CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6695|Reply: 0

[Johor] Hanya mampu dengar jeritan mangsa meminta tolong

[Copy link]
Post time 1-6-2024 05:39 PM | Show all posts |Read mode

3 individu maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit. FOTO ihsan Bomba

Johor Bahru: Tiga individu termasuk dua beradik yang maut selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam tiga meter di Lebuhraya Iskandar Sultan, di sini, dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Singapura.

Dua beradik berkenaan disahkan sebagai Chu Wan Rou, 31, dan adiknya, Chu Wei Yeah, 28, dan rakan mereka, Aw Siew Chern, 35.

Adik Wan Rou yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Chu, 30, berkata, dia dan keluarga amat terkejut dengan tragedi menimpa kakak dan adiknya itu.

Katanya, pada mulanya dia sekeluarga menerima panggilan telefon daripada seorang individu pada jam 7.30 pagi menyatakan kakak dan adiknya terbabit dalam kemalangan dan pemanggil berjanji berkongsi lokasi kemalangan.


"Namun sehingga jam 10 pagi, kami sekeluarga tidak menerima lokasi kemalangan yang didakwa, sebelum kami menyangka panggilan diterima hanyalah gurauan nakal individu tidak dikenali itu.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga tersentak apabila kenalan kakak saya dan Siew Chern dari luar negara menghubungi kami menyatakan mereka bertiga terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura, pagi tadi.

"Kenalan kakak yang menghubungi kami menyatakan sebelum kejadian berlaku, Siew Chern sedang membuat panggilan video dengannya sebelum kenderaan yang dinaiki mereka tiba-tiba bergegar kuat dan telefon dipegang Siew Chern tercampak ke bawah.

"Kenalan kakak menyatakan dia hanya mampu mendengar suara ketiga-tiga mangsa menjerit ketakutan meminta tolong dan menyatakan kenderaan mereka sedang tenggelam dalam air," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, tiga individu termasuk dua beradik maut selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam tiga meter di Kilometer 14.3 Lebuhraya Iskandar Sultan, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Yusof Othman dilaporkan berkata, kemalangan dipercayai berlaku dalam keadaan jalan raya licin dan longkang dipenuhi air berikutan baru lepas hujan.

Kemalangan dilaporkan berlaku apabila kenderaan yang dipandu seorang daripada mangsa dari Bukit Indah menuju ke Johor Bahru, hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke dalam longkang yang berisi air sedalam tiga meter.

Sementara itu, Miss Chu berkata, dia akan membawa jenazah kakak dan adiknya pulang ke Yong Peng, Batu Pahat, bagi menjalani upacara pembakaran mayat selepas selesai proses bedah siasat.

Manakala, keluarga Siew Chern yang dipercayai dari Parit Sulong, Batu Pahat, masih dalam perjalanan menuju ke Unit Forensik HSA petang tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngsa-meminta-tolong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.064325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list