CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Update : Kematian pegawai kastam: Polis ada maklumat baru?

  [Copy link]
Post time 14-4-2011 01:39 PM | Show all posts
sekarang nih banyak pekerjaan yang dah tak selamat.. kalau dulu jadi askar/polis je yang kita rasa tak selamat.. la nih jadi cikgu pon boleh tak selamat jugak (rujuk guru yang kena tumbuk hidung)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 01:43 PM | Show all posts
malaysia perlu badan bebas yg berkuasa....untuk mengendalikan kes2 mcm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:49 AM | Show all posts
kes kat Sarawak tuu..membabitkan hal-ehwal alam sekitar, arwah yg jujur ini dikatakan tela ...
Afrin Post at 14-4-2011 13:34
rasa polis tu mati kes langgar lari........
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 02:09 AM | Show all posts
KENAPA POLIS SIASAT SPRM?
Written by Admin   
Wednesday, 13 April 2011 12:34



Oleh: MUTALIB M.D

MUNGKIN mustahil bagi saya untuk menjadi terkenal seperti W. Mark Felt, tokoh utama yang membongkar ‘Skandal Watergate’ dengan nama samaran ‘Deep Throat’ kerana beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 2008; namun kanak-kanak Tadika pun boleh berfikir bahawa polis melakukan kesilapan besar dengan menjalankan siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD).

Seperti dalam ‘Skandal Watergate’ tiada siapa menyedari lima orang ‘Gurkha Presiden Richard Nixon’ yang menceroboh masuk ke Markas Parti Demokrat di Watergate Washington DC pada 17 Jun 1972, melainkan Felt yang telah membocorkan rahsia berkenaan kepada dua orang wartawan Washington Post iaitu Bob Woodward dan Carl Bernstein.

Saya tidak perlu untuk menjadi ‘Deep Throat’ kerana saya menggunakan nama saya sendiri dalam semua tulisan saya, termasuk yang mengancam nyawa saya kerana saya yakin kepada ketentuan takdir Illahi dan maut adalah permainan seorang wartawan.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Ketua Polis Negara harus mencipta ruang kosong di atas kanvas siasatan bagi dua kes terbesar ini dengan melihat cermin jenayah kerana lazimnya penjenayah sebenar bersembunyi di sebalik bayang atau menggunakan ‘Stunt-In’ dalam setiap aktiviti mereka.

Minda bawah sedar saya berfikir, kenapa polis mensasarkan siasatan kepada Pegawai SPRM yang tidak berdosa dan telah benar-benar berbakti untuk membersihkan Negara daripada gejala rasuah, sekalipun ramai di antara mereka menyembunyi tangan kotor kerana turut mengamalkan rasuah.

Tetapi dalam kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed, adalah mustahil bagi Pegawai SPRM menjadi ‘Malaikat Izrail’ untuk mencabut nyawa dua manusia penting ini yang memegang rahsia ‘Don’ atau ‘Mafia’ yang berkolar putih; salah seorang daripadanya menteri dan Ketua Pengarah yang kaya daripada operasi pasir dan penyeludupan.

Kedua ‘Wira Negara’ ini mati ketika mereka ingin mendedahkan siapakah dalang sebenar di sebalik petualangan ini, namun sebelum mereka menjadi ‘Harimau’ untuk satu hari yang amat bersejarah dalam hidup mereka, mereka telah dijadikan ‘Kambing Hitam’ yang dikorbankan untuk kepentingan pihak tertentu bagi memutuskan rantaian alibi dan memalitkan nista terhadap pegawai SPRM yang bekerja 24 jam untuk menyelesaikan sesuatu kes, terutama kes yang berprofail tinggi.

Mustahil bagi seorang yang ingin berkahwin esok atau seorang pegawai yang sudah insaf dan ingin menghabiskan sisa hidupnya dengan membina masjid dan membuat kebajikan; membuat keputusan untuk mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri?

Polis harus membuka ‘kotak fikir’ yang terkunci di sebalik pintomin yang dilakonkan penjenayah sebenar yang berselindung di sebalik jawatan, aras politik dan pengaruh wang untuk memesongkan motif kematian daripada jenayah kepada membunuh diri.

