View: 14412|Reply: 66
|
[Tempatan]
(Update: 4 Mengaku Bersalah - denda RM500 seorang) 15 individu masak mi segera di stesen minyak dah ditahan
[Copy link]
|
|
Edited by lipans at 21-5-2024 03:03 PM
Bentong: Seramai 15 individu yang terbabit aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini ditahan polis kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.
"Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan satu kertas siasatan dibuka polis berhubung video tular memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan 12.35 tengah hari 14 Mei lalu berhubung klip video memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan itu yang tular di media sosial.
"Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.
"Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Boleh lari, tapi tak boleh sembunyi |
|
|
|
|
|
|
|
dlm lokap kena tanya, ko kena tangkap sebab apa?
sebab masak megi. |
|
|
|
|
|
|
|
maafkan la mereka..
otak terpaksa dijual buat beli H.. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya ada anak timbalan menteri tu betul ke |
|
|
|
|
|
|
|
kasi kurung lama sikit dalam lokap tu |
|
|
|
|
|
|
|
hrp kena hukuman berat sikit, maybe boleh bantu ubat kebangangan yg ada |
|
|
|
|
|
|
|
Deme masak pakai apa? Mana bideo? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 20-5-2024 01:38 PM
Deme masak pakai apa? Mana bideo?
Pakai dapur mini gas butana tu |
|
|
|
|
|
|
|
Marah gang H, buat busuk nama diorang je |
|
|
|
|
|
|
|
Masa akan datang...
Beliau mempunyai 1 rekod jenayah lampau.....masak megi |
|
|
|
|
|
|
|
otak akan rosak kalau banyak sangat makan mee segera |
|
|
|
|
|
|
|
Mana minah yang terpaling savage reply comment dekat Tiktok tu? I hope sheols salah sorang yang kena |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh kelas eh...dpt piknik dlm lokap..bior lama sikit bg 3 hari 2 mlm..bersidai lah dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
buat malu je..mengalahkan warga asing yg mandi kt tasik klcc |
|
|
|
|
|
|
|
Kes masak mi segera: Empat didakwa esok
KUALA LUMPUR: Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, esok.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata proses pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.
Katanya, mereka yang bakal dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.
"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).
Katanya, mereka yang bakal dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.
"Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini," katanya kepada media, hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 orang yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.
Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu berkait kes itu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri.
"Kesemua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 orang termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.
Katanya, mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan.
Bagaimanapun, Yahaya berkata kesemuanya sudah pun dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal2 kene dakwa, bodoh piang la.
tkg masak dgn owner stove ke antara yg didakwa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Takkk......yg hupload bideo ni geng2 H tu sendiri ke bangla jaga pump minyak kt genting tu? |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 20-5-2024 01:52 PM
Pakai dapur mini gas butana tu
Patut arr bahaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|