Edited by stingerkaypoh at 18-8-2024 09:09 AM
Episod 2
Episod 1
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan mendiamkan diri parti Pas setelah Perikatan Nasional (PN) kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Beliau mendakwa tindakan pemimpin Pas yang ‘membatu’ tentang kekalahan itu menunjukkan parti tersebut sudah mula cuak dengan peningkatan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
“Pas mula cuak. Gelombang hijau anti klimaks di KKB. Momentumnya sudah ke siling.
“Sebab itu peratus keluar mengundi orang Melayu rendah. Pengundi Melayu tidak lagi ghairah. Pas tidak boleh mendakwa PN kalah kerana orang Melayu tidak balik mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Puad berkata demikian mengulas mengenai kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mendapat majoriti 3,869 undi.
Buat masa ini, tiada kepimpinan Pas yang memberi reaksi tentang kekalahan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut Sabtu lalu.
Sock Tao menewaskan pencabarnya Khairul Azhari yang meraih 10,131 undi, calon Bebas, Nyau Ke Xin, (188) undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin (152) undi.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Pas menerusi Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui gabungan itu berpotensi kalah sekiranya peratusan turun mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu rendah.
Dalam pada itu, Puad berkata, PN tidak seharusnya membuang masa untuk mengemukakan petisyen pilihan raya.
Jelasnya, Pas perlu membuktikan bahawa mereka tidak akan ditolak sekiranya berlaku PRK tidak lama lagi.
“PN tidak perlu buat petisyen untuk buat semula PRK Kuala Kubu Baru. Tunggu sahaja kalau ada PRK lain.
“Bolehlah Pas buktikan bahawa gelombang hijau belum ke siling,” katanya.
Ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu masih berlangsung, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH menang.
Takiyuddin mendakwa, tindakan tersebut susulan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan semasa kempen PRK berlangsung. – MalaysiaGazette |