CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Update : Kematian pegawai kastam: Polis ada maklumat baru?

  [Copy link]
Post time 30-3-2011 09:37 AM | Show all posts
tapi jangan salahkan penerima (org gomen) 100%. Orang/company yang nak memberi rasuah pun juga penye ...
foxnike Post at 30-3-2011 09:11



    Tapi pegawai gomen tu kena tahan iman lah. Aku so far mmg byk cubaan org nak memberi, tapi aku senang jer.. aku cakap, baik ko pakai duit tu utk bagi buat kerja ko elok2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 09:38 AM | Show all posts
adakah ini wayang dari SPRM mejelang PRU13?
Acong Post at 29-3-2011 23:31



wayang tak wayang.... yang patut kena... patut kena...

tapi ramai lagi yang patut kena terlepas atas sebab2 yang diketahui umum...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:40 AM | Show all posts
ada betulnya apa yg ko cakap... ni semua sebab ada org yg memberi. Dalam perniagaan masa i ...
zach2008 Post at 30-3-2011 09:03



    memang.. kalo aku report company aku sebab rajin jadi pemberi ni abiss...tapi camne pulak staff2 yang lelain yang ada anak bini...x pa la staff lain x amik tau benda2 ni kot..sebab derang tak handle financial..tak pa biar la aku berenti secara sopan santun...yang ganti tempat aku tu chinese..ok la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:42 AM | Show all posts
kastam jer ke?yg lain2 x nak siasat?
cth: parts utk aircraft yg rega rm500 disuruh bilkan sampai rm5k ape citer?skru yg rega x sampai seratus bleh jd ribu riban gak...blom dpt projek dah minta sponsor main golf sana cni, minum, pompuan etc...
sbb ni la pacik iols stop business..x berkat katanya..sumer benda kena suap..kalau x projek x masuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:43 AM | Show all posts
masalhnya zaman laaa ni..kalau tak "menerima habuan" sudah dikira satu kesalahan dan sudah menyonsang arus...dan harus terima balasan...Ya Allah jauhkan diriku dan keluarga ku dari perkara yg mungkar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:46 AM | Show all posts
Tapi pegawai gomen tu kena tahan iman lah. Aku so far mmg byk cubaan org nak memberi, tapi ...
Muntz Post at 30-3-2011 09:37



    tak payah semua la...kalo ada separuh org mentality  macam ko ni akan berkurangan la kes2 pemberi dan penerima...nak kata lenyap tu mustahil la kann...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 09:51 AM | Show all posts
tak payah semua la...kalo ada separuh org mentality  macam ko ni akan berkurangan la kes2  ...
pehbedah Post at 30-3-2011 09:46



    Kerja aku nie mmg sentiasa kena dgn SPRM. Kadang2 tebuk jalan tak repair dgn baik pun, org komplen pegi SPRM jugak. SPRM skarang dah menggantikan peranan Biro Pengaduan Awam (BPA). Dah tak perlu dah BPA tu sbb org Malaysia zaman skarang nie asal silap sikit pegawai gomen, pegi SPRM. Tapi bila pegawai bank yang terang2 mintak duit kopi utk luluskan loan, takder pulak komplen pegi SPRM. :re: :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 09:55 AM | Show all posts
ni mmg gila babi nye perompak

Dua pegawai kanan kastam ditahan

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Mac – Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.
Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.

“Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.

Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

“Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.

“Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 09:58 AM | Show all posts
cerita pasalnya kastam ni..asal buat rampasan atau serbuan ni, banyaknya barang je yang dirampas, tapi orang yang buat kesalahan tu asyik terlepas je..pelik sungguh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 49# cyclotron


    ni jumlah yg kene rampas bilion2 RM
kalau terlepas den tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:09 AM | Show all posts
Reply  cyclotron


    ni jumlah yg kene rampas bilion2 RM
kalau terlepas den tak tau la
atira Post at 30-3-2011 10:03


dulu pernah aku hadiri ceramah oleh BPR, dia ada dedahkan satu cerita ni..pihak kastam ada buat rampasan besar-besaran, dan esoknya keluarlah kenyataan dalam akhbar yang cakap diorang dah buat rampasan sebanyak 3 kontena barang..alih-alih pihak BPR dapat satu panggilan yang buat laporan bahawa sebenarnya jumlah rampasan tu tak tepat, katanya bukan 3 tapi 5 kontena yang dirampas kastam.BPR ni tanyalah, 'mana awak tahu.dia cakap saya tahu lah pasal barang-barang saya la yang kena rampas tu'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:10 AM | Show all posts
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.

atira Post at 30-3-2011 09:55



    pergghh...mmg sehati sejiwa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:13 AM | Show all posts
pangkat Datuk lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 51# cyclotron


    maksudnye..
perompak tu selamat dan dgn tak malunye telefon BPR membetulkan jumlah rampasan...
mmg nation of perompak betul mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply  cyclotron


    maksudnye..
perompak tu selamat dan dgn tak malunye telefon BPR membetul ...
atira Post at 30-3-2011 10:17



    mana aci beb, tak kan senang-senang je nak bagi kastam "lupuskan sendiri" lagi 2 tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 52# KIM.mafia


    duit haramnye pasal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:14 AM | Show all posts
wah banyaknyer duit kat umah..dah jadik tilam gamaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:53 AM | Show all posts
tak leh lawan that PA for one menteri kan.
cash 2 juta kat umah.
apa jadi w that kes ek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:17 PM | Show all posts
Aku sendiri penah  tgk cubaan org luar (company swasta) nak try bagi duit pelincir kat staff gomen. sib baik staff gomen tu tanak. Last2 company swasta tu sendiri dah naik segan ngan staff gomen tuhfoxnike Post at 30-3-2011 09:11


Betul tu.. esp staff perempuan.. pernah 2 kali staff kat unit I.. diberi duit (diletakkan bawah surat.. tak banyak cuma RM 200).. staff tu tak nampak.. bila kemas2 meja nampak ada duit.. terus lapur kat I dan I
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:22 PM | Show all posts
tak leh lawan that PA for one menteri kan.
cash 2 juta kat umah.
apa jadi w that kes ek?
owenkatz Post at 30-3-2011 11:53


Tu larkan senyap aje kes tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.334062 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list