CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15491|Reply: 68

[Tempatan] "Diorang dah tengok abang kakak dia, Hutang PTPTN RM50k Gaji RM1,800..Hakimi Nuzihan menuding jari kepada hutang PTPTN sebagai punca utama Gen Z tidak mahu belajar.Anda tak setuju?

  [Copy link]
Post time 5-6-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang pempengaruh, Hakimi Nuzihan media sosial menuding jari kepada hutang PTPTN sebagai punca utama Gen Z tidak mahu belajar sampai ke Universiti.



“Diorang dah tengok abang kakak dia, Hutang PTPTN RM50k Gaji RM1,800 [sebulan].

Something wrong somewhere [ada benda yang tak kena di sebaliknya].”

Netizen berbelah bagi dalam memberikan pandangan. Ada yang mengambil pendekatan menerima pandangan dan pada masa yang sama tidak bersetuju sepenuhnya.

Seorang netizen berkata: “Ada betul apa yang diperkatakan. Cuma kita kena ambik masa untuk renung kembali. Jika dilihat pada nilai pinjaman PTPTN, memang akan murung, tetapi cuba lihat manfaat ilmu yang bakal diperolehi. Pendidikan adalah pelaburan.”

Seorang lagi berkata: “Betul. Saya menguruskan promosi dan pengambilan TVET MARA khususnya Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, tahun ini yang memohon ramai di kalangan yang layak ke matriks dan Uni. 6A sehingga straight A. Ramai.

“Yang tak ada A- tapi keputusan baik banyak B sehingga 5A tu jangan ceritalah. Tersangatlah ramai. Peluang kerjaya confirm, dan penjimatan dari segi ekonomi.”

Ada juga yang berpandangan bahawa itu cuma alasan. Kerana jarang anak muda yang mahu belajar terlalu berfikir soal hutang PTPTN.

Kemudian ada juga yang menasihati ibu bapa agar sentiasa menyimpan wang untuk kegunaan anak mereka untuk melanjutkan pelajaran kelak agar tidak terbeban dengan hutang pendidikan.

Hakimi kemudian merasakan ada yang ramai salah faham tentang kenyatannya. Dia berkata: Jangan salah faham saya bukan menidakan pinjaman PTPTN. Saya juga ada pinjam PTPTN sebab saya nak belajar Optometry namun saya tak dapat UPU. Dan habis dah pun bayaran PTPTN saya.

“Isu dia berapa banyak course di university tu tak ada potensi dalam alam pekerjaan pun. Kalau kursus tu tak laku dan terlalu banyak yang sediakan kursus ni akan jadi over supply dalam graduan. Sebab tu ramai lepas keluar dari university tak tak dapat kerja dalam bidang yang dia belajar.

“Kalau dapat sekali pun gaji murah sebab limpahan graduan yg ada sama ijazah dengan dia. Kalau kita nak improve masyarakat kita bukat serang gen z shj. Ini masalah keseluruhan sistem pendidikan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts

“Isu dia berapa banyak course di university tu tak ada potensi dalam alam pekerjaan pun. Kalau kursus tu tak laku dan terlalu banyak yang sediakan kursus ni akan jadi over supply dalam graduan. Sebab tu ramai lepas keluar dari university tak tak dapat kerja dalam bidang yang dia belajar.

“Kalau dapat sekali pun gaji murah sebab limpahan graduan yg ada sama ijazah dengan dia. Kalau kita nak improve masyarakat kita bukat serang gen z shj. Ini masalah keseluruhan sistem pendidikan

ini yang tepat sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kursus yang tak diperlukan industri tu dibuang saja lah

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:19 AM | Show all posts
Pengajaran kepada ibubapa. Kos utk membela anak hingga 18 tahun sangat mahal. Tak boleh bergantung kepada subsidi sepenuhnya atau pinjaman yang mana anak tu kena bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sb tu la ni..jgn target nk jd doc,loyer,jurutera(citer melayu dedulu)dll....la ni ank2 kena target jd AHLI POLITIK...tak caya tanya Abe Mat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:43 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 5-6-2024 07:41 AM
“Isu dia berapa banyak course di university tu tak ada potensi dalam alam pekerjaan pun. Kalau kur ...