SPRM telah memacu seluruh tenaga dan kepakaran mereka untuk membongkar kes kuari pasir dan batu haram tanpa mempedulikan keselamatan diri mereka yang sentiasa dibayangi tonto dan ‘Menteri’ yang berpengaruh; namun tiba-tiba dituduh menyebabkan kematian atau ‘membunuh’ saksi yang ingin memberikan keterangan beralibi.

Saya langsung tidak berniat untuk mengajar atau mengganggu siasatan polis, namun berdasarkan fakta yang dihujahkan polis dan SPRM secara terbuka dan ditokok tambah oleh pembangkang; apatah lagi kematian Ahmad Sarbini berlaku ketika Sarawak di ambang pilihanraya, maka Ketua Polis Negara sewajarnya mengkaji semula modus operandi dan skop siasatan agar ‘Hollow-Man’ tidak terlepas.

Polis sewajarnya memburu penjenayah sebenar iaitu ‘Lanun Pasir’ dan ‘Puaka Penyeludup’ yang selama ini memboroikan perut Pegawai Kastam dan Menteri; bukannya pegawai SPRM yang bekerja secara jujur tanpa mengira masa untuk menyelesaikan sesuatu siasatan sekalipun tindakan yang bakal mereka ambil bergantung kepada budibicara Peguam Negara.

Jika ‘Mafia Pasir dan Penyeludupan’ ini boleh ketawa berdekah-dekah kerana berjaya memperdaya polis, sewajarnya penggubal undang-undang di Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sewajarnya merasa malu dan meletakkan jawatan kerana kedangkalan mereka menggubal undang-undang sambil lewa menyebabkan penjenayah terlepas tetapi saksi kerajaan menjadi mangsa akibat kelicikan penjenayah menyembunyikan identiti mereka.

Ketua Polis Negara dan Peguam Negara harus berfikir di luar minda bawah sedar mereka untuk menyelesaikan isu yang semakin buntu ini dengan mengalihkan perhatian daripada SPRM kepada ‘PHANTOM KILLER’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasa melalui deria keenam.

Seseorang penjenayah atau pembunuh upahan tidak memerlukan masa yang lama untuk menolak saksi daripada tingkap atau atas bangunan dan boleh mengkakukan CCTV selama beberapa saat dengan hanya menggunakan jarum peniti atau pemetik api sehingga imej mereka tidak kelihatan atau hanya berbayang seperti dalam kes pembunuhan Norjan Khan Bahadar dan Norita Samsuddin; sehingga penjenayah lepas bebas tanpa sebarang hukuman.

Penubuhan SSD hanya membazirkan wang rakyat jika penjenayah sebenar semakin menimbun harta dan melebarkan empayar mereka kerana polis terpaksa menggunakan masa 24 jam mereka untuk menepis kutukan; SPRM memulihkan imej mereka dengan menggantung kerja pegawai yang tidak berdosa; serta Peguam Negara kematian akal kerana memerlukan bukti yang melampaui keraguan munasabah sebelum menyediakan kertas pertuduhan.

Tindakan tidak bermoral sesetengah pihak mengutuk SPRM semata-mata kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang dilihat sebagai melakukan ‘Jenayah Moral’ kerana mempersenda Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan prinsip seseorang itu tidak bersalah sebelum dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Undang-Undang.

Akhir sekali, jangan dibunuh pembawa berita seperti saya yang memberitahu rumah anda sedang terbakar; sebaliknya kawallah api sebelum merebak. Padamlah kemarahan sebelum membakar diri kerana mereka yang gagal mengawal kemarahan umpama ‘Phantom Killer’ yang mengintai peluang untuk membunuh mangsa sedangkan perangkap telah tersedia!

Sabahkini.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 09:19 AM | Show all posts
Reply 984# Acong


    ceh.. kene tutup plak thread ko tu acong....
sambung sembang pasal siva bukan multinick ko....
aku main belasah je... gaya penulisan pon tak sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 10:04 AM | Show all posts
mcm ada yg tak kene je ngan laporan ni

Siasatan forensik temui DNA
KUALA LUMPUR 18 April - Siasatan forensik dalam kes kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang mayatnya ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 6 April lalu, dipercayai hanya menemui asid deoksiribonukleik (DNA) milik Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di bangunan tersebut.

