CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13244|Reply: 100

Keluarga murid didenda berdiri tengah panas mahu IO ditukar

[Copy link]
Post time 6-6-2024 08:59 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Ibu bapa kepada murid darjah lima yang didenda berdiri di tengah panas selama hampir tiga jam meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menukar pegawai penyiasat (IO) bagi mengendalikan kes tersebut.


Pengerusi Malaysia Indian Action Force (Miaforce), Dayalan Sreebalan mendakwa, siasatan kes itu dijalankan tidak berdasarkan kepada laporan asal, sebaliknya dialihkan kepada isu sekiranya kanak-kanak berusia 11 tahun itu merupakan orang kelainan upaya (OKU).


Menurut jurucakap keluarga itu, laporan pertama yang dibuat pada 30 April lalu jelas menyatakan bahawa kanak-kanak itu mengalami kelesuan haba akibat kejadian berkenaan dan tidak menyatakan apa-apa mengenai OKU.


“Beberapa hari lepas, ibu mangsa, Mogana Selvi diminta memberi keterangan bukan berasaskan laporan pertama. Polis kini mengalihkan siasatan kepada OKU. Mereka nak tahu siapa yang memberitahu murid itu OKU.


“Maklumat dari sumber saya, polis telah mengumpul data mangsa dari darjah satu hingga darjah lima dan saya difahamkan, mereka mengatakan kanak-kanak itu sudah menjadi OKU sejak darjah satu.


“Kalau betul OKU dari mula, sekolah boleh kesan sebab ada kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Sebelum ini, Kosmo! melaporkan PDRM menjalankan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri di kawasan padang sebuah sekolah.


Ekoran kejadian itu, kanak-kanak tersebut dipercayai pengsan dan pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kelesuan haba dimana suhu badannya mencecah 40 Celcius.


Dalam pada itu, Dayalan mendakwa, tindakan menukar doktor yang merawat mangsa turut menimbulkan keraguan apabila pengesahan OKU kanak-kanak itu hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh dua bulan kerana dibawah kes polis.


“Doktor kata berkemungkinan kanak-kanak ini adalah OKU dengan alasan mangsa lemah dalam pelajaran. Apa yang dimaksudkan oleh doktor? Takkan kerana lemah Bahasa Melayu dikira OKU.


“Selain itu, doktor juga tanya ibu mangsa jika dia ada tolong anaknya membuat kerja sekolah di rumah. Kami tak faham, mangsa ada rekod disiplin yang baik dan tidak pernah mempunyai masalah di sekolah,” jelasnya.


Sehubungan itu, Dayalan berkata, pihaknya sudah menghantar memorandum aduan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes terbabit.


“Kita juga ingin minta pegawai penyiasat baharu bertaraf inspektor yang lebih berpengalaman untuk menjalankan siasatan dan akan menghantar memorandum kepada Bukit Aman esok,” tambahnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ofkos pengesahan OKU tu kena ambik masa kan sbb doktor pakar kena sahkan betul atau tidak budak tu jadi OKU sbb didenda guru atau mmg dari kecik dh OKU. Report yg doktor nak keluarkan tu bukannya mcm resit order makan. Dan polis juga kena siasat, samada betul atau tidak denda tersebut mendatangkan kemudaratan kepada budak tu. kalau hasil laporan polis dan doktor selari, maknanya apa? Parent menipu dan indenial?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu pon jgn la beriya denda suruh berdiri 3 jam. Lama sgt tu. Kalau 3 jam berdiri dlm kelas pon nak lenguh ni pulak tgh panas. 5 min berdiri dlm kelas je ckup la sekadar nak bg ingatan kat murid tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
3 jam berdiri ? Sapa yg denda cikgu displin ke cikgu subjek. Abes x belajar la bdk tu 3 jam. Btw secara am utk dunia2, aku x setuju cikgu denda berdiri luar kelas sbb x bwk buku ke, x siap kerja sekolah ( konon nk ada perasaan malu , tp lg suka la bdk klu x belajar) ( klu aku la cikgu , aku suh berdiri belakang kelas, pastu take notes sambil berdiri. X bg peluang bdk tu jd malas).
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 10:29 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 6-6-2024 09:14 AM
Ofkos pengesahan OKU tu kena ambik masa kan sbb doktor pakar kena sahkan betul atau tidak budak tu j ...

