View: 4305|Reply: 0
|
Robinho belajar baiki TV, radio di penjara
[Copy link]
|
|
ROBINHO dipenjara sembilan tahun kerana kesalahan merogol. FOTO AGENSI
Sao Paulo: Bekas pemain bola sepak Brazil, Robinho bakal mempunyai kemahiran baharu apabila keluar dari penjara - sebagai pembaiki televisyen.
Bekas bintang Manchester City dan AC Milan itu sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun di Brazil kerana kesalahan merogol dan mengikuti kursus asas elektronik sepanjang tempoh hukuman.
Banduan berstatus jutawan itu dengan nilai kekayaan sekitar 60 juta pound (RM360.93 juta), sedang giat belajar membaiki TV, radio dan peralatan elektrik lain dalam program kerjaya penjara.
Program berkenaan adalah sebagai persediaan kepada banduan menghadapi kehidupan sebaik bebas nanti.
Peguam Robinho, Mario Rosso Vale berkata, bekas pemain itu turut menjadi banduan contoh sejak dipenjarakan pada Mac.
"Robinho tekun menjalani program berkenaan, dia menjadi banduan contoh dan tidak mempunyai masalah dengan banduan lain.
"Mereka turut memberinya kasut bola sepak untuk menyertai mereka dalam perlawanan ketika waktu rekreasi.
"Dia mengikuti kursus asas elektronik untuk membaiki TV dan radio. Dia perlu melengkapkan 600 jam untuk layak dalam bidang ini," kata Vale.
Robinho didapati bersalah kerana terbabit merogol wanita Albania di sebuah kelab malam di Milan pada 2013.
Dia dipenjarakan di Tremembe berhampiran Sao Paulo.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tv-radio-di-penjara |
|
|
|
|
|
|
| |
|