CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 0

[Sarawak] Jururawat berperanan kritikal dari segi pengurusan hospital, terlibat dalam penetapan dasar

[Copy link]
Post time 22-5-2024 08:49 PM | Show all posts |Read mode


Dr Ngian mengambil swafoto bersama jururawat.

KUCHING: Jururawat memainkan peranan kritikal dari segi pengurusan hospital dan juga terlibat dalam penetapan dasar, kata Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Ngian Hie Ung.

Beliau berkata, selain bertanggungjawab menyelamatkan nyawa, ’nursing manager’ atau 'matron' juga bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berlaku di wad hospital.

"Perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila seseorang itu berada di wad adalah mereka akan meminta matron tempat itu.

”Ia menunjukkan bahawa jururawat telah menyumbang kepada pengurusan (hospital), jika wad, pasukan jururawat, fasiliti diurus dengan baik, maka hospital boleh diuruskan dengan baik.

"Anda (jururawat) juga terlibat dalam penetapan dasar, terutama apabila anda berpindah ke pengurusan yang lebih tinggi.

"Selalunya, andalah yang menyumbang kepada penggubalan dasar - anda memperhalusinya dan mengusahakannya," katanya semasa sambutan Hari Jururawat peringkat HUS yang diadakan di Auditorium Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di sini, hari ini.

Dr Ngian menegaskan bahawa peranan jururawat juga merangkumi rutin harian penjagaan pesakit. Ini katanya, termasuk mendidik dan berkomunikasi dengan pesakit mereka.

"Bagi kebanyakan daripada anda di sini, anda juga terlibat setiap hari dalam penjagaan pesakit. Ingat - apabila pesakit mula-mula tiba, orang pertama yang mereka akan jumpa adalah jururawat dan titik hubungan terakhir sebelum mereka dibenarkan keluar juga adalah jururawat.

"Selain menjaga pesakit, kita juga mendidik mereka - dan sebelum mereka dibenarkan keluar, kita juga mengingatkan mereka tentang sebarang susulan yang perlu mereka lakukan," tambahnya.

Acara dimulakan dengan seminar bertajuk 'Laluan Kerjaya Kejururawatan' yang disampaikan oleh jururawat negeri Matron Lau Sie Ngo, diikuti dengan ikrar jururawat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065936 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list