5 hari lalu, saluran YouTube CBS News telah berkongsikan kisah kejayaan sebuah restoran makanan Malaysia yang diusahakan oleh seorang chef berasal dari New Delhi,India iaitu Salil Mehta.
Temu bual ringkas tersebut menceritakan bagaimana Salil membangunkan restoran Laut, ‘restoran makanan Malaysia’ pertama yang menerima bintang Michelin di New York.
Salil menghasilkan makanan mengikut ‘citarasanya’ dan mula belajar masakan Malaysia daripada ‘kajian’ dan komuniti Thai yang menetap di New York.
Salil berkata dia bermula sebagai pelajar rekaan dunia fesyen namun meninggalkan industri itu dan mengambil alih Laut pada tahun 2010 dan mencuba bidang ini untuk ‘meneruskan kehidupan’.
Salil mengakui, seumur hidupnya dia tidak pernah ke Malaysia. “Saya tidak pernah ke Malaysia dalam hidup saya,” kata Salil.
Hos rancangan tersebut, Meg Oliver dilihat terkejut dengan pendedahan itu kerana seorang yang tidak pernah merasai sendiri makanan asli di Malaysia boleh berjaya di New York dan seterusnya mendapat pengiktirafan bintang Michelin.
Dalam temu bual tersebut juga, Salil turut menunjukkan cara untuk membuat hidangan yang kelihatan seperti roti canai. Salah satu hidangan paling popular di menu restoran ialah ‘Dragon Breath Char Koay Teow’.
Bagaimana pula dengan rasanya?
Berdasarkan tinjauan ulasan daripada pengunjung restoran ini, ramai yang memuji kesedapan dan rasa hidangan di Laut. Namun, bagi seorang warga Malaysia yang pernah makan di sini, beliau berkata rasanya memang tidak sama seperti apa yang ada di Malaysia.
“Saya dari Malaysia. Saya berada di sini untuk mengunjungi rakan dan berniat mencuba restoran ini selepas membaca ulasan daripada pelanggan lain. Saya agak kecewa dengan makanan di sini. Tidak pasti sama ada mereka salah buat, Teh Tariknya memang tersangat manis, paling manis pernah saya minum sepanjang hidup. Laksanya tidak rasa seperti laksa, rasa ‘sweet chili crab’ tidak sepeti ‘chili crab’.
Tetapi, saya puji kway teow gorengnya yang sedap dan juga rendang daging. Roti canai, sotong goreng dan satay sedap. Jika saya cuma makan semua ini (tidak menu yang awal), saya akan beri 5 bintang. Jika anda mahu cuba makanan authentic Malaysia, di sini ada cuma bukan semuanya,” tulis Sing Kiet Kong yang memberi rating 2/5 bintang untuk restoran Laut.
Kesimpulannya, rasa makanan di restoran ini telah disesuaikan dengan citarasa warga New York dan Salil lebih tahu apa yang mat saleh suka makan. Warga New York pasti terkejut jika merasai makanan tempatan sebenar jika melancong ke Malaysia kerana ia semestinya sangat berbeza dengan apa yang mereka makan di Laut.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Sama la melayu yg tak pernah pi oversea tapi jual makanan western...nowadays dah ada yg jual western campur...berlonggok 10 jenis makanan dlm pinggan rasa dah tentu out
Post time 26-5-2024 08:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Heshe ini kenal malaysian food pun di buddha temple prolly siam yang masak... Sendiri cakap inspired bukan authentic... Some his food blend dengan kafir lime leaves... If siapa tengok video heshe ingat authentic memang noob lah...
aku tak heran sgt kalau makanan asia bila sampai new york mmg akan jadi lain, rasa lain, maklumlah kena olah resepi utk blend dengan tekak local. yg lagi aku musykil tomyam thailand tak sama dengan tomyan kedai awe walaupon negara berjiran, taste bud should be similar
Post time 26-5-2024 12:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"Saya agak kecewa dengan makanan di sini. Tidak pasti sama ada mereka salah buat, Teh Tariknya memang tersangat manis, paling manis pernah saya minum sepanjang hidup'
katanya chef ni lebih mengenali taste bud ummah sana...takkan la depa minum air manis kaw2
ramai yang pandai masak yang sgt2 authentic, tapi kalau marketing, location, account tak betul, belum tentu restoren boleh bertahan more than a year or two. byk beza tu.