CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24192|Reply: 31

Termakan Daging Babi Tanpa Sengaja, Ini Pandangan Jelas Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:34 AM | Show all posts |Read mode




Kejadian di mana seorang Muslim termakan daging babi secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya sering menimbulkan kebimbangan dan persoalan mengenai status dosa yang terlibat.


Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seseorang Muslim yang termakan daging babi dalam keadaan tersebut tidak dianggap berdosa. Penjelasan ini adalah berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis.


Wan Salim menjelaskan, daging babi memang diharamkan untuk umat Islam, seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah, ayat 173:


“Diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT.”


Ayat ini dengan jelas menyatakan larangan memakan daging babi, namun, apabila ia termakan tanpa sengaja, hukumnya berbeza.


Penjelasan lanjut dari Mufti Pulau Pinang menyatakan bahawa Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang, seperti yang terkandung dalam surah al-Ahzab, ayat 5:


“Dan tidaklah berdosa ke atas kamu dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (berdosa) dalam apa yang disengajakan oleh hati kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”


Menurutnya, jika seorang Muslim mengetahui bahawa dia telah termakan daging babi dan mampu memuntahkannya, maka dia hendaklah berbuat demikian sebagai langkah berjaga-jaga dan penzahiran keinsafan.


Namun, tidak ada dosa yang dikenakan ke atasnya jika kejadian itu berlaku tanpa sengaja.


Pandangan ini adalah penting dalam mengurangkan rasa bersalah yang mungkin dirasai oleh seorang Muslim yang tanpa sengaja termakan daging babi.


Hal ini juga menggariskan betapa pentingnya niat dalam penilaian hukum Islam. Kesalahan yang dilakukan tanpa niat atau dalam keadaan tidak sedar tidak dianggap sebagai dosa besar.


Mufti Pulau Pinang juga merujuk kepada kisah yang tular di media sosial mengenai seorang penghantar makanan (p-hailing) yang tersilap menghantar pesanan sehingga menyebabkan anak pelanggan termakan daging babi panggang.






Kejadian ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Izham Nayan, yang mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.


Insiden tersebut menekankan kepentingan berhati-hati dalam urusan makanan, terutamanya dalam konteks penghantaran makanan di mana keperluan dan pantang larang diet pelanggan haruslah dihormati dan diambil serius.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya aku check resit dulu untuk pastikan order tu betul mcm yang dipesan. Ni kes dapat makanan telan terus bahaya nok. Jadikan pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 08:48 AM | Show all posts
Zirara99 replied at 5-6-2024 12:41 AM
Biasanya aku check resit dulu untuk pastikan order tu betul mcm yang dipesan. Ni kes dapat makanan t ...

dia pesan tuk anak dia kat rumah kannn....dia takde kat rumah rasanya time tu...

tu yang anak2 dia da lapar, ambil terus makan...
huhuhu....

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:09 AM | Show all posts
Mcm influenza gundu yg dah bertudung dulu2 termakan babi katanye.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak kakiku dah lama pesan selagi tak sengaja memang tak apa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh kan.

Dah blaja menda ni dari SK pun masih perlu mufti nak bersuara. Ni mesti ada yang gatal jari pi tag2 mufti ni sampai mufti kena respon hukum basic sebegini.

Korang ni memang iman senipis kulit bavang ke hapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
"Mencetuskan kebimbangan dan persoalan"

Puuuiihhhhhhhh

Padahal dah blaja Pendidikan Islam dari tadika sampai Tingkatan 5! Kira la berapa tahun korang blaja tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi je pun..
Dah tak sengaja takkan ko nak keluarkan organ2 dalaman ko semata utk samak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 12:58 PM | Show all posts
kaka kakibibir dah lama explain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:00 PM | Show all posts
Edited by Incanto at 5-6-2024 01:01 PM
dua_chzy replied at 5-6-2024 10:06 AM
Bodoh kan.

Dah blaja menda ni dari SK pun masih perlu mufti nak bersuara. Ni mesti ada yang gatal j ...

masa kelas agama kat sekolah masing masing dok berborak kot

dah tentulah budak yg makan tu tak tahu yg tu babi.  Sebab yg mengorder bapa. Takkan budak yg lapar nak check resit sebelum makan. Nama pun budak.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:53 PM | Show all posts
aku pernah termakn pork ham kt seoul dulu..beli roti kat paris baguette, kt label tulis deep fry with potato...baru satu kunyahan perasa ade cebisan ham, bila tanya kaunter ckp pork ham...mmg xmakan dh la lps tu, mmg aku pangkah dh paris baguette sampai skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mopti ada masa plk layan medsos nih, hukum hakam  basic ni bkn ke ada bljr dkt sek agama? Lain la klau pak mopti sanggup komen jenis2 maknusia yg munafik serta hukum org fasik yg bwk berita tp kena spin diakhir zaman ada juga pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:01 PM | Show all posts
Termakan tak sengaja tak apa, dimaafkan oleh syarak.

- akak kakikudibibirmu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:19 PM | Show all posts
termakan babi kemain kecoh tag2 mufti
terduduk tanah orang berpuluh tahun buat serupa harta wasiat bapak sendiri takde lak nak tny mufti kan puak2 bangsat ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:28 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 5-6-2024 10:06 AM
Bodoh kan.

Dah blaja menda ni dari SK pun masih perlu mufti nak bersuara. Ni mesti ada yang gatal j ...

itu lah benda basic mcm tu pun xreti hahahaha,
tapi diorg xnk tanya mufti plak kalo sengaja makan benda haram cmne plak,
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:30 PM | Show all posts
renko replied at 5-6-2024 03:19 PM
termakan babi kemain kecoh tag2 mufti
terduduk tanah orang berpuluh tahun buat serupa harta wasiat b ...

hah itulah, itu bukan terduduk tapi sengaja duduk,ambik hak org xde plak nk fikir,
bab babi ni laju je nk sertu walaupun hujung2 bau je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 5-6-2024 03:52 PM

gambar betul ke sekadar hiasan atas tu...cam belum mkn lg tu.....awat amik gmbor...pastu pi makan..ni lg memeningkan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:51 PM | Show all posts
copy_paste replied at 5-6-2024 03:30 PM
hah itulah, itu bukan terduduk tapi sengaja duduk,ambik hak org xde plak nk fikir,
bab babi ni laj ...

patut ummah bangsat tu tny pendapat mufti pasal tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 5-6-2024 03:19 PM
termakan babi kemain kecoh tag2 mufti
terduduk tanah orang berpuluh tahun buat serupa harta wasiat b ...


gitew jugok...TERlanjang eh salah...TERlanjur...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg makan kan.
budak2 umur gitu, depa pun tak leh nak ingat dah rasa daging babi tu mcm mana bila besar nnti.
Aku waktu kecik pun dah termakan bubur babi Ahma aku masak.
Dah kenyang semangkuk masuk perut, baru Ahma aku jerit kat ibu aku
itu je la sekali, pastu tak ingat dah rasa babi tu mcm mana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.193765 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list