Menurut sumber, hasil siasatan itu menemui DNA milik Ahmad Sarbani di lokasi kejadian termasuk di tingkap bangunan tersebut yang baru beroperasi penghujung tahun lalu.

"Bangunan tersebut masih belum dirasmikan dan oleh itu kesan DNA mudah ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber, pihaknya juga percaya polis dapat menyelesaikan kes berikutan bukti kukuh berupa dokumen dibawa Ahmad Sarbani ketika kejadian selain maklumat penting terkandung di dalam telefon bimbit miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan kimia dan patologi kes tersebut tetapi dijangka minggu ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 01:36 AM | Show all posts
Reply  Acong


    ceh.. kene tutup plak thread ko tu acong....
sambung sembang pasal siva ...
atira Post at 19-4-2011 09:19
nape laa thread nie dah suam2 kuku? kasik up.....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 07:11 AM | Show all posts
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan kimia dan patologi kes tersebut tetapi dijangka minggu ini.

berapa kali dah aku baca ayat ni..

aku tak berapa faham.. kalo tak dpt lagi laporan kimia dan patalogi.. mmg dna punya result kita boleh dapat ke?? atau pun kena tunggu laporan kimia ngan patalogi dulu??

maaf aku yg tak berapa tahu nak bertanya..
tp yg aku perasan.. dah berminggu2 dah laporan kimia ni tak muncul2 lagi.. mmg ambik masa yg lama atau ada benda disebalik tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 08:51 AM | Show all posts
nape laa thread nie dah suam2 kuku? kasik up.....!!!
Acong Post at 20-4-2011 01:36



    takkan ko nak harap balchi up thread ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 08:51 AM | Show all posts
cousin aku, cikgu, nak beli rumah, confirm la dpt kauoto bumiputra, tapi sebab kuoto bumiputra yang tak datangkan keuntungan pada pemaju, mcm2 helah pemaju ni buat. lastly, dia kene bayar cash dekat 50k, baru menang kaoto tu,

jangan tertipu la, untuk kauoto melayu, mereka jualkan pada kaum2 bangsa lain... orang2 majlis daerah dengan pejabat tanah pon terlibat dengan benda2 ni, nak luluskan projek, sepatutnya projek tu tak boleh diluluskan, tapi aku tak paham macamane bendanye boleh luluskan, lagi2 kalau bab2 tanah rezab melayu, senang je lepas ke tangan bangsa lain.

p/s: takziah pada keluarga pakcik sarbaini, aku walau x pernah jumpe arwah, aku memang tau de sumtg fishy pada kes ni, moga ada lah keadilan dan kebenaran untuk arwah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:09 AM | Show all posts
Reply 988# Alt-F4


    ni lagi satu aku tak paham

"Bangunan tersebut masih belum dirasmikan dan oleh itu kesan DNA mudah ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:38 AM | Show all posts
nie kes meloya makan melayu............
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 02:18 AM | Show all posts
Khamis, 28 April 2011
PANJANG DAN LEWATKAN KES - HINGGA ORANG LUPA

SAMPAI SEKARANG NO STORY!


nota:
lambat lambat lambat
agar orang ramai tak panas hati
agar orang ramai tak marah

berapa banyak kes tak tentu hujung pangkal
semua mati tengah jalan
kah kah kah


KES SARBAINI : AG ARAH POLIS SOAL SIASAT SATU LAGI SAKSI - minsider

Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan.

Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya.

Kelmarin, Zulkifli berkata, polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kepada Pejabat Peguam Negara, Jumaat lalu.

