View: 5112|Reply: 7
|
[Tempatan]
Kecederaan Akibat Melecur, Tangan Kena Minyak Panas Menggelegak!
[Copy link]
|
|
MELECUR akibat terkena minyak panas boleh dikatakan perkara normal berlaku bagi mereka yang selalu memasak.
Jika tidak segera dirawat, kecederaan yang dialami boleh menyebabkan kawasan anggota badan yang terkena minyak panas boleh menggelembung, seterusnya mengundang komplikasi yang serius iaitu jangkitan.
Banyak petua atau tip yang dikongsikan warga maya di media sosial untuk mengubati kecederaan akibat terkena minyak panas.
Ada yang menyarankan agar menyapu ubat gigi, melumur mentega, kicap dan macam-macam lagi.
Dalam satu hantaran video di TikTok, seorang individu yang berpengalaman selama 12 tahun sebagai tukang masak, berkongsi petua yang diamalkannya.
Malah, individu yang dikenali sebagai Rizal Tomyam ini turut melakukan demonstrasi menuang minyak panas yang sedang menggelegak pada tangannya!
"Kita nak curah atas tangan saya ni. Korang (anda) tengok ya.
"Apabila kita kena macam ni, pertama sekali kena ambil sos tiram. Kita sapu sos tiram dekat sini (tangan).
"Sapu pada semua bahagian yang terkena. Satu jam nanti boleh elok.
"Ia tak akan melecur, tak akan ada bekas. Tapi jangan dicuba-cuba buat. Kalau korang terkena, baru buat ya," katanya lagi.
Sementara itu, portal MyHealth turut berkongsi panduan sekiranya tercedera akibat melecur.
1) Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
2) Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
3) Dapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya kecederaan melecur agak serius.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Knp ulang cerita dah basi...dah lama ada topikni dah tah tahun bila. |
|
|
|
|
|
|
| |
|