Just asking, kalau kena kat anak U, U boleh terima ke. Berdiri 3jam di bawah terik matahari is no joke.  Buatnya kena stroke haba mcmane? Adakah murid trs memang jenis yg bermasalah n why not bring the problem to the attention of the parent., tanya dn minta parent perhatikan sedikit masalah si anak. Nak denda, suruh ajelah berdiri atas kerusi di sudut belakang kelas.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 10:33 AM | Show all posts
tagune punya cikgu, suruh berdiri luar kelas dah la yg ko jemur tengah panas tu kenapa. oku ke lembam ke buduh ke, itu nyawa anak org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya ikut lojik x mungkin cikgu tu boleh denda 3jam kt terik matahari
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 6-6-2024 10:29 AM
Just asking, kalau kena kat anak U, U boleh terima ke. Berdiri 3jam di bawah terik matahari is no  ...

budak tu bukan anak i kannnnnn????? So?? I ada pertikaikan ke parent dia ambik tindakan? I just ulas part doktor dan polis tu kan? Adakah perlu in every case scenario kita kata "kalau kena kat anak u"? Dah tk boleh bagi pandangan ke kat forum ni? kena ikut je skema jawapan korg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 10:57 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 6-6-2024 09:14 AM
Ofkos pengesahan OKU tu kena ambik masa kan sbb doktor pakar kena sahkan betul atau tidak budak tu j ...

geng kicap..watduyuekspek..byk yg play victim pastu akan gune tiket resism
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 6-6-2024 10:57 AM
geng kicap..watduyuekspek..byk yg play victim pastu akan gune tiket resism

Ini yg iol risau. sbb dia tk nk tunggu report doktor and minta tukar IO hanya sbb polis siasat status OKU anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan skang cikgu x leh denda lebih2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya 3 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 6-6-2024 10:57 AM
geng kicap..watduyuekspek..byk yg play victim pastu akan gune tiket resism

Bila chuols ckp gang kicap ni teringat kes kat sekolah anak meols. Ada sorg parent ni park kete depan sekolah. Masa tu dlm 30 min bdk2 ni nak abes sekolah. Masa on the way ke gate tu dia dgr ada bdk sebut botak dlm bahasa tamil. Apa lagi kecoh la sampai gubesar kene pegi kt gate melayan komplen parent ni. Mujur gubesar n parent tu yindia. Yg mengejek pon puak2 dia. Kalau bdk melayu la mengejek sure sebalik sekolah. Mmg kecoh ya kat gate tu. Patu kat tempat menunggu parent tu ngadu kat meols ' ada bdk ejek saya botak tak dlm bahasa tamil' dlm hati meols mcm kesian juga la bdk2 nakal tu make fun of him tpi mmg mamat tu botak. Tak best ke botak?

Patu ank meols citer kelas sebelah kene ambush n cikgu suruh semua bdk India keluar utk disoal siasat sapa yg jerit. Kelas anak meols masa tu ada kelas P. Moral dan ada cikgu so selamat. Kelas dorg ni tingkat 2 mmg nampak la sapa2 kat luar gate sekolah.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar sgt ke Salah budak tu smpai denda 3jam bawah panas
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 6-6-2024 11:02 AM
Ini yg iol risau. sbb dia tk nk tunggu report doktor and minta tukar IO hanya sbb polis siasat sta ...

So kalau anak dia disahkan OKU maka layak lah didenda berdiri tengah panas 3 jam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tak beragak juga denda berdiri sampai 3 jam dengan cuaca panas sekarang ni. I lagi rela kena ketuk tangan dengan board duster macam zaman sekolah dulu. Sakitnya nauzubillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 11:21 AM | Show all posts
cari la alternative lain nak bagi penalty kat anak. denda mak ayah lagi bagus. biar mak bapak je handle anak lps kenal penalty dengan cikgu.

tak bawa buku : rm10
ponteng : rm 10
bising : rm 30
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:39 AM | Show all posts
makita replied at 6-6-2024 11:09 AM
Bila chuols ckp gang kicap ni teringat kes kat sekolah anak meols. Ada sorg parent ni park kete de ...

tp mmg pon..kelas anak ai pon dak melayu suke ejek2 geng tu...kesian jugak asik kene buli..melayu ni kuat membuli la rsnya..pastu parents lak semua benda naka mengadu kat grup..haiyah..p setel ke kelas anak tu la..p jerkah skit budak2 yg kuat membuli anak hg tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit hati lak baca mcm ni..buli budak cikgu nih..saiko
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:41 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 6-6-2024 11:02 AM
Ini yg iol risau. sbb dia tk nk tunggu report doktor and minta tukar IO hanya sbb polis siasat sta ...

ai ok je diambil tindakan keras kat cikgu tu kalau betol cikgu tu melampau p sidai smpi 3 jam..tp mcm kurg lojik..xkan cikgu subjek lain x p panggil anak dia masuk kelas bile abes kelas cikgu yg mendenda tu...tp kalau katekan nak play victim,nak IO pon geng dia jugak..mmg payah la..nnt siap p pggil NGO purdana muntrri semua masuk campur atas tiket bangsa tersakiti..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065177 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list