CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24579|Reply: 27

[Tempatan] Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Singapura, Prof Dr Syed Muhammad Khairudin kata Universiti hanya menjadi alat orang politik dan ahli akademik yang gila pangkat .Anda tak setuju?

  [Copy link]
Post time 24-5-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MELAKA – Kebanyakan universiti di negara Islam termasuk Malaysia dilihat sudah hilang ‘roh’ dan hanya menjadi alat orang politik dan ahli akademik yang gila pangkat untuk memenuhi agenda peribadi.



Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Singapura, Prof Dr Syed Muhammad Khairudin Al-Junied berkata, perkara itu berpunca apabila tiadanya penekanan terhadap kerohanian ilmu menyebabkan kajian dihasilkan tidak dapat mengubah pemikiran sejagat.

“Universiti-universiti yang ada di Malaysia dan dunia Islam hari ini tiada roh di dalamnya (kerana) yang kita tekankan adalah KPI (indeks pencapaian) sebab itu beribu-ribu muka surat tulisan pun sebenarnya tidak dapat mengubah masyarakat.

“Apa yang berlaku, universiti ini dah diperalatkan untuk pelbagai agenda politik, kadang-kadang agenda VC (Naib Canselor) tapi yang paling teruk menjadi alat orang yang gila pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Kerja Madani: Pendidikan Dalam Pembinaan Tamadun pada Konvensyen Madani 2024 di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, profesor yang tersenarai sebagai antara 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia itu berkata, adalah amat menyedihkan apabila kajiannya mendapati ada pensyarah yang hanya menyebarkan ilmu untuk mendapatkan pencen.

“Itu matlamatnya jadi apa-apa yang dibuat contohnya dalam kajian mengenai padi dan sebagainya hanyalah kerana mahukan pencen, dapat jadi orang ternama dan selebriti akademik,” – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
No comment
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm setujuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-5-2024 12:56 AM

ye ke??? Jgn lupa...masa PRK,PRU...depa kata DEPA TU PEMIMPIN...dan PEMIMPIN TAKKAN BUAT 'BENDA JAHAT'...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Open secret da. Dkt u sp yg psng air econd dkt org atasan, namanya lah yg bakal disebut2. Politik is anywhere termasuk dlm Dunia akademik
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sana sini madani...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2024 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sgt stuju. penulisan akademik telah menjadi requirement bukan untuk mendidik masyarakat. rindu zaman2 penulisan yg hebat yg di terbitkan di majalah2 yang menyumbang pada pemikiran masyarakat seperti dewan masyarakat atau massa atau simply a piece of article dlm akhbar yg sgt bermutu tinggi. bukan semata2 bercakap pasal perkara  to gain popularity or fame. benarlah, mmg roh mendidik masyarakat dah pudar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hapgred centralised aircond.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 12:15 PM | Show all posts
sejak sebelum selepas merdeka gitu kan...

Mengulas lanjut, profesor yang tersenarai sebagai antara 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia itu berkata, adalah amat menyedihkan apabila kajiannya mendapati ada pensyarah yang hanya menyebarkan ilmu untuk mendapatkan pencen.


jangan petik sentuh timbulkan isu, menjalankan urusan pentadbiran agama/berdakwah/kembang syiar agama/etc hanya untuk mendapatkan pencen.

#jangankecam
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu GLC ni dapat secondment orang akademik pegang jawatan penting dalam GLC. Title akademik berjela2 tapi politiknya ya rabbi... Ramai orang lama GLC tu tak sangka akademik lagi hebat politiknya. Malangnya ahli akademik tu kerja tolak kat orang tapi sangat rajin berpolitik dalam ofis sampai ramai pekerja berpengalaman dah berhenti join syarikat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:32 PM | Show all posts
setuju
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:33 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-5-2024 08:29 PM

Semua mungkin  lupa bahwa Malaysia ditubuhkan oleh UK berlandaskan politik perkauman yang kental dan sudah mewarnai  perilaku dan pola pikir orang malaysia .


Menjadi amat aneh jika politik perkauman X menjadi issue HOT lagi .di Malaysia ....
  
Sejujurnya issue racism, apartheid, mabuk agama dan isue politik perkauman  malah membuat Malaysia lebih terkenal dan juga menjadi objek menarik untuk diberitakan oleh orang di luar malaysia  , ....

Usulan saya .... Pertahan dan kekalkan terus politik perkauman dan Malay Supremacy sebagai identity negara Malaysia ....macam afrika selatan yang dahulu amat terkenal dengan politik apartheidnya itu ....

