CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2903|Reply: 41

[Tempatan] Bekas Pengacara Top Gear, Jeremy Clarkson Dinobat Lelaki UK Paling "Seksi" 2024 kalahkan Tom Holland dan Putera William

[Copy link]
Post time 18-5-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-5-2024 10:57 PM

Jeremy Clarkson secara rasmi telah dinobatkan sebagai lelaki paling seksi di United Kingdom dan Ireland untuk tahun kedua berturut-turut, lapor Daily Mail.



Pengacara berusia 64 tahun itu berjaya mengalahkan senarai panjang pesaing yang lain termasuk Putera William, Idris Elba dan Cillian Murphy untuk menggondol pengiktirafan tersebut.

Tahun lepas, Jeremy juga berada di tangga teratas selepas para pengundi yang mengundinya tertawan dengan vibe 'budak jahat' yang ada pada pengacara tersebut.

Bahkan, Jeremy turut berjaya mencatatkan skor hampir sempurna, iaitu 9/10 dalam undian tahuan yang dijalankan oleh IllicitEncounters.com.

Dalam pada itu, Tom Holland yang terkenal menerusi watak Spiderman hanya menduduki tangga kedua dalam senarai 10 teratas selepas mendapat 8 mata.

Manakala Putera Wiliam berjaya merekodkan peningkatan yang mengagumkan apabila berada di posisi ketiga tahun ini, berbanding kedudukan hampir tercorot yang dicatatkan pada tahun lepas.

Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate berada di tangga tempat keempat. Seterusnya, pelakon Ireland yang memiliki aura tersendiri, Cillian Murphy mengisi kedudukan kelima ini.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi watak Thomas Shelby dalam Peaky Blinders itu terpaksa berkongsi posisi itu dengan dua lagi nama iaitu Idris Elba dan Dermot O'Leary.

Difahamkan, tinjauan tahunan 'Lelaki Paling Seksi' dari laman sesawang terkemuka melibatkan undian daripada sekurang-kurangnya 2,000 wanita.

www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-13423699/Jeremy-Clarkson-64-crowned-UKs-sexiest-man-second-year-running-beating-likes-Cillian-Murphy-Tom-Holland-Idris-Elba.html?ns_mchannel=rss&ns_campaign=1490&ito=social-twitter_mailonline

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketahikan khinzir apakah ini???????????
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun, carta merapu apakah ini? tang mana yang seksi? lebih² lagi top 2. Pelik² aje taste
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 11:44 PM | Show all posts


Tommy Shelby pun kalah?? how? adakah ai sedang berada dlm alternate universe?


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
"Silver Fox"..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm saja nak pekena ja nih..hahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 01:24 AM | Show all posts
Sebab popularity heol dalam Clarkson's Farm kot..iols pun suka tgk dia manage farm tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
macam ni sexy????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti geng army x tau pasal poll ni...klau x mesti diorg gigih undi idola diorg
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts


Korang tau dak sapa yg wat poll jadah ni?
Mcm besa news sekerat jln.
P la check Illicitencounters.com ni hapa
Yg voted pn macik² middle age kuat bfantasi dlm 2ribu org jahh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Gile... sexy apa? Rambut pun tak sikat
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
beli undi ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ya ampun agaknya mmg lain la maksud "sexaaaayyyyy" dimata pengundi tu haha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dia kata....

"Difahamkan, tinjauan tahunan 'Lelaki Paling Seksi' dari laman sesawang terkemuka melibatkan undian daripada sekurang-kurangnya 2,000 wanita."

Korang boleh bayang la rupa paras dan selera 2000 wanita gimana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-5-2024 08:57 AM
Kan dia kata....

"Difahamkan, tinjauan tahunan 'Lelaki Paling Seksi' dari laman sesawang terkemuka  ...

Adakah 2000 org wanita yg mengundi ni terdiri dalam kalangan nenek2???kalo gitu make sense la nape atuk ni leh menang
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 19-5-2024 01:26 PM
Adakah 2000 org wanita yg mengundi ni terdiri dalam kalangan nenek2???kalo gitu make sense la nape ...

Kalau kat seberang, umpama Deddy Dores mengalahkan Nicholas Saputra gituh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 02:33 PM | Show all posts
Euwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni satu hal jugak.tom holland no 2 sexy? english mmg taste hazab dan jantan2 kt sana hodoh2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-5-2024 11:44 PM
Tommy Shelby pun kalah?? how? adakah ai sedang berada dlm alternate universe?

Mcm body elon musk.


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 09:48 PM | Show all posts

badan mcm ayam suntik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.086572 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list