CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2482|Reply: 0

Djokovic cipta rekod lagi

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode

DJOKOVIC meraikan kemenangannya. FOTO REUTERS

Paris: Pemain pilihan nombor satu, Novak Djokovic dari Serbia mengatasi kecederaan lutut dan terjatuh dengan teruk untuk bangkit mengalahkan Francisco Cerundolo dari Argentina, 6-1, 5-7, 3-6, 7-5, 6-3 sekali gus mara ke suku akhir Terbuka Perancis.

Dengan kemenangan itu, Djokovic mencatat rekod kemenangan Grand Slam terbanyak dengan 370 kemenangan untuk mengatasi Roger Federer.

Djokovic juga memegang rekod penampilan terbanyak di suku akhir Grand Slam iaitu 59 kali sekali gus menyamai rekod Federer.

Selepas kemenangan dalam masa empat jam 29 minit dalam aksi terakhirnya, Djokovic mengambil masa empat jam 39 minit untuk menyingkirkan Cerundolo pula.


"Tiga atau empat kali saya hampir kalah dalam perlawanan ini. Terima kasih kepada lawan saya.

"Dia layak mendapat pujian. Saya tidak pasti bagaimana saya memenangi perlawanan ini," kata Djokovic.

Di suku akhir, Djokovic akan berdepan pilihan ketujuh, Casper Ruud dari Norway selepas dia menewaskan pilihan ke-12, Taylor Fritz, 7-6 (6), 3-6, 6-4, 6-2.

Selepas mudah memenangi set pertama, Djokovic berdepan masalah lutut semasa di set kedua sehingga memaksanya menerima bantuan perubatan.

"Saya mula merasakan kesakitan (pada set kedua) dan meminta rawatan fisio serta perubatan. Ia sememangnya mengganggu rentak permainan saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ic-cipta-rekod-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035899 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list