CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8577|Reply: 31

Gambar semasa zaman sekolah bongkar isteri sebenarnya lelaki

[Copy link]
Post time 21-5-2024 12:25 AM | Show all posts |Read mode




JAKARTA –  Seorang lelaki di Halmahera Selatan, wilayah Maluku Utara terkejut apabila mengetahui bahawa isterinya ternyata seorang lelaki tulen, lapor laman berita Detik hari ini.


Naim Saban, 25, mengahwini Dela La Udin, 26, pada 15 Mei lalu.


Menurut Ketua Kampung Sekly, Malik Hi Daud, ketika acara pernikahan berlangsung, mereka tidak berasa curiga terhadap jantina Dela.


“Pada hari Rabu (15 Mei 2024), mereka bernikah dan saya juga hadir. Ketika itu, kami melihat Dela kelihatan cantik dan belum mengetahui bahawa dia ialah seorang lelaki,” kata Malik.


Namun, perkara itu terbongkar selepas seorang gurunya memuat naik gambar Dela semasa sekolah menengah yang jelas menunjukkan dia seorang pelajar lelaki.


“Selepas gambar itu tular, saya memberitahu anak imam yang menyolek wajah Dela. Saya menyuruh mereka memeriksa anggota kelamin Dela untuk memastikan perkara tersebut,” ujarnya.


Tambah Malik, Dela dikatakan enggan ditemani sesiapa pun ketika dia mahu menyalin pakaian pengantin, membuatkan mereka berasa curiga.


Perkara itu akhirnya dapat dipastikan selepas beberapa penduduk mahu memeriksa anggota badan Dela dan dia akhirnya membuat pengakuan.


Keluarga Namin yang mendapat tahu hal itu turut berang dan mahu membawa Dela ke balai polis.


Selepas dibawa ke pejabat pemerintah setempat, Dela akhirnya membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa dia seorang lelaki.


“Saya, selaku pelaku yang membuat keadaan menjadi kecoh di Kampung Sekly, memohon maaf. Saya sebenarnya lelaki,” ujarnya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Proses kawin mudah sgt ,claim diri pmpn.mak pak xde.nk wali hakim mudah..
Jadilah cmni
Cuba buat kt jabatan agama sini .sini nk kawin makin ketat syarat..nak salinan sijil kawin mak pmpn skali.. kalau xde kna soal mcm2 la..tu bru salinan sijil..belum bab lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes yg ntah ke berapa dah ni
Konoha is something else
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:25 AM | Show all posts
perkara ni normal kt konoha
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:41 AM | Show all posts
apa motif nikah begitu ye? apa si 'pegantin pompuan' hendak lakukan. lepas nikah bawa lari wang dan kemudian ulang perkara sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:57 AM | Show all posts
ai dah tengok gambar sebenar, tebal giler mekap. harap pompuan asli tak payah la termakan dakyah pakai pondesyen berkati2 dgn shading dan contouring tahap langit ke 7 utk kelihatan jelita. silap2 org ingat ngko ponen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon gay lebih daring mahu grooming toklaki
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:06 AM | Show all posts
aik masa malam pertama tak perasan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 08:19 AM | Show all posts
iols lantas menggoogle. weh, keras kot muka sheols. aduhai. sian family laki tu and laki tu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:29 AM | Show all posts
Apa intention theyols yang menipu jantina ni kahwin ye? Apa theyols expect untuk dapat? Banyak sangat kes gini dekat sana ye. Memang ke laut dalam ke process nak kahwin nya pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:14 AM | Show all posts
Ini orang gila

Benda yang orang waras tak akan terfikir nak buat... penipuan spt ini mesti kantoi sbb laki dia mesti nak lubang sejak hari pertama kawin


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 21-5-2024 07:57 AM
ai dah tengok gambar sebenar, tebal giler mekap. harap pompuan asli tak payah la termakan dakyah pak ...

Nak buat camne lagi kan, memang style makeup pengantin pompuan sepesen je, makeup tebal2, sepupu iols jurumekap tunang dengan kawin. Kata dia makeup tebal camtu sebab nak bagi nampak lawa dalam gambar.

Iols penah suruh dia makeup iols dulu masa tunang. Serius hodoh giler muka iols. Alis kening iols memang dah elok terbentuk, tapi sepupu iols pi touch up sampai jadik kening shin chan. masa kawin ambik jurumekap lain. Iols sangat berkenan mekap janna nick masa kawin nampak natural dan cantik, tak tebal. Kat mana la nak carik jurumekap camtu eh, kot masa depan iols perlukan khidmat makeup ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 21-5-2024 09:33 AM
Nak buat camne lagi kan, memang style makeup pengantin pompuan sepesen je, makeup tebal2, sepupu i ...

Alamak aihh kening shin chan kesian uols. Bg ai, mekap tebal ni jarang yg cantek. Bercapuk2 la, berminyak2 lah. Kulit muka lebih cerah dari tangan. Jauh beza dgn muka asal. Sedih. Tujuan utama nak kelihatan berseri2 last2 ngeri. Ai rasa ada kot MUA yg pandai buat mekap ringan, ala2 natural gitu. Susah2 belajar mekap sendiri, mcm ai. Adik ai kawen pun ai yg mekapkan kohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 21-5-2024 09:57 AM
Alamak aihh kening shin chan  kesian uols. Bg ai, mekap tebal ni jarang yg cantek. Bercapuk2 la, ...

Iya betul, makeup tebal2 memang muka jadik lain dari muka sebenar.

Wahh uols pandai makeup ye iols buleh la nak makeup sendiri tapi tak berapa nak expert la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:35 AM | Show all posts
xkan xde cintan cintun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm byk pulak kes ni kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenih mak bapak cxtau jantina anak ker camna

Ker fleksible nak jantina pun ok jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts

Takyah tgk gambar sekolah, tgk camni pun dah tauu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 02:06 PM | Show all posts
Alamak seramnya cerita, konoha ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 03:03 PM | Show all posts
Muka mcm pondan yg kuat mencarut masa buat turioal mekap kat tiktok org utara yg badan mcm giant tu.. ekekeke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.226971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list