"Kami sudah berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Khamis lalu, Zulkifli berkata meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.
Justeru kata beliau terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

Dalam kenyataan minggu lalu, Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

kah kah kah…. PUTAR…JANGAN TAK PUTAR…. kah kah kah…

kah kah ka…KEMUDIAN LEPAS PUTAR... PINTAL…. kah kah kah…

kah kah kah… KEMUDIAN PUSING JANGAN TAK PUSING….. kah kah kah…

kah kah kah…. LAGI LAMA LAGI BAGUS…. PANJANG KAN MASA SIASATAN... kah kah kah..

kah kah kah....HINGGA MASUK BULAN PUASA… kah kah kah…

kah kah kah…BILA PULAN PUASA SAMPAI… SEMUA BOLEH SETTLE…. kah kah kah…

kah kah kah…ANWAR BOLEH MASUK JIL PADA BULAN PUASA…. kah kah kah…

kah kah kah… KES BENG HOCK BOLEH TUTUP… PADA BULAN PUASA…. kah kah kah…

kah kah kah… KES SARBAINI BOLEH JUGA SELESAI…. kah kah kah..

kah kah kah…BULAN PUASA SEMUA LETIH… NAK DEMO PUN LETIH…. kah kah kah..

nota:
mati mengejut?
terkejut kerana apa?
nampak hantu flom ke?
kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 12:21:00 AM


http://tukartiub.blogspot.com/2011/04/panjang-dan-lewatkan-kes-hingga-orang.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 02:21 AM | Show all posts
Thursday, April 7, 2011
MACC Deaths Inside link to Customs officer's death?

A senior Customs officer at Wisma Kastam in Northport in Port Klang is linked to the death of his colleague Ahmad Sarbani Mohamed, a DAP parliamentarian claimed today



http://malaysiabreakingnews.blogspot.com/2011/04/macc-deaths-inside-link-to-customs.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:16 AM | Show all posts
May 04, 2011 23:36 PM

Sarbani's Death: Police Record Statements From New Witnesses

KUALA LUMPUR, May 4 (Bernama) -- Police have recorded statements from new witnesses to assist in the investigation into the death of a Selangor Customs Department assistant director.

Kuala Lumpur police chief Datuk Zulkifli Abdullah said the investigation papers would be sent to the Attorney-General by Friday next week at the latest for further action.

"That's the nature of any investigation. We'll call up new witnesses if the need arises," he told reporters after attending a debate competition here Wednesday.

Zulkifli also said that police were compiling certain documents in connection with the case.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, who was attached to the Port Klang Customs office, was found sprawled on the badminton court at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) building in Jalan Cochrane, here, on April 6.

He had reportedly gone there to meet an investigating officer in connection with graft and money laundering cases involving 62 Customs officers.

Police had earlier recorded statements from 44 witnesses before the investigation papers sent to the Attorney-General were returned to them.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=584002
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:47 PM | Show all posts
korang leh caya ke ngan alasan camni?

Ahmad Sarbaini's death: CCTV recordings tampered with, court hears

KUALA LUMPUR: The CCTV recordings at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) building had been tampered with around the time of Ahmad Sarbaini Mohamed's death, the Coroner's court was told Wednesday.

Audio-video analyst ASP Fauziah Che Mat, who is with the police forensic lab in Cheras, told the court that she believed that the "CCTV recordings had been tampered with by someone who was skilled".

In her analysis of three hard drives taken from the MACC building, two containing recordings of inside the building had two interruptions, one of which was a 22-hour gap.

The recordings from DVR1 simply skipped from 2.47pm (on April 5, 2011) to 1.24pm (on April 6, 2011).

Recordings from DVR2, instead, skipped from 2.37pm (on April 5) to 1.36pm (on April 6).

When questioned by DPP Mohamad Abazafree Mohd Abbas, she explained that the recordings continued after Ahmad Sarbaini's death occured.

ASP Fauziah said DVR3, which contained footage from cameras placed outside the building, was working normally.

She added she believed that "interruptions" were made at the MACC building itself.

Another witness, Kuala Lumpur MACC director Mohamad Yusoff Akope, when questioned by lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah instead, told the court that he was informed that the discrepancies in the CCTV recordings had been "human error".

"One of the security guards (Ismail Sedek) had wanted to rewind, but he didn't realise he had turned it off.

"A second security guard (Romizi) turned it on again," he said.

Ahmad Sarbaini, 56, who was attached to the Port Klang Customs office, was found dead at the badminton court on the first floor of the MACC building on April 6.

He was reported to have gone to the commission's office to meet the investigation officer assigned to corruption cases involving 62 customs officers.

The inquest continues in the afternoon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.096514 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list