CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13602|Reply: 71

[Tempatan] KES BARU - Budak 5 tahun mati dibunuh, ibu bapa angkat ditahan

  [Copy link]
Post time 11-6-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode
    


FOTO HIASAN


Ipoh: Polis, semalam, menahan suami isteri bagi membantu siasatan kes kematian anak angkat perempuan mereka yang berusia lima tahun, dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kes diterima daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, 9.45 pagi semalam.
Beliau berkata, pegawai perubatan itu memaklumkan mangsa dibawa ke zon merah wad kecemasan untuk menjalani bantuan kecemasan jantung dan pernafasan, sebelum kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa yang dibawa dari Taman Malkop Silibin di sini, ke hospital, mendapati kesan lebam di seluruh anggota badannya dan kanak-kanak itu disyaki pernah dipukul menggunakan objek tumpul.

Menurutnya, selain itu, hasil bedah siasat petang semalam mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan multiple blunt injuries (kecederaan disebabkan berbilang objek tumpul).

"Selain itu, terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) dan dubur mangsa.
"Bertindak atas maklumat yang diperoleh 9.45 pagi semalam (Isnin), polis menuju ke lokasi kejadian bertempat di sebuah rumah di Taman Malkop Silibih di sini, bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya susulan itu, suspek wanita berusia 27 tahun yang juga ibu angkat mangsa serta suaminya berusia 66 tahun ditahan bagi membantu siasatan dengan permohonan reman dibuat terhadap kedua-kedua mereka dibuat pagi ini di Mahkamah Ipoh.
"Ibu angkat mangsa dan suaminya itu ditangkap jam 2.30 petang semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga hukuman setimpal dunia makin kejamm
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 11-6-2024 11:02 AM
Semoga hukuman setimpal dunia makin kejamm

aminn. semoga mereka juga dihukum serupa ape yg dibuat kt anak tp xsmpai mati. berulang2
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan high profile kes macam Zayn...sebab pelaku dah tau?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
jijik betul lahanat ni...mmg lahanat 2 ekor ni niat nak bunuh si anak ni..tak dpt bayangkan ada luka koyak lebam dekat bawah tu....mak 27 bapak 66 harap depa mati la
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:36 AM | Show all posts
barbaric
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap mereput kat dalam  mak angkat yindon ke yg kawin laki 66 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis syaitan laknatullah berupakan manusia..mmg dasar khinzir... khinzir diats atau mn2 la, klu rs xsanggup nk layan kerenah budak2, jgnla birah nk ada anak/ank angkat...dasar cilaka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 12:06 PM | Show all posts
ya Allah apa lah nak jadik ngan kita sebagai manusia sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:06 PM | Show all posts
someone please belasah jubo jantan kerepot lahanat syaiton ni....siaaaaallllllnyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:23 PM | Show all posts
me tak boleh la nak baca part kemaluan dan dubur koyak tu..ngeri betul pelaku ni buat. me rasa macam nak hempuk kepala memasing dengan batu yg besar, bagi mati terus. dimanalah otak diorang. 5tahun tu tahu apa je? sedihnya la haiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:27 PM | Show all posts

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut didera, suami isteri ditahan

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut didera, suami isteri ditahan

https://www.malaysiakini.com/news/708388

Bernama
Diterbitkan:  Jun 11, 2024 11:06 AM
Dikemaskini: 11:06 AM



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop di Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

“Mangsa dipercayai merupakan anak angkat kepada seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki (66 tahun) yang telah diberkas semalam, suspek merupakan pasangan suami isteri," katanya dalam kenyataan di Ipoh pagi ini.

Beliau berkata terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.

Abang Zainal berkata pihaknya akan membuat permohonan reman melibatkan kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 0 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

- Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak guna betul la..jangan gatal nak bela anak kalau perangai tu hanat. Org ada anak ko pun nak anak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:04 PM | Show all posts
cilake lahanat tua kutok tu mmg pedo la tu..bini pun jauh muda tp tak cukop. budak jgk yg di carinyer. mohon pulis belasah dlm lokap hari2 dan tolong la jatuh hukum gantung je setan tak gune tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dysania@72 replied at 11-6-2024 12:06 PM
someone please belasah jubo jantan kerepot lahanat syaiton ni....siaaaaallllllnyaaaaaaa

Belasah jubo jolok pakai baton ke sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
HappyGumbira replied at 11-6-2024 12:37 PM
Tak guna betul la..jangan gatal nak bela anak kalau perangai tu hanat. Org ada anak ko pun nak anak

Sekali memang itu tujuan dia ambil anak angkat. Sbg tempat melampiaskan nafsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
selain geram rasa nak menyumpah dgn pocik tua  i, iols rasa sebal juga dgn org yg bagi nama taman. taman malkop silibin? typo ke mmg itulah namanya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
babi betul la 2 kutuk ni
Dah la area ni dkt dgn umah aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak kena sebat dedua parents ni. Apa zalim sangat kat budak2. Lagi hina dari binatang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 02:14 PM | Show all posts
parents from hell...mohon hukum gantung terus....kejam betul...

tak skrg ni apesal la ramai parents perangai mcm org gila ni? aku setuju je klu trend kawen xnak ada anak tu...sbb mmg ada org xblh nak jaga anak elok2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
mojarean_XLelaki warga asing dakwa diliwat tarik b
Views : 14397 Replies : 39
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 43969 Replies : 86
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32278 Replies : 176
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 75088 Replies : 405
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31842 Replies : 220
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 84901 Replies : 193
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 33648 Replies : 28
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 35839 Replies : 110
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 59097 Replies : 105
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92865 Replies : 1157

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.084298 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list