CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14180|Reply: 66

[Tempatan] (Update: 4 Mengaku Bersalah - denda RM500 seorang) 15 individu masak mi segera di stesen minyak dah ditahan

[Copy link]
Post time 20-5-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lipans at 21-5-2024 03:03 PM

Bentong: Seramai 15 individu yang terbabit aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan satu kertas siasatan dibuka polis berhubung video tular memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan 12.35 tengah hari 14 Mei lalu berhubung klip video memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan itu yang tular di media sosial.

"Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.

"Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lari, tapi tak boleh sembunyi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2024 12:51 PM | Show all posts
dlm lokap kena tanya, ko kena tangkap sebab apa?

sebab masak megi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:13 PM | Show all posts
maafkan la mereka..
otak terpaksa dijual buat beli H..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya ada anak timbalan menteri tu betul ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:24 PM | Show all posts
kasi kurung lama sikit dalam lokap tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 01:35 PM | Show all posts
hrp kena hukuman berat sikit, maybe boleh bantu ubat kebangangan yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:36 PM | Show all posts
grouper replied at 20-5-2024 01:23 PM
Katanya ada anak timbalan menteri tu betul ke

anak sapa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme masak pakai apa? Mana bideo?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 20-5-2024 01:38 PM
Deme masak pakai apa? Mana bideo?

Pakai dapur mini gas butana tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah gang H, buat busuk nama diorang je
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa akan datang...
Beliau mempunyai 1 rekod jenayah lampau.....masak megi
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:02 PM | Show all posts
otak akan rosak kalau banyak sangat makan mee segera
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:09 PM | Show all posts
Mana minah yang terpaling savage reply comment dekat Tiktok tu? I hope sheols salah sorang yang kena
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh kelas eh...dpt piknik dlm lokap..bior lama sikit bg 3 hari 2 mlm..bersidai lah dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:12 PM | Show all posts
buat malu je..mengalahkan warga asing yg mandi kt tasik klcc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2024 05:24 PM | Show all posts
Kes masak mi segera: Empat didakwa esok

KUALA LUMPUR: Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata proses pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.

Katanya, mereka yang bakal dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.

"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).

Katanya, mereka yang bakal dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.

"Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini," katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 orang yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.

Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu berkait kes itu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri.

"Kesemua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 orang termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Katanya, mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun, Yahaya berkata kesemuanya sudah pun dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pasal2 kene dakwa, bodoh piang la.
tkg masak dgn owner stove ke antara yg didakwa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkk......yg hupload bideo ni geng2 H tu sendiri ke bangla jaga pump minyak kt genting tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 20-5-2024 01:52 PM
Pakai dapur mini gas butana tu

Patut arr bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061621 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list