CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17032|Reply: 34

[Jenayah] "Kita Semua Keluaq Daripada Syurga" - Membuat Lawak Makan Siti Hawa, Ustaz Kata Kalau Takleh Gurau Duduk Surau!

[Copy link]
Post time 10-6-2024 11:59 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal menjadi sensasi ekoran dirinya telah direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.

Nampaknya nama Ustaz Don menjadi tumpuan sekali lagi apabila tular satu video jenakanya di media sosial. Apa yang mengeruhkan keadaan lagi apabila dia menjadikan kisah nabi tercinta sebagai konten jenaka untuk tatapan umum.

Dalam video tersebut, Ustaz Don ada membuat satu jenaka terhadap isu dilemma kaum wanita yang tidak tahu makan di mana jika bersama dengan pasangan.

Oleh itu, Ustaz Don mengatakan bahawa dia akhirnya telah menemui jawapan dengan mengambil kisah Nabi Adam dan Hawa sebagai panduan.

“Kali terakhir seorang perempuan pilih untuk makan, Siti Hawa, kita semua kelaur daripada syurga, melawak je gurau, kalau tak boleh gurau duduk surau,” katanya dengan nada berseloroh.

Video gurauan berkenaan telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pengguna media sosial kerana ia merupakan satu perkara yang tidak boleh dibuat jenaka apabila berkaitan kisah nabi.

Orang ramai turut mengatakan agak terkejut melihat perangai Ustaz Don yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini yang mana merosakkan reputasi peribadinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2024 11:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:26 AM | Show all posts

kalau Habil ngan Qabil tak berbunuh sesama sendirikita semua dah di syurga sekarang ataupun tidak di lahirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-6-2024 12:26 AM
kalau Habil ngan Qabil tak berbunuh sesama sendirikita semua dah di syurga sekarang ataupun tidak  ...

Time Habil Qabil berbunuh tu kan dah memang kat bumi,bukan di syurga?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:16 AM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 10-6-2024 05:11 PM
Time Habil Qabil berbunuh tu kan dah memang kat bumi,bukan di syurga?

sebelum kejadian habil dan qabil berbunuh. tiada istilah manusia baik dan manusia jahat.
Qabil melarikan diri setelah membunuh habil.
di bawaknya adik dia sekali.
Selepas kejadian tu Nabi Adam di kurniakan lagi 40 anak.



Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap yg berlaku sudah mmg dh ditulis dlm Lauh Mahfuz...makanya dlm kontek nabi Adam as dan siti hawa as...itulah permulaan kisah agar manusia diturunkan ke muka bumi...ada satu hadis, Rasulullah saw bersabda, bagaimana nabi Adam as dan nabi Musa as berdebat.. Nabi Musa as seolah2 menyalahkan Nabi Adam as sehingga terkeluar dr syurga... Dan nabi Adam as berkata, adakah dia yg kene diperslhkan walaupun ketentuan takdir itu sudah ditulis 40 thn ( den xingt spesifik tahun, betulkan klu slh) sebelum dia diciptakanNya?.. akhirnya nabi Musa as kalah dlm perdebatan itu...

Den bknlah berilmu mcm cik don..tp saje nk share serba sikit..dan cik don, den bknlah seorg yg 24 jam serius memanjang, tp den rs gurauan cik don tu, xkelakar dan den xsuka... mula2 keluar tv, den tgk cik don mcm seorg yg  merendah diri...tp fast forward, den tgk....mmmm mcm mmmm..gitulah...apelah ko cik don...don don don... sekali lg, mcm sarukheng pulak... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 02:12 AM | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 10-6-2024 05:50 PM
Setiap yg berlaku sudah mmg dh ditulis dlm Lauh Mahfuz...makanya dlm kontek nabi Adam as dan siti ha ...

Nabi Adam tak lalu proses kelahiran. turun ke bumi terus terus dah dewasa.Yang kita anak nabi adam ada proses kelahiran.
10 tahun pertama belajar cakap makan berjalan
10 tahun ke dua mula masuk alam pekerjaan
10 tahun ke tiga mula masuk alam dewasa
10 tahun ke empat mula menjadi tua
10 tahun ke seterusnya jadi warga tua je la.

bak kata omputih
umur 20 : Got Energy Got Time No Money
Umur 30 : Got Energy Go Money No Time
Umur 40 : Got Money No Time No Energy.
kalau umur tu panjagn meninggal at 90 so another 50 tahun burn gitu je la.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab nabi2 ni janganlah buat gurau. Tak kena kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 12:41 PM | Show all posts
betul tu
pi la monitor chef & staff kat kedai tu
apo bagi org makan fish n chip rentung, tak masak di dalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-6-2024 02:12 AM
Nabi Adam tak lalu proses kelahiran. turun ke bumi terus terus dah dewasa.Yang kita anak nabi adam ...

nabi adam lelaki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-6-2024 12:26 AM
kalau Habil ngan Qabil tak berbunuh sesama sendirikita semua dah di syurga sekarang ataupun tidak  ...

Semua tu dah ditulis dlm takdir hidup manusia. Lg pun kan iblis dah dpt green light dari Allah nk menyesatkn manusia. Habilqabil tu adalah yg ke 3 & 4 . Yg pertama & ke2, nabi adam & hawa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:49 PM | Show all posts

aji cari andartu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:53 PM | Show all posts

Nabi adam turun ke bumi dalam keadaan dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:58 PM | Show all posts
dia ni sihat tak? ke sense of humor aku yg dh hilg?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 02:04 PM | Show all posts
krustykrab replied at 11-6-2024 05:16 AM
Semua tu dah ditulis dlm takdir hidup manusia. Lg pun kan iblis dah dpt green light dari Allah nk  ...

Takdir manusia yang beruntung ada 3 :
a) Non Muslim sempat ngucap sebelum mati
b) Muslim mati pada umur 20
c) Mati syahid.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang kata tinggi nabi adam ni macam tinggi bangunan klcc ke lagu mana tu kan sis? Maknanya zakar heols pun mau panjang jambatan klcc tak gitu sissy?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 11-6-2024 12:30 PM
Bab nabi2 ni janganlah buat gurau. Tak kena kot.

Bukan bab nabi je..semua laa dlm bab agama ni, jgn buat main
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Si bodo ni lupa ke peranan iblis yang menghasut makan buah khuldi tu? Dia igt mmg Hawa as yang nak makan ke.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 11-6-2024 01:58 PM
dia ni sihat tak? ke sense of humor aku yg dh hilg?

I nk tanya benda yg sama. Dia ni menuntut ilmu yg salah ke? Mcm dah x betul jah. Masih beristeri ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 11-6-2024 01:58 PM
dia ni sihat tak? ke sense of humor aku yg dh hilg?

I nk tanya benda yg sama. Dia ni menuntut ilmu yg salah ke? Mcm dah x betul jah. Masih beristeri ke dia ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054341 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list