CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5277|Reply: 0

[Sabah] Hentikan segera budaya fitnah dalam politik

[Copy link]
Post time 6-6-2024 06:54 PM | Show all posts |Read mode


CHIN LING LING

KOTA KINABALU: Budaya fitnah harus dihentikan segera dengan mewujudkan budaya politik yang betul demi untuk generasi muda.

Ketua Bahagian Kapayan Parti Impian Sabah Chin Ling Ling berkata, golongan muda memerlukan persekitaran sosial yang kondusif untuk pembangunan kehidupan.

Beliau mengakui budaya fitnah adalah perkara biasa dalam arena politik yang memberi kesan negatif terhadap golongan muda dan keadaan sedemikian tidak boleh diabaikan.

Chin berkata, baru-baru ini Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN) Datuk Azis Jamman mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui media sosial.

Menurutnya, kenyataan berkenaan memfitnah bangunan pejabat Parti Impian Sabah di Kota Kinabalu sebagai milik bekas Ahli Parlimen Senator Tan Sri Anifah Aman.

Katanya, menurut kenyataan terbabit, dana Parti Impian Sabah dibiayai oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

"Kenyataan ini tidak berasas dan saya menggesa agar Datuk Azis Jamman memberikan bukti terhadap dakwaannya.

"Parti Impian Sabah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada beliau jika gagal memberikan bukti mengenai fitnah berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebagai pemilik bangunan yang dimaksudkan, Chin menggesa Azis untuk memperbetulkan kenyataannya iaitu pejabat Parti Impian Sabah di Kota Kinabalu bukan milik mana-mana ahli politik dahulu atau sekarang.

Beliau berkata, tanah kosong berkenaan dibeli pada 2010 dan proses pembeliannya mengikut prosedur undang-undang dan Sijil Menduduki (OC) diperoleh pada 2021.

"Daripada memburuk-burukkan orang lain dan hanya membuang masa, adalah lebih baik meluangkan masa untuk mengkaji cara memperbetulkan ekonomi negeri kita.

"Sekali lagi saya menegaskan pemimpin harus bertindak adil dan mencari kebenaran daripada memberikan fakta yang berunsurkan fitnah.

"Sifat seorang pemimpin yang berkaliber haruslah tidak suka menaburkan fitnah," katanya.

Menurutnya, pemimpin harus merancang masa depan secara realistik dengan mewujudkan imej tokoh politik yang baik, daripada memfitnah orang lain untuk mempromosikan diri sendiri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.200777 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list