Prestasi haibat dan mengejutkan lainnya adalah Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahwa ajaran agama islam sama sekali X bertentangan  bahkan selaras dengan eksistensi casin, perjudian, politik racism, apartheid dan politik perkauman yang telah dilakukan Malaysia selama ini  ...... Hehehee   



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pun makan umpan mainan politaik jugak.....madani tu slogan surau kg ulu bendul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:46 PM | Show all posts
Edited by plywood at 26-5-2024 12:47 PM

aku rasa memang ada berlaku.. tetapi tak semua sisi positif uni itu dah hilang, universiti masih dapat berfungsi sebagai tempat menyebar ilmu, mengembangkan kehidupan etc..keadaan yg berlaku dlm banyak institisu ini aku tengok lebih kepada mcm mana nak improve keadaan spt ini khasnya di uni

satu lagi, tak fair melihat seseorang itu bekerja untuk dapat pencen... sejauh mana kebenarannya? .. aku assume dia tak buat kajian yang benar tetapi cuma kesimpulan dari suatu observation. Memang orang tu mengaku kerja untuk pencen shjkah?..

klu kita fikir akan ada isu bila kita mengatakan dia kerja cuma untuk pencen.... secara umum, kita bekerja supaya dapat survive, dpt gaji dan benefit lain. sesiapa pun rasanya setuju pasal ini... sebab tak ada yang mampu bekerja tanpa mendapat upah / benefit yang sesuai dgn kehidupan semasa

klu kerja orang bawahan tak capai standard, maka keluar statement spt itu... tetapi disebabkan dia ahli akademik, aku rasa statement dia ini dlm artikel cuma bersifat reverse saikologi untuk motivate orang bawahan, bukanlah bertujuan nak nyatakan ianya statement yang benar..

tetapi mungkin juga wartawan salah memahami dan mungkin ada sbb lain tetapi aku rasa dia ni sebenarnya sedih sbb perkembangan pengaruh politik yg semakin kuat di uni



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 26-5-2024 06:01 AM
sgt stuju. penulisan akademik telah menjadi requirement bukan untuk mendidik masyarakat. rindu zaman ...

Betul tu. Parents aku paksa aku baca dewan masyarakat, massa. Betul² mematangkan pemikiran secara tak langsung artikel² dalam tu. Skrg ni, dgn sumber dari chatgpt, tik tok.. adus, sedih betul tgk pemikiran org muda skrg. X berkembang. Kenapa dorg tak teruskan eh, pengeluaran majalah² ilmiah mcm ni. Reader Digest pun dh shut down.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok la perubahan dalam waktu terdekat ni. Sebab sebelum ni dgrnya, universiti pun xdpt peruntukkan yg besar utk tampung. Kemungkinan selepas ni akan ada perubahan dan berkembang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 26-5-2024 12:33 PM
Semua mungkin  lupa bahwa Malaysia ditubuhkan oleh UK berlandaskan politik perkauman yang kental dan ...

Nusabatraya.


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:38 PM | Show all posts
meme betul...i involve satu professional body ni, mmg berlonggok academician kat situ demi menambah KPI pastu fund byk plak tu, lagi la dia suka buat aktiviti CSR je manjang...ntah hape hape ntah...ada sorang tu lecturer kat uni area sg besi, mmg situ ler dai cari makan sbb pandai mengipassss....dari kerani sampai ke Presiden dia kipasnya, meluat betulll....nanti la sepandai2 tupai melompat satu hari nanti akhirnya jatuh ke tanah juga...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 26-5-2024 05:38 PM
meme betul...i involve satu professional body ni, mmg berlonggok academician kat situ demi menambah  ...

Uni askar ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 26-5-2024 03:23 PM

Orang sudah tiada minat untuk membaca... Banyak buku lama... Yang kaji civilisation ini pula banyak version... Kadang kadang buku baru baca lebih shiok sendiri  guna ideology penulis... Hehe.... Ada buku kitab lama... Ada muslim tidak bagi baca ada yang suruh baca kata nya arab black magic (book of spells) ... Others kata kitab bukan original version... Betul aku lupa nama kitab aku  tidak baca sebab  arabic... Aku rasa kitab ter sebut related dengan nusantara world ilmu orang dahulu guna untuk protecrion... Betul atau tidak aku tidak pasti... Sebab agak agak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064189 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list