Setuju... kdg2 course yg pelik2 kita dgr pn ada..sedangkan yg bidang sains ni pn payah nk dpt keja...batch iols dlu separuh dh jd cikgu..yg stay dlm industri 2-3 org je...dh amek course kimia industri kannn...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 09:44 AM | Show all posts
belajar bawak diri
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg ni kalau keje dulu sesambil PJJ pon ok. By the time graduate nanti, pengalaman keje pon dah ada. Dgn syarat keje yg proper lah, yg kalau boleh relate dgn bidang yg diambil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 10:17 AM | Show all posts
Edited by Samerosie at 5-6-2024 10:18 AM

Bukannya kena bayar PTPTN tu sampai separuh gaji habis, kadang2 RM30-50 kalau tak mampu.  dia asal bayar, sama la dgn loan mara.  kalau tak mampu buat rayuan.
Tapi kalau jenis mmg tak mau belajar tu, tak leh nak kata apa lah.  esok2 orang semua kerja elok, dia duk lagi kerja yg tak menentu dia salahkan orang lain pula.  Cakap bahasa pun fail dgn ber aq aq aq, English language lagi la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:17 AM | Show all posts
Kurang2 otak abang kakak ko lebih bijak dik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada course dah lapok. Carilah course yg banyak job. Semua nak tunding jari. Kalau dah pemalas memang xboleh buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dah tak nak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:37 AM | Show all posts
punya la bersepah uni kat malaysia ni. ada je course yg still relevant tapi sebab ko dah memang TAK NAK dan pilih utk jadi influencer, rider. hujung2 salahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:52 AM | Show all posts
Samerosie replied at 5-6-2024 10:17 AM
Bukannya kena bayar PTPTN tu sampai separuh gaji habis, kadang2 RM30-50 kalau tak mampu.  dia asal b ...

aku dulu tak bayar pon ptptn pas graduate, after 10 years kerja aku bayar lump sum terus guna kwsp acc 2. dpt discount 20%. jimat juga lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:57 AM | Show all posts
kursus dari UUM relevankah
ramai aku tgk bebudak grad UUM ni tak dapat kerja
lebih dari 10 org yang aku kenal
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:59 AM | Show all posts
takyah harapkan hutang ptptn dik...mak pak sila simpan duit sikit2 dr anak br lahir. duit tu lah kau buat belanja belajar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada buat part time f&b, ada sorang budak ni budak pandai habis diploma tahun lepas tapi aku pelik dia tak apply job lain. Katanya nak sambung degree tp dah setahunndia kat f&b ni kakak dia baru lepas degree jugak kot pon apply f&b.. pelik sbb course dorang belajar takde kena mengena pon dgn f& b. Takpela  mana² pon rezeki, semoga ada pekerjaan yg baik utk mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:01 AM | Show all posts
kucingitam replied at 5-6-2024 10:59 AM
takyah harapkan hutang ptptn dik...mak pak sila simpan duit sikit2 dr anak br lahir. duit tu lah kau ...

Ye SSPN ada.  Kawan i menabung lambat anak dia umur 10 tahun baru start menabung tapi anak dia masuk local uni memang duit sspn je tak de loan lain or ptptn.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 course iols (eng) yg ambil ptptn ni dlm 36k kene byr balik, pinjamnya rm28k gitu kot. masa ni iols dgr woahhh giler byk tp takpe la msg2 kerja gaji pun beso.
lepas tu iols tukar keje (gomen) ada sorg kolig ni dia grad utp dia punya ptptn kene byr almost 100k
aku dgr lembek kaki dah gaji gomen gred 45 masa masuk ni brp la sangatttttt.

lepas tau ni, iols bercita2 bila kawen anak aku sorg je, pastu kumpul dana utk anak bljr incase scholarship payah nak dpt.
terbukti zaman anak2 sedara iols masuk uni dpt stret A pun jenuh fight nak dpt scholar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:04 AM | Show all posts
alah cakap jela kau malas bodoh bangang duk melancap depan tiktok je
acah salah2kan tu ini apahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8399 Replies : 37
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77196 Replies : 3179
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 9962 Replies : 48
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11689 Replies : 89
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266593 Replies : 6676
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9658 Replies : 44
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13038 Replies : 17
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 5151 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077144 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list