun media sosial miliknya hari ini.

Semalam Asyraf Wajdi melawat KKTM dan sempat melihat pelbagai demonstrasi kemahiran peralatan yang dibangunkan pelajar berkenaan.

Asyraf berkata ketika berucap dalam lawatan berkenaan, beliau turut menawarkan pelajar KKTM Petaling Jaya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sama ada di dalam atau luar negara dengan tajaan penuh MARA.

Malah, katanya MARA akan memberikan keutamaan kepada kumpulan pelajar itu untuk meneruskan pengajian di China, Jepun dan Jerman bagi mengkhususkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang AI dan IOT.

"InsyaAllah melalui Agenda 3P (Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan) yang saya perkenalkan di MARA, bidang IOT dan AI akan dijadikan antara sektor utama untuk MARA melahirkan lebih ramai pakar Bumiputera-Melayu dalam teknologi terkini dan berimpak tinggi," katanya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 05:02 PM | Show all posts
Semua graduan diploma bidang 'Internet-Of-Thing (IOT)' Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya sudah mendapat pekerjaan dengan menerima gaji premium antara RM3,000 hingga RM3,500.

Tahniah!

Siapa majikan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan canang lebih2.

Esok2 non bumi pun nak menyelit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:42 PM | Show all posts
yeke 3k? ke sorang dua je daripada 600 orang? susah iols nak husnuzon iya..ye faham kos tu kos terkini yang ada demand tinggi, tapi level diploma macam tak logik je boleh dapat atas 2k sebulan. Ke para majikan di tanah air dah kaya raya sekarang ni sis?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 07:49 AM | Show all posts
Influencer haprak tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.422260 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list