CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7322|Reply: 0

Usyk juara tinju heavyweight dunia

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Peninju Ukraine, Oleksandr Usyk (tengah) meraikan kemenangannya ke atas Tyson Fury dari Britain pada pertarungan tinju heavyweight dunia di Arena Kingdom, Riyadh, Arab Saudi awal pagi tadi. Usyk menewaskan Fury menerusi keputusan juri. – Foto AFP

RIYADH: Oleksandr Usyk mengalahkan Tyson Fury menerusi keputusan juri untuk memenangi pertarungan heavyweight dunia pertama dalam tempoh 25 tahun awal pagi tadi, satu pencapaian yang tidak pernah diraih sebelum ini dalam era empat tali pinggang tinju.

Fury dari Britain bertindak agresif sejak awal tetapi Usyk kemudian menguasai dan peninju bergelar "Gypsy King" itu diselamatkan oleh loceng pada pusingan kesembilan sebelum mengalami kekalahan pertama dalam kariernya.

Usyk dari Ukraine, yang kekal tanpa kalah, menyertai peninju seperti Muhammad Ali, Joe Louis dan Mike Tyson sebagai juara heavyweight mutlak dunia, yang pertama sejak sukan tinju memperakui empat tali pinggang utama pada era 2000.

Dengan kemenangan itu, bekas juara mutlak cruiserweight dunia boleh mendakwa dia adalah peninju terbaik heavyweight dalam eranya, sekalipun pertarungan ulangan dijangka pada Oktober depan yang mungkin menyaksikan satu lagi perubahan.


"Ia satu peluang besar buat saya, buat keluarga saya, buat negara saya," kata Usyk, 37, yang menyertai tentera seketika selepas pencerobohan Russia.

"Ia satu masa hebat, satu hari hebat," katanya, menambah dia "bersedia bagi pertarungan ulangan."

Fury menganggap ia satu "pertarungan fantastik bersama Oleksandr."


Peninju Ukraine, Oleksandr Usyk (kiri) membenam satu tumbukan padu ke arah Tyson Fury pada pertarungan heavyweight dunia di Arena Kingdom, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP

"Saya percaya saya menang pertarungan ini, saya percaya dia menang beberapa pusingan, tetapi saya menang kebanyakan daripadanya," katanya.

"Anda tahu negaranya sedang berperang, jadi orang akan menyokong negara yang berperang tetapi jangan silap, saya menang pertarungan ini pada perkiraan saya dan saya akan kembali."

Peninju Britain, Lennox Lewis lelaki terakhir menyatukan tali pinggang heavyweight - tiga ketika itu - selepas menundukkan Evander Holyfield pada 1999.

Dua juri memihak kepada Usyk dengan keputusan 115-112 dan 114-113 manakala juri ketiga memberikan kemenangan kepada Fury 114-113.

Kemenangan itu melebarkan rekod profesional Usyk kepada 22-0. Selepas kekalahan pertamanya, rekod Fury kini 34-1-1.

Wladimir Klitschko antara legenda yang menyaksikan pertarungan itu di samping bintang bola sepak yang berpangkalan di Arab Saudi, Cristiano Ronaldo dan Neymar, yang seperti tinju mendapat faedah susulan tindakan negara beraja kaya dengan minyak itu melabur dalam sukan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-heavyweight-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059233 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list