CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12425|Reply: 2

[Jenayah] Lagi insiden membabitkan pemain bola, rumah dipecah masuk

[Copy link]
Post time 24-5-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor, di sini, semalam.

Menurut laporan polis yang beliau kongsikan di Instagram, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport antarabangsanya.
Laporan polis dibuat Khuzaimi jam 11:30 malam selepas pulang daripada sesi latihan berkenaan.

"Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

"Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati ada barang-barang yang telah hilang seperti motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

"Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti," menurut laporan polis yang dibuatnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi memberitahu akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Awal bulan lalu, negara dikejutkan dengan kejadian membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid.

Kejadian pada 5 Mei itu dipercayai dilakukan dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira jam 5 petang.

Susulan itu, tonggak utama Selangor FC berkenaan mengalami kecederaan melecur tahap empat di beberapa bahagian tubuhnya dan menerima rawatan di hospital.
Sebelum kejadian menimpa Faisal, satu lagi insiden membabitkan pemain bola sepak ialah ke atas pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid pada 2 Mei.

Akhyar mengalami kecederaan selepas dipukul di bahagian kepala dan kaki dengan menggunakan besi boleh laras dalam kejadian samun berhampiran kondominium kediamannya dekat bandar Kuala Terengganu.

Berikutan itu, pemain kelahiran Kedah itu terpaksa dikejarkan ke hospital sebelum menerima empat jahitan di kepala dan dua jahitan di kaki serta kerugian RM4,800.

Pada 7 Mei pula, cermin belakang kereta dipandu pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim dipecahkan berhampiran pusat latihan JDT di Sri Gelam, Johor Bahru.

Dalam kejadian jam 10.05 malam itu, Safiq yang sedang memandu tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang keretanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 11:39 AM | Show all posts
apa la korang dah buat kat peminat2 korang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kena rompak sbb kaya kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.082796 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list