CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4820|Reply: 1

[Kelantan] Penduduk guna lastik halau mat rempit buat 'bising' di lebuh raya

[Copy link]
Post time 11-6-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penduduk menunjukkan lokasi kemalangan yang meragut nyawa remaja di lebuh raya yang masih dalam pembinaan sekaligus menjadi litar lumba haram. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama di Jalan Jerus-Kok Lanas di sini, yang masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada awam menjadi tumpuan segelintir mat rempit untuk dijadikan litar lumba sejak dua bulan lalu.

Penduduk, Abdul Latif Ismail, 56, berkata, lokasi itu menjadi tumpuan ramai bukan sahaja dari Kota Bharu, malah dari Machang dan Pasir Puteh pada setiap hari bermula jam 5.30 petang hingga jam 7.30 malam dalam mencari 'king' lebuh raya baru itu.

Katanya, meskipun penghadang konkrit sudah diletakkan, namun mereka mengalihkannya untuk masuk ke lebuh raya berkenaan dan berlumba tanpa memikirkan keselamatan diri.

"Polis sentiasa membuat rondaan di kawasan itu, tetapi mat rempit tetap meneruskan aktiviti lumba haram yang turut mengganggu penduduk sekitar dengan bunyi bising ekzos motosikal.


"Malah ada penduduk kampung yang melastik mereka kerana terganggu dengan bunyi bising, namun tetap tidak diendahkan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, sepanjang menjadi tumpuan mat rempit, berlaku beberapa kemalangan di lokasi terbabit.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Shukri Mat, 49, berkata, dia berharap pembinaan lebuh raya yang tertangguh itu dapat disiapkan bagi mengelakkan ia terus menjadi litar lumba haram.

"Penduduk di sepanjang lebuh raya dan kawasan sekitar terganggu dengan aktiviti lumba haram ini sejak lebih setahun lalu.

"Jalan yang dijadikan laluan lumba haram ini adalah sejauh tiga kilometer," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ising-di-lebuh-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu. Ajar sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048760 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list