CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7069|Reply: 0

Nunez terkesan disamakan dengan Andy Carroll

[Copy link]
Post time 23-5-2024 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Darwin Nunez kecewa peminat menyamakannya dengan Andy Carroll sebelum memadam hantaran berkaitan Liverpool di IG miliknya. – Foto REUTERS

LONDON: Darwin Nunez mengakui dia terjejas dengan 'komen negatif' susulan tindakannya memadam semua hantaran berkaitan Liverpool dalam media sosialnya.

Penyerang Uruguay itu melengkapkan musim keduanya di Anfield susulan perpindahan dengan rekod kelab £85 juta (RM510 juta) dari Benfica.

Pemain itu kelihatan berjaya mengubah keadaan sesudah mengharungi musim sulung yang mengecewakan.

Namun persembahan terbaik Nunez dalam jersi Liverpool menjurus kepada kemungkinan yang terburuk buatnya, menyaksikannya dipinggirkan daripada kesebelasan utama pada hujung kempen.


Kekecewaannya memuncak selepas kemenangan 4-2 ke atas Tottenham pada 5 Mei lalu, dia memadam semua gambar berkaitan Liverpool daripada akaun Instagram miliknya.

Ia menjurus kepada spekulasi dia mungkin berpindah pada musim panas ini.

Bagaimanapun pemain berusia 24 tahun itu mendedahkan dia sudah tidak tahan dengan kritikan demi kritikan tetapi kini menegaskan dia sudah menyelesaikannya dengan tidak mempeduli sebarang komen mengenainya - bagus, buruk atau acuh tak acuh.


Semua hantaran mengenai Liverpool sudah tiada dalam akaun IG Darwin Nunez tetapi dia meletakkan gambarnya bersama keluarga menyarung jersi terbaharu The Reds. – Foto Instagram

"Dari saat anda mula bermain hingga anda bersara, akan ada seseorang yang mengkritik anda," katanya kepada Por la jersey, menerusi ESPN Uruguay.

"Sebelum ini, saya banyak membaca dan melihat komen mereka dan ia menjejaskan saya.

"Sesiapa saja yang menyatakan komen negatif tidak menjejaskan mereka penipu, komen negatif itu ditujukan terus kepada anda dan akan sentiasa menjejaskan anda.

"Mereka beritahu saya segala-galanya, tetapi saya tidak mengendahkan komen itu kerana ia tiada gunanya buat saya. Saya tidak pernah lihat komen negatif di media sosial lagi, sekurang-kurangnya sekarang saya tidak melihat apa saja, malah perkara baik. Jika perlawanan tidak menyebelahi saya, saya bergantung kepada keluarga saya."

Bintang muda Uruguay itu tidak mengenali Andy Carroll, bekas penyerang Liverpool yang sering gagal menyudahkan peluang di depan gol dan selepas bertanyakan pengurus Jurgen Klopp mengenainya, dia memadam hantaran berkaitan The Reds.

Bagaimanapun sejak itu Nunez menukar semula gambar Instagram miliknya dengan gambar dirinya, pasangannya dan anak mereka semuanya menyarung jersi Liverpool selepas kemenangan 2-0 ke atas Wolves Ahad lalu. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... dengan-andy-carroll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.